Tiada rezeki di Sini


Setelah beberapa lama, menggangur, syukur,aku akhirnya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Sg Tukang. Dalam daerah Sg Petani jugak la.Tidak jauh dari rumah dan jarak perjalanan kira-kira 20 minit dari rumah. Pekerjaan ku sebagai Injection Moulding dan Maintenance Technician. Jawatan ini biasa-biasa ja, dan dalam kilang tu, hanya ada 2 technician termasuk ak untuk menjaga machine, chiller dan sistem HVAC. Gaji pun kira boleh la, tak begitu rendah sangat. Namun ak menerima cabaran ini sebab ini percubaan pertama ak menjadi technician. 

Pada minggu pertama sahaka, ak diajar macam-macam oleh orang lama disitu tentang cara mengendalikan machine, setting temperature mould, start up machine dan shutdown machine, maintenance mould, mencuci mould maintenance sistem chiller, check quality barang dan sedikit electronic stuff. Agak banyak jugak la, ak belajar dalam minggu pertama, hingga ak agak stress apabila pulang ke rumah. Boleh dikatakan tidur pun tak lena.  


Ditambah pula dengan kegagalan beberapa percubaan aku lakukan untuk mendapatkan kualiti product yang diingini, memang rasa beban sangat2 waktu tu. Rasa macam putus asa ja...  Sebab kerja macam ni, kena ikut deadline dia... Masa terus berjalan dan ak perlu memastikan production meet target sebelum deadline. 

Mould untuk injection moulding

Setelah bekerja dengan tidak begitu lama disitu, akhirnya, aku menyerah dengan beban kerja yang diberikan, Aku meletakkan jawatan ...Terus, aku pergi apply kat jobstreet dan cari kerja lain yang tidak memeningkan kepala... hehe... Macam orang kata, mungkin bukan rezeki ak dekat sini... Segalanya telah ditakdirkan... ..



Salam dan sentiasa la senyum selalu.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment