Setelah beberapa lama, menggangur, syukur,aku akhirnya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Sg Tukang. Dalam daerah Sg Petani jugak la.Tidak jauh dari rumah dan jarak perjalanan kira-kira 20 minit dari rumah. Pekerjaan ku sebagai Injection Moulding dan Maintenance Technician. Jawatan ini biasa-biasa ja, dan dalam kilang tu, hanya ada 2 technician termasuk ak untuk menjaga machine, chiller dan sistem HVAC. Gaji pun kira boleh la, tak begitu rendah sangat. Namun ak menerima cabaran ini sebab ini percubaan pertama ak menjadi technician. 

Pada minggu pertama sahaka, ak diajar macam-macam oleh orang lama disitu tentang cara mengendalikan machine, setting temperature mould, start up machine dan shutdown machine, maintenance mould, mencuci mould maintenance sistem chiller, check quality barang dan sedikit electronic stuff. Agak banyak jugak la, ak belajar dalam minggu pertama, hingga ak agak stress apabila pulang ke rumah. Boleh dikatakan tidur pun tak lena.  


Ditambah pula dengan kegagalan beberapa percubaan aku lakukan untuk mendapatkan kualiti product yang diingini, memang rasa beban sangat2 waktu tu. Rasa macam putus asa ja...  Sebab kerja macam ni, kena ikut deadline dia... Masa terus berjalan dan ak perlu memastikan production meet target sebelum deadline. 

Mould untuk injection moulding

Setelah bekerja dengan tidak begitu lama disitu, akhirnya, aku menyerah dengan beban kerja yang diberikan, Aku meletakkan jawatan ...Terus, aku pergi apply kat jobstreet dan cari kerja lain yang tidak memeningkan kepala... hehe... Macam orang kata, mungkin bukan rezeki ak dekat sini... Segalanya telah ditakdirkan... ..



Salam dan sentiasa la senyum selalu.


Apabila, dah graduate, pasti kita hendak mencari kerja kan. Jadi langkah pertama pertama yang perlu dlilakukan adalah mendaftar kan diri di Pejabat Tenaga Kerja. Tujuannya adalah untuk memberi maklumat kepada bakal majikan dan juga kepada Kementerian mengenai jumlah pencari pekerja disetiap daerah

Dokumen yang perlu dibawa ialah
1. Resume terkini
2. Sijil-sijil yang disahkan.
3. 1 gambar berukuran pasport

Hantar dokumen ini di Pejabat Tenaga Kerja dimana mereka akan menyimpan dokumen ini untuk rujukan pihak majikan, dan tulis maklumat diri anda disebuah buku pencari kerja dan jawatan yang ingin dipohon. 

Kemudian, anda hanya perlu menunggu panggilan telefon sekiranya ada pihak majikan datang ke sini untuk mencari pekerja yang sesuai melalui dokumen dan maklumat yang anda tulis. Pengalaman penulis adalah mendapat satu sahaja panggilan telefon dari pihak majikan yang interview bagi fresh graduate engineer. Lepas interview, tak sangka pulak dapat. Rezeki kan.. Tapi terpaksa menolak kerana hal peribadi.


Jadi jangan risau, sekiranya anda belum mendapat pekerjaan selepas graduate, kerana anda juga boleh pergi ke Pejabat Tenaga kerja untuk mencari iklan kerja kosong yang mungkin anda berminat. Gunakan internet untuk mendaftarkan diri anda di Jobstreet dan Jobsmalaysia dan apply jawatan yang diingin, jangan terlalu fikirkan requirement yang diperlukan, kerana mungkin kemahiran yang anda miliki membuatkan anda berbeza dari yang lain. Apply banyak-banyak dan tunggu hasilnya.

Iklan jawatan kosong yang ditampal
Selepas 6 bulan, anda masih belum mendapat pekerjaan yang diingini, anda perlu mendaftar sekali lagi. Tidak perlu bawa apa-apa dokumen, cuma isi maklumat diri di buku pencari kerja. 
Diharap perkongsian ini, dapat memberi mafaat kepada bakal pencari kerja... Semoga berjumpa lagi.





Asalamualaikum ..
Selesai satu perjalanan dalam hidupku pada 27 Oktober 2013. Kini sudah 4 bulan ak graduate dari universiti ini.

Akhirnya, secara rasminya ak bergelar mahasiswa selepas 6 tahun menuntut ilmu di sini... Banyak kenangan yang terukir disini yang ak tidak akan lupakan sepanjang hidupku.. Antaranya, peristiwa yang berlaku pada tahun akrhir aku disni.. Mungkin ak akan ceritakan pada post yang mendatang.. Tapi kini bermula lah perjalanan hidupku untuk mencari pekerjaan dan menebus kembali jasa ibu bapa ku yang banyak menghulurkan bantuan dari segi kasih sayang dan kewangan. Ini lah harapan ku, menjadi anak yang membalas kembali jasa yang diberikan... 

InsyaAllah, sekiranya diberikan rezeki dan peluang, ak akan cuba menjawat jawatan yang ak inginkan sejak kecil lagi sebagai engineer. Biarlah kita bermula dari bawah untuk mencari pengalaman, tapi yang penting adalah kesungguhan kita. :)



Next PostNewer Posts Home