Mendaftar di Pejabat Buruh untuk mencari kerja..


Apabila, dah graduate, pasti kita hendak mencari kerja kan. Jadi langkah pertama pertama yang perlu dlilakukan adalah mendaftar kan diri di Pejabat Tenaga Kerja. Tujuannya adalah untuk memberi maklumat kepada bakal majikan dan juga kepada Kementerian mengenai jumlah pencari pekerja disetiap daerah

Dokumen yang perlu dibawa ialah
1. Resume terkini
2. Sijil-sijil yang disahkan.
3. 1 gambar berukuran pasport

Hantar dokumen ini di Pejabat Tenaga Kerja dimana mereka akan menyimpan dokumen ini untuk rujukan pihak majikan, dan tulis maklumat diri anda disebuah buku pencari kerja dan jawatan yang ingin dipohon. 

Kemudian, anda hanya perlu menunggu panggilan telefon sekiranya ada pihak majikan datang ke sini untuk mencari pekerja yang sesuai melalui dokumen dan maklumat yang anda tulis. Pengalaman penulis adalah mendapat satu sahaja panggilan telefon dari pihak majikan yang interview bagi fresh graduate engineer. Lepas interview, tak sangka pulak dapat. Rezeki kan.. Tapi terpaksa menolak kerana hal peribadi.


Jadi jangan risau, sekiranya anda belum mendapat pekerjaan selepas graduate, kerana anda juga boleh pergi ke Pejabat Tenaga kerja untuk mencari iklan kerja kosong yang mungkin anda berminat. Gunakan internet untuk mendaftarkan diri anda di Jobstreet dan Jobsmalaysia dan apply jawatan yang diingin, jangan terlalu fikirkan requirement yang diperlukan, kerana mungkin kemahiran yang anda miliki membuatkan anda berbeza dari yang lain. Apply banyak-banyak dan tunggu hasilnya.

Iklan jawatan kosong yang ditampal
Selepas 6 bulan, anda masih belum mendapat pekerjaan yang diingini, anda perlu mendaftar sekali lagi. Tidak perlu bawa apa-apa dokumen, cuma isi maklumat diri di buku pencari kerja. 
Diharap perkongsian ini, dapat memberi mafaat kepada bakal pencari kerja... Semoga berjumpa lagi.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments: