Asalamualaikum semua.

Sudah masuk minggu ke-2, aku bekerja disini. Pada minggu pertama, aku diperkenalkan dengan pengunaan alat untuk mengukur product seperti dial indicator, Caliper, Pin gauge dan Micrometer. Setiap satu alat tersebut memerlukan teknik berbeza untuk memastikan result pengukuran mempunyai accuracy dan precise. Kebanyakkan measurement equipment untuk QA department adalah dari jenama Mitutoyo disebabkan equipment ni terkenal dengan high accuracy nya. . Hari ni aku diperkenalkan pula dengan machine yang akan aku gunakan semasa bekerja disini. Antaranya ialah

Form tracer : Untuk mengukur contour dan surface roughness sesuatu produk.


Quickscope : Untuk mengukur product yang kecil dengan ketepatan 4 titik perpuluhan. 




InsyAllah, aku akan belajar dengan cepat dan bekerja dengan sebaik mungkin. 



Asalamualaikum semua.

Apa maksud gambar diatas ? hehe.. Ia adalah rangkuman apa yang mungkin aku akan lakukan apabila bekerja dalam QA department. Sebenarnya hari ini, ak menjejakkan kaki ke kilang  yang akan menjadi tempat aku akan bekerja untuk tahun ini. Harap di berikan kekuatan dan kesabaran untuk aku terus bekerja disini di QA Department. Ak mendapat tawaran bekerja ini 2 minggu selepas ak berhenti bekerja dikilang lama. Agak lama jugak la aku memikirkan tentang tawaran ini, samada aku hendak berhijrah ke Penang, Selangor atau Johor untuk mencari pekerjaan yang sesuai  ataupun kekal di Sg Petani dulu.. Setelah berbincang dengan ibu bapa aku, aku menerima jawatan yang diberikan.. Kalu diikutkan gaji, kira bolehlah sebagai QA technician sesuai dengan beban kerja yang diberikan. Sebelum aku bekerja disini, aku telah melakukan self study mengenai Quality Assurance dan aku menaruh harapan tinggi pada kilang ini untuk mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai QA melalui training dan kerja yand dilakukan. Setelah bersetuju dengan syarat kontrak, aku pun menandattangani kotrak tersebut. Akhirnya, aku telah menjadi sebahagian antara 200 pekerja yang berkhidmat disini.

 InsyAllah, pada tahun hadapan, aku akan mencari kerja yang lebih mencabar.

Tapi diingatkan kepada pencari kerja, apabila menandatangani kontrak bekerja dengan HR, pastikan anda menyimpan salinan tersebut. Ini kerana dokumen ini amat penting sekiranya anda diberhentikan secara mengejut atau semasa anda ingin berhenti kerja. Ini kerana dokumen ini mengandungi segala details tentang kerja anda, masa bekerja, cuti tahunan, cuti sakit , tangga gaji, waktu shift dan notis berhenti yang perlu diberikan apabila ingin berhenti kerja. Yang pasti, dokumen ini yang anda perlu rujuk sekiranya ingin membawa kes-kes ditempat kerja kepada Pejabat buruh ataupun mahkamah perindustrian.


Semoga anda bergembira selalu....
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home