Asalamualaikum semua
Kali ni nak update skit tentang tempat yang aku selalu pergi. Perpustakaan la..hehe.. kira budak baik la kan...., aku pergi sini bila nak mentelaah je, ye la, bila duduk rumah, mana jadi nak study, tv ada, video game ada jadi memang tak studi la aku. Jadi terpaksa la aku datang kesini.. Selesa dan ada air cond.

Perpustakaan ni dibuka setiap hari dari pukul 10pagi sampai 6 petang. Pada waktu jumaat, ditutup sementara dari pukul 12.15ptg sampai 2.45ptg untuk solat jumaat. Perpustakaan ni wujud sezaman dengan usia taman jubli perak. Walaupun lama, tapi keadaan dalam bagunan kelihatan baru dengan cat dan perhiasan yang sesuai. 





Ini antara larangan semasa ingin memasuki perpustakaan. Kalau ada problem boleh je kawtem dengan pak guard tu.. Tak de masalah.

Ini ruang dalam perpustakaan tingkat 1. Tak banyak buku-buku baru. tapi kalau majalah, memang semua up to date. 




Di tingkat 2. Khas untuk pengunjung dewasa



Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh call no ni dibawah

Alamat: Jalan Pegawai, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-421 3948
Faks: 04-422 7309
E-mel: sungai.petani@kedahlib.gov.my

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home