Hari ni, aku singgah pula ke Pantai Merdeka. dah lama tak datang sini. Dari duduk melepak je kat rumah, baik melepak kat sini, angin pun sepoi-sepoi bahasa. Bila tiba disini pada hujung, selalunya Pantai Merdeka ni penuh dengan peniaga, dari yang jual baju sampai la cenderahati.



Ini la satu-satunya pantai kat Kedah yang pengunjung boleh mandi sebab bentuk pantai ni landai. Kira jarang la dengar ada orang lemas kat sini. Tiba pada waktu tengah hari, tapi tak rasa panas pun, mungkin sebab angin laut yang kuat.

Sambil-sambil tu, sempat snap beberapa gambar pemandangan dekat Pantai Merdeka ni.










Pada waktu petang selalunya orang main belon buih kat sini. kira meriah la dengan suara kanak-kanak...




Bila dah berkunjung ke sini, jangan lupa untuk membeli cenderahati, sebagai kenangan...

Berjumpa lagi pada post akan datang. 

Asalamualaikum semua..

Walaupun sibuk bekerja siang malam, akhirnya aku dapat mendapat juga masa yang lapang, dan aku telah menggunakan masa lapang itu untuk aktiviti yang berfaedah. Apa tu, tak lain dan tak bukan ialah memancing.. Salah satu aktiviti yang aku minati masa zaman universiti dahulu, namun sekarang hanyalah sebagai pengisi masa yang terluang. Kat mana nak memancing dekat area Sg Petani ni, ada je tempat memancing cuma kena pandai mencari, Lokasi tempat ni dekat bandar perdana, Tasik terbiar yang dulunya rancangan nak dijadikan loji.

Dalam persediaan untuk membaling umpan

Kawasan ni memang dari dulu lagi jadi port memancing, dan kalu datang waktu petang, ada la nampak beberapa kaki pancing kat sini. Jadi masa sampai tu, bertegur la jugak dengan beberapa orang kaki pancing ni, nak tanya dapat ikan apa.. Yang pasti, diorang pun belum dapat hasil lagi.. Jadi cari port yang sesuai tuk baling umpan, dekat bawah pokok, teduh dari sinaran matahari. Kira lama jugak la memancing ni, namun tak de hasil jugak. Umpan yang digunakan ialah cacing tanah. Cuma bila dah nampak matahari pun makin terbenam tu, dah bersedia la jugak nak pulang. Walaupun tak dapat sebarang hasil untuk aktiviti memancing kali ni, tapi dapat jugak menikmati ketenangan yang tidak ada ditempat yang lain. Sunyi je tempat ni, tapi itulah ketenangan yang dapat kita nikmati.  InsyAllah, sekiranya ada masa terluang, mungkin akan datang lagi ke tempat ini....

Gambar sekitar tasik









Ok... Jumpa lagi.... Semoga berada dalam keadaan sihat ya.. 



Kali ini, berkesempatan untuk snap gambar kereta google maps. First time aku tengok kenderaan ni dekat area Sg Petani. Jauh jugak perjalanan google maps ni tuk ambil gambar-gambar jalan. Masa aku jumpa ni, kereta ni tengah parking dekat pasar taman ria. Jadi apa lagi, snap la gambar, bukan selalu jumpa.

Ini lah gambar yang sempat penulis snap..









Hari ni sempat singgah di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Bagi aku, tempat ni lah aku pergi kalau hendak mencari ketenangan dan kedamaian. Di samping tu, ia banyak menyimpan kenangan masa aku kecik-kecik dulu . Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Terdapat kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini untuk pengunjung. Dekat sini la, penduduk sekitar melakukan aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

Antara permainan kanak-kanak yang disediakan.





Trek jogging telah dinaiktaraf dan lebih besar dari sebelumnya





Kolam yang terdapat di tasik ini. Walaupun airnya nampak kehijauan, didalam tu ada ikan peliharaan dan kura-kura.





Terdapat juga taman kecil yang baru dibina iaitu taman kaktus yang menempatkan lebih dari 30 jenis kaktus.



Taman ini dijaga oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah ( MPSPK). Lokasinya berhampiran Masjid Sultan Muzaffar Syah dan juga Perpustakaan Awam Sungai Petani.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home