Terminal Bas Ekspres Ukir Square : Wow...



Asalamualaikum semua

Hari ni, aku  menjejakkan kaki di terminal bas ekspress yang baharu. Tujuan hanyalah untuk menemani rakan untuk membeli tiket bas ke Melaka, sempena hari Konvokesyen yang akan diadakan disana. Alang-alang tu, terdetik di hati untuk menceritakan tentang terminal bas ini yang baru siap dibina pada tahun 2013. Terminal bas sebenarnya dinaik taraf dari terminal bas lama dilokasi sama seiring dengan perkembangan bandar Sg Petani. Sebelum ini, kebanyakkan penumpang terpaksa menaiki bas di perhentian bas sementara Pekan Lama, namun kini dengan siap nya terminal bas ekspress ini, semua operasi tiket turut dipindahkan. Tempat ini pun cantik dan bersih, memang agak selesa bila berada disini berbanding sebelum ini.


Sedikit maklumat yang dapat dikutip adalah, terminal bas ini dilengkapi 32 kaunter tiket, 6 laluan platform bas, 73 lot perniagaan dan 5 gerai makan. Namun dukacitanya, selepas 2 tahun beroperasi, lot perniagaan di kompleks ini masih banyak lagi yang kosong. Terutama bahagian atas, kebanyakkannya kosong, tanpa penyewa. Tak sangka kan, kurangnya sambutan terhadap lot perniagaan disini.

Kiosk makanan yang terdapat dalam stesen bas
Walaupun banyak pembaharuan berlaku di kompleks ini, namun operasi ulat tiket masih lagi berlaku tapi sudah makin berkurangan. Kalau waktu dulu-dulu masa pembukaan terminal bas ni, memang aku tak  selesa apabila mula singgah ke terminal bas ini sebab didatangi beberapa orang bertanyakan mengenai destinasi yang ingin aku pergi. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga kepada penumpang yang ingin membeli tiket, tolak sahaja permintaan mereka. Beli di kaunter

Peringatan kepada pengguna supaya tidak berurusan dgn ulat tiket.
Kesan apabila anda membeli tiket bas dari ulat tiket adalah masa berlepas bas tidak diikuti maksudnya bas tiba lewat untuk mengambil penumpang, kebanyakkan ticket dijual berdasarkan prinsip selagi bas tak penuh, tak jalan la bas tu. Selain itu, kemungkinan juga tiket bas yang anda beli menunjukkan anda akan menaiki bas ekspress A,tapi tiba-tiba ditukarkan ke bas B tanpa sebab.

Pintu masuk ke kauter tiket bas
Cara mudah untuk anda membeli tiket bas ialah secara online , antara bas yang aku cadangkan adalah Transnasional dan Mara Liner kerana kedua-dua operasi bas ini menepati masa tiba dan berlepas. Bila dah beli tiket online, print tiket tu diatas kertas dan bawa tiket tu ke kauter bas yang berkenaan untuk menebus tiket sebenar. Ini lah cara yang aku lakukan sejak dahulu lagi.

ScreenShot pembelian tiket online

Laman web pembelian ticket online :
Mara Liner : http://www.maraliner.com.my/
Transnasional :  https://www.ticket4u.com.my/trans.php
Plus Liner : https://ticket4u.com.my/plus.php

Sedikit gambar yang penulis ambil semasa berada disini.




Update : Pada 13/4/2015 aku singgah di terminal bas ini untuk membeli tiket bas. Tiada langsung ulat tiket kelihatan. Tahniah kepada pihak berkenaan yang berjaya menghapuskan kegiatan ulat tiket ini.. 


Semoga berjumpa lagi untuk post akan datang. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Nak tanya, kalau kita x print ticket tak pe ke ? Ke kena print jugak ?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, kalau kita x print ticket tak pe ke ? Ke kena print jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ticket tu ada id code, just ingat id code. then tebus id code dkt kaunter.. dlu saya just print screen ticket tu melalui smartphone je.. bila datang kaunter, saya tunjuk ticket tu melalui phone je... sbb lps tu diorang akan bagi tiket bas yg sebenar..

      Delete