Kali ini, aku dengan member wat perancanga untuk mandi di Lata Bayu. Ye la, dari duduk umah je masa cuti, memang boring kot.. jadi pergi la jalan-jalan . Tempat ni pun cantik, bersih dan tiada bayaran masuk dikenakan, sesuai untuk aktiviti berkelah.  Kedudukan tempat ni di Baling, Kedah. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Kalau nak berkhemah, kena dapatkan kebenaran dari Pejabat Hutan Daerah.


Tempat ni agak istimewa sebab terdapat air terjun setinggi 20 meter dan dibawahnya terbentuk kolam semulajadi yang orang panggil Lubok Lesung. Nak tau bentuk dia macam mana, kena la datang sini. Tapi kolam tu memang agak dalam la, kira kalau tinggi macam aku pun, paras leher jugak la..




Dekat sini, selain mandi, boleh jungle trekking kat hutan lipur ni. Tangga pun telah siap dibina bersama pondok rehat. Tapi memang tinggi kot, nak sampai atas pun aku dah tercungap-cungap.. 

Kalau sesiapa yang berminat flora dan fauna, inilah tempatnya, sebahagian pokok disini telah ditanda dengan nama saintifiknya. Sambil-sambil tu, boleh la menuntut ilmu tentang kehutanan kan.. Gerai makan, surau dan tandas pun disediakan untuk pengunjung.



Bersama kawan ku, Zulhairi

Apapun mai la kat sini. Aku gerenti korang mesti suka. Tempat ni penuh dengan keseronokan...


Kali ni, singgah ke Pantai Merdeka. yahooo... Ini la masa untuk lepaskan tension yang terbuku dihati.. hehe.. dah lama tak singgah sini, tapi bila dah sampai kat sini rasa tenang je. walaupun jalan nak ke sini agak meletihkan, ye la sebab jalan kampung, memang asyik kena tukar gear dan main brek sebab banyak orang kampung naik motor di area ni.

Apapun, aku rasa sangat tenang kat sini. Kalu kat kilang, rasa tekanan je, dan fikir bila la waktu keje nak habis. Kadang-kadang kena marah dengan bos pada benda yang remeh temeh. Nak buat macam mana, bos pun ada banyak masa lapang sejak kurangnya permintaan produk dari customer. Jadi dok cari salah kitorang la. Biasa la , bos cina, memang macam tu kot.


Bila sampai sini, selain tengok pemandangan laut, rasa teringin lak pulak nak rasa laksa. Kat gerai ni ada dijual laksa buyung. ermm, macam menarik kan. Jadi apa lagi, order la satu laksa buyung dan air sirap untuk santapan tengah hari. Sambil tu, dapat la tengok bahan mentah yang digunakan..Macam segar kan...


Walaupun nama laksa buyung, kali peniaga ni gunakan buyung besi pulak..hehe.. Mungkin zaman sekarang orang dah tak pakai buyung seramik kot.huhu





Selepas 5 minit, sampai la hidangan yang dinantikan.. Rasanya, memang terbaik. Cuma tak de bau harum sebab kalau laksa buyung yang sebenar, bau kuah laksa tu kuat. Kali ni, tak de bau pape. Mungkin angin laut kuat kot, 



Apapun, memang berpuas hati dengan hidangan tadi.Cuma kuah tak pekat la, jadi kurang la nikmat laksa ni. Bila perut dah kenyang tu, lepak la kat sini sampai ke petang sambil tengok telatah orang ramai kat pantai. ada yang tidur, ada yang mandi laut waktu tengah hari ni (tak panas ke ?) dan ada yang sedang bercengkarama dengan pasangan masing-masing.. Yang penting aku dapat tenangkan fikiran bila datang sini......

Bot penumpang ke Tanjung dawai





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home