Pertama kali kursus di Kolej Komuniti : Tyre Balancing



Asalamualaikum semua.

Pada hari sabtu yang lepas, ada kesempatan untuk join satu kursus yang dinamakan sebagai Kursus Service Kenderaan Ringan : Tyre balancing dekat Kolej Komuniti Sg Petani. Kira ini kali pertama jugak la, mempunyai minat untuk join kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti ni.Sebelum ni, tak sedar pulak, yang kolej komuniti ada anjurkan kursus automotive, sebab selalunya dengar kursus masakan yang sering dianjurkan. Jadi dengan senang hati, pergilah mendaftarkan diri untuk ikuti kursus ini. Yuran macam mana, tak mahal pun, dalam RM 20 je. Masa sampai di Kolej Komuniti dalam pukul 8.30 pagi, pengajar terus suruh pergi ke bengkel Automotive. Bila sampai je kat bengkel tu, ada la kira-kira 18 orang yang sedang ada dalam bengkel tu. Berkenalan la sekejap dan dapat tahu ada 8 orang pelajar sekolah diantara umur 13-15 tahun dalam bengkel tu. Tak sangka kan, walaupun masih muda lagi, dah ada minat nak belajar tentang kursus ni.

Sebelum tu, kena tahu jugak la apa itu tyre balancing. Dari segi konsepnya, kita nak pastikan tayar berserta rim berada dalam putaran yang seimbang. Jadi, tayar tu tak makan tepi tayar bila kereta bergerak dan makan sama rata

Masa first sekali, tenaga pengajar yang juga merupakan pengajar kat kolej komuniti ni, menerangkan tentang tayar balancing secara teori,dan kemudian amali. Sepanjang sesi pembelajaran tu, memang senang faham dan apa yang sempat saya catatkan ialah.

- Tyre balancing ni akan dibuat apabila kita menukar rim atau tayar. Sebab selalu bila tayar keluar dari kilang, akan ada tolerance dalam penghasilannya. Jadi perlu seimbangkan sebelum pasang ke kereta.
- Bila memandu kereta cuba lepaskan stering kereta, jika kereta bergerak ke arah kiri atau kanan, maksudnya anda kena buat tyre balancing ataupun alignment
- Digalakkan buat tyre balancing ni setiap 6 bulan sekali sebab tayar akan haus, jadi permukaan tayar akan jadi tidak sama rata.
- Kalau semasa bawa kereta rasa gegaran, jadi ada kemungkinan salah satu sebabnya masalah tayar tak seimbang

Peserta yang hadir membuat latihan amali

Jadi susah ke nak buat tyre balancing ni.. Tak lah, boleh dikatakan mudah ja. Diikutkan nak balancing sebuah tayar hanya memakan paling lama pun 4 miinit. Mesin yang digunakan untuk proses ini dinamakan wheel balancer. 
Contoh Wheel balancer

Caranya ialah, letakkan tayar beserta rim pada mesin wheel balancer ( di besi pemutar ). Ketatkan skru pada besi pemutar. Start the machine, dan tayar akan berpusing. Selepas tayar berhenti berputar. Skirn di machine akan menunjukkan bahagian kiri atau kanan tayar yang memerlukan pemberat.

Contoh screen wheel balancer yang menunjukkan bahagian kiri dan kanan memerlukan pemberat yang berbeza.
Fungsi pemberat ini, adalah untuk menyeimbangkan bahagian yang tidak sama berat. Berat nya adalah dari 10 gram hingga 40 gram. Bentuk pemberat yang digunakan bergantung pada jenis rim. Sebab tu, akan ada bentuk yang berbeza-beza seperti dibawah. 


Contoh pemberat yang digunakan.
Selepas meletakkan pemberat di bahagian yang diperlukan, start kembali machine dan machine akan memutarkan tayar sekali lagi. Sekiranya tayar dalam keadaan seimbang, skrin akan menunjukkan nilai 0 di setiap kiri dan kanan tayar. Begitulah step-step semasa melakukan tyre balancing. Susahnya satu je, bila nak angkat tayar ke machine tu. Itu je.. Yang lain agak mudah.. 


Sijil yang dikeluarkan Kolej Komuniti
Bila dah selesai kursus pada pukul 12 tengah hari tu, setiap orang diberikan sijil penyertaan. Baru tahu, bila sertai je mana-mana kursus di Kolej Komuniti akan dapat sjil rupanya. Mungkin sijil ni berguna pada masa depan. Siapa tahu.. hehe.. Kalau sesiapa nak berminat untuk sertai kursus di Kolej Komuniti ni senang ja, cuba check jadual kursus di Kolej Komuniti berhampiran. Mungkin ada kursus yang anda minati.

InsyaAllah, berjumpa lagi pada masa hadapan. Semoga dapat menulis lagi blog ini walaupun beban kerja masih bertambah di kilang.... :)


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Hi Nor,

    I'm looking for a mechanic in PJ, Selangor?
    Do you have friends looking for job?

    Good salary + incentive
    011-11112189

    ReplyDelete