Ikuti Kursus Asas Adobe Photoshop



Asalamualaikum semua

Hari ni, nak kongsikan sedikit mengenai kursus yang saya ikuti pada 12 Oktober 2014 kat Kolej Komuniti Kepala Batas. Kursus ini mengenai asas Adobe Photoshop. Kenapa nak join kursus ni, eehmmm...sebenarnya lebih kepada nak bagi "power" skit bila edit2 gambar... Itu je. Kursus ni sepatutnya bermula pukul 9 pagi, tapi bermula pukul 10 pagi sebab nak menunggu kehadiran peserta yang berjumlah 14 orang. Kira banyak jugak la peserta  join kursus ni, sebab diadakan pada hari sabtu, hari selalunya orang berehat kat rumah.

Kursus ni bermula dengan proses pengenalan mengenai apa itu adobe photoshop, cara mengunakan  dan tujuan orang menggunakan software... Kebanyakkan orang yang menggunakan software ni untuk editing gambar dan buat banner atau poster. Sebenarnya banyak lagi kegunaan software ni masa diterangkan oleh pengajar, tapi itu je yang saya ingat. hehe...

Didalam kelas komputer, dimana pengajar mengajar dari satu peserta ke peserta yang lain

Bermula dalam pukul 10 pagi, dan berakhir pada 4 petang. rehat 1 jam pada pukul 12. kira-kira 5 jam masa pembelajaran. Kira selepas hadiri kursus ni, banyak la pengetahuan yang saya dapat, dari cara mengedit gambar, buat grafik sehinggalah membuat efek2 pada gambar. Lepas ni, boleh la edit gambar cantik2, sebelum post dalam blog.. betul tak.. hehe. 


Sijil yang diperolehi selepas selesai kursus. 

Apapun, semoga ilmu yang saya dapat ni akan digunakan pada masa akan datang.. Maybe... Oh.. Sijil dikeluarkan, kira bertambah la koleksi sijil yang dikumpul setakat ni. Sekadar berkongsi, semoga berjumpa lagi pada post akan datang.

Salam semua, dan semoga meluangkan masa bersama keluarga tercinta...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment