Bulan ini, banyak member kilang aku yang berhenti. Antaranya, Farhana, Zahiah, Pnat, Syafikah dan Suehaida. Ada yang berhenti kerana masalah konflik dengan bos, ada yang berhenti kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik, dan ada jugak yang berhenti kerana tidak sanggup bekerja shift malam. Walaupun begitu, aku masih lagi berada di kilang ini, dengan harapan suasana disini akan bertambah baik. Engineer baru je melaporkan diri untuk berkhidmat disini, dan aku pun ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang ilmu QA dari dia. Harap harap, engineer ni tidak kedekut berkonsi ilmu.

Aku masih ingin bekerja disini sekurang-kurang nya setahun. Ye la, at least ada pengalaman setahun dalam QA ni , mungkin boleh membantu aku untuk mendapatkan tawaran kerja yang lebih baik selepas ini. Jarang ada company yang ingin mengambil pekerja bari yang tiada pengalaman, selalunya requirement sesuatu kerja adalah minimum satu tahun bekerja dalam industri berkaitan. Jadi disebabkan itu, aku masih kekal, walaupun aku  agak tidak menyukai suasana kerja disini. 
Asalamualaikum semua

Apabila dah tiba hujung minggu, selalunya tiada apa yang nak dibuat kan. Jadi pada hari sabtu, bersamaan 15 November 2014, aku telah mengikuti satu program iaitu forum mengenai francais komuniti di ruang legar pasaraya C-Mart yang bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis francais, dan bagaimana untuk membuat pelaburan dalam program francais. Program ini berbentuk keusahawanan, jadi memang ramai la yang hadir pada program ini... Acara kemuncak adalah forum mengenai Program Francais Komuniti yang dihadiri oleh YB Dato Sri Hasan Bin Malek iaitu Menteri Perdagangan.

Jadi saya nak ulas sedikit mengenai francais ini. Konsep francais ini perjanjian antara pemberi francais yang memberi hak untuk melaksanakan perniagaan kepada pemegang francais sama ada secara kontrak ataupun tetap. Jadi pemegang francais boleh mengunakan hak dagangan, maklumat sulit dan harta intelektual yang dipunyai oleh pemberi francais. Maksud mudah, pelabur telah membeli sistem perniagaan yang ada pada penjual francais dan boleh memasarkannya dengan bayaran tertentu. Bayaran nya adalah dari serendah RM10,000 sehingga berjuta-juta ringgit.

Forum Francais Komuniti
Kebanyakkan francais yang kita nampak adalah dalam sektor makanan seperti Pizza Hut, McDonald, KFC, Domino dan lain-lain lagi.
Jenama Francais yang dikenali ramai
Itulah serba sedikit yang saya dapat kutip dalam forum yang diadakan. Selepas tu, berjalan sekejap di sekitar booth-booth yang dibuka. Rupanya banyak francais yang ada kat Malaysia ni yang kita tak pernah dengar, sebab kebanyakkannya baru dan masih dalam kecil-kecilan. Jadi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang francais ni ,boleh layari http://www.mfa.org.my/ dan http://perniagaanfrancais.com/. Gambar dibawah adalah sekitar program francais komuniti.


Francais berbentuk perkhidmatan laundry

Francais berasaskan jus kurma

Francais berbentuk penjualan produk makanan secara kiosk. Mempunyai pakej RM 50K dan RM 80K

Kehadiran peserta pada forum yang diadakan
Selepas didedahkan dengan francais ni baru sedar ini adalah satu cabang perniagaan. Mungkin satu hari nanti apabila cita-cita ku telah tercapai aku akan mengumpul modal untuk membuka kedai francais. Yang menjadi pilihan aku sama ada kedai dobi layan diri ataupun kedai makanan segera. InsyAllah...

Asalamualaikum semua...

Sebenarnya dah lama perasaan dalam hati nak pergi berjalan-jalan di Pulau Sayak. Lokasi dekat dengan Pantai Merdeka.. Tujuan nak pergi sebab nak merehatkan minda sambil tgk laut.. hehe... Pulau Sayak ni terkenal dengan Mee Udang, udang nya fresh dan besar2.. Kira sesuai la pada org yang nak menikmati mee udang yang sedap2 sambil makan kat tepi laut... Namun saya tak minat mee udang, jadi tidak la merasa keenakan mee udang tu.. sebabnye, ada penyakit resdung. Walaupun tak serius, cuma bila makan udang, akan rasa gatal2 skit dkt muka.. sebab tu saya selalu cuba elakkan makanan laut mcm kerang, udang dan ketam..

Bila dah sampai kat area pulau sayak tu, susah jgk nak cari parking, sebab kebanyakkan tempat ada restoran, chalet dan rumah orang. Jadi sesiapa yang hendak pergi tu kena pandai2 la cari parking. Masa sampai kat sana, waktu dah petang.. Duduk dekat bawah pokok yang penuh dengan pasir laut sambil tengok laut..  Sempat la tengok matahari nak terbenam.. Indah sangat2...

Suasana di waktu senja di pantai

Kedai Mee Udang yg menghadap pantai

Bila dah nak gelap tu, baru bergegas nak pulang sebab jalan dekat kawasan tu agak gelap sebab tak de lampu sepanjang perjalanan. Walaupun tak lama singgah dkt kawasan tu, tapi kira bermakna jugak la sebab dah dekat2 10 tahun lebih tak datang kawasan ni....


Salam dan semoga bergembira selalu..

Pada hari Sabtu lepas, selepas pulang dari menghadiri kursus asas komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya, singgah sebentar di Parkson Taman Sejati, atau turut dikenali sebagai Petani Parade. Sengaja singgah sebentar untuk menghilangkan penat memandu. Hari tu, hujan turun agak lebat, jadi pemanduan yang sepatutnya jadi mudah dan cepat jadi agak lambat kerana para pemandu di highway memperlahankan kenderaan disebabkan jarak pandangan berkurangan. Memang terasa penatnya, apabila asyik terpaksa menekan brek dan menukar clutch. Biasa lah, kereta manual, memang begitu la rutin nya kan. InsyAllah, sekiranya aku mendapat pekerjaan yang lebih baik, aku ingin menukar kereta yang lebih besar dan pemanduan auto.  Semoga harapan aku dimakbulkan Allah..

Oh, kembali ke cerita Parkson tadi, selepas sampai di perkarangan pintu Parkson, terlihat ramai orang berkerumun di suatu tempat. Macam pasar lak bila tengok sekali pandang. Jadi dengan perasaan ingin tahu, terus la masuk dan menuju ke tempat orang berkumpul tu. Rupa-rupanya, ramai orang berkerumun untuk memilih seluar jeans dan baju. Macam semut jumpa gula lak, begitulah perumpamaan nya.. Memang ramai. Seluar jeans yang dijual pula memang murah-murah. Jeans jenama Mustang, Edwin, dan GA-Blue dijual dengan harga serendah RM 20. Orang kata jualan penghabisan stok. Jadi mana orang Sungai Petani tak serbu. Kira ni pertama kali jugak tengok jualan murah macam ni diadakan di Sg Petani, selalunya nampak dekat area Selangor yang banyak buat promosi jualan murah.. Kira beruntung la orang Sg Petani sekarang dengan pembagunan yang pesat di sekitar bandar ditambah dengan jualan murah kali ni.

Orang ramai yang memilih jeans yang sesuai

Jadi memang hasrat nak beli jeans, tapi apa kan daya, nak berjimat sikit kali ni, sebab perlu simpan wang untuk beli komputer. Jadi dari kerumun beli jeans, cari la baju yang sesuai. Syukur, jumpa la satu baju, harga pun ok, RM 15. Terus beli dengan hati yang riang. hehe....

Baju lengan pendek berkain denim

Sesudah tu, pulang ke rumah, sebelum tu singgah sekejap di kedai makan untuk menggalas perut. Itulah nukilan untuk hari ni. Jumpa lagi pada masa akan datang..

Semoga sihat selalu ya.... 


Asalamualaikum semua

Hari ni, nak cerita sikit aktiviti pada waktu cuti hari sabtu dan ahad, 1 dan 2 November 2014. Aktiviti apa ye... Sebenarnya, ada join kursus asas komputer di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Penang. Jauh jugak perjalanan hendak kesana, dari Tol Sungai Petani Selatan sampai la ke Tol Sg Dua. Masa perjalanan tak lama, kira-kira 30 minit dengan speed 100km/h. Cuma diadakan pada waktu pagi, jadi memang agak mengantuk jugak la dalam perjalanan tu.
Di tol Sg Petani Selatan
Bila dah sampai dekat Kolej Komuniti, baru dapat tahu dari pihak penganjur, bahawa, program akan dijalan kan pada pukul 9.30 pagi. Lewat 1 jam dari jadual asal kerana tenaga pengajar belum sampai dan peserta belum mencukupi.. Ada kira-kira 30 peserta untuk kursus kali ini. Memang banyak kan, tak sangka langsung banyak orang berminat dengan kursus komputer ni rupanya.

Menariknya dengan kursus kali ini adalah, tiada sebarang yuran penyertaan yang perlu dibayar, dan makanan tengah hari disediakan. Syukur dapat tahu program ni bila search website kolej komuniti, kalu tidak memang tak join la. Kursus ini pula diadakan selama dua hari. Kenapa ye, sebab banyak yang nak diajar kepada peserta. Kursus ini lebih kepada hands-on atau 80% praktikal.

Mula-mula peserta didedahkan dengan fungsi asas komputer. kemudian bermula aktiviti yang menarik, Memasang komponen -komponen komputer bermula dari motherboard, microprocesser hinggalah siap sepenuhnya, Memang masa ni, peserta didedahkan dengan fungsi setiap komponen dan cara pemasangan yang betul. Setelah siap pasang, komputer dihidupkan, kalu ada masalah, pengajar akan trouble shooting dan menjelaskan masalah atau kesilapan yang berlaku semasa memasang komponen komputer. Jadi syukur, komputer yang dipasang tiada masalah, cuma perlu tukar motherboard, sebab ada dua - tiga pin tempat meletakkan processor telah bengkok masa permulaan pemasangan dijalankan. Lama jugak, sebenarnya nak pasang komponen komputer ni, tapi bila dah mahir, tak sampai 10 minit dah boleh siap..

Pegajar menerangkan cara memasang komponen komputer
Selepas siap, pemasangan komputer, peserta diajar cara menginstall windows, office, software yang berkaitan, maintenance dan cara buat partition C dan D. Itulah modul pengajaran sepanjang program itu berlangsung. Memang banyak sangat info yang dapat dari kursus ini. Kalau dulu tak tahu pun macam mana nak pasang komputer ni, sekarang ni, kira boleh la pasang sendiri, dan kalu komputer ada problem boleh try selesaikan masalah tu.

Pengajar menerangkan tentang Windows
Sepanjang kursus itu berlangsung, peserta yang hadir memang nampak kesungguhan untuk bertanya. Kira kelas tu jadi menarik sebab soalan-soalan yang datang dari peserta, sampaikan pengajar tak sempat nak jawab soalan yang dikemukan.. Gambar-gambar diatas menceritakan segalanya, nampakan reaksi peserta semasa tengah dengar ilmu yang disampaikan tenaga pengajar. 

Sesudah selesai program tu, ada majlis penyampaian sijil untuk para peserta. Kira waktu tu, nama setiap orang dipanggil sorang demi sorang. Then bergambar masa nak amik sijil tersebut. Bangga sekejap... hehe.... Program ni memang sangat bermafaat, tak kira pada yang tua ataupun muda.. Saya pun dapat kenal beberapa rakan dalam kursus ni. InsyAllah, sekiranya diizinkan, akan bertemu lagi dengan mereka pada masa akan datang. Oh ya... bertambah la lagi koleksi sijil... :)



Semoga berjumpa lagi dan bergembiralah selalu....

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home