Ikuti Forum Francais Komuniti di C-Mart

Asalamualaikum semua

Apabila dah tiba hujung minggu, selalunya tiada apa yang nak dibuat kan. Jadi pada hari sabtu, bersamaan 15 November 2014, aku telah mengikuti satu program iaitu forum mengenai francais komuniti di ruang legar pasaraya C-Mart yang bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis francais, dan bagaimana untuk membuat pelaburan dalam program francais. Program ini berbentuk keusahawanan, jadi memang ramai la yang hadir pada program ini... Acara kemuncak adalah forum mengenai Program Francais Komuniti yang dihadiri oleh YB Dato Sri Hasan Bin Malek iaitu Menteri Perdagangan.

Jadi saya nak ulas sedikit mengenai francais ini. Konsep francais ini perjanjian antara pemberi francais yang memberi hak untuk melaksanakan perniagaan kepada pemegang francais sama ada secara kontrak ataupun tetap. Jadi pemegang francais boleh mengunakan hak dagangan, maklumat sulit dan harta intelektual yang dipunyai oleh pemberi francais. Maksud mudah, pelabur telah membeli sistem perniagaan yang ada pada penjual francais dan boleh memasarkannya dengan bayaran tertentu. Bayaran nya adalah dari serendah RM10,000 sehingga berjuta-juta ringgit.

Forum Francais Komuniti
Kebanyakkan francais yang kita nampak adalah dalam sektor makanan seperti Pizza Hut, McDonald, KFC, Domino dan lain-lain lagi.
Jenama Francais yang dikenali ramai
Itulah serba sedikit yang saya dapat kutip dalam forum yang diadakan. Selepas tu, berjalan sekejap di sekitar booth-booth yang dibuka. Rupanya banyak francais yang ada kat Malaysia ni yang kita tak pernah dengar, sebab kebanyakkannya baru dan masih dalam kecil-kecilan. Jadi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang francais ni ,boleh layari http://www.mfa.org.my/ dan http://perniagaanfrancais.com/. Gambar dibawah adalah sekitar program francais komuniti.


Francais berbentuk perkhidmatan laundry

Francais berasaskan jus kurma

Francais berbentuk penjualan produk makanan secara kiosk. Mempunyai pakej RM 50K dan RM 80K

Kehadiran peserta pada forum yang diadakan
Selepas didedahkan dengan francais ni baru sedar ini adalah satu cabang perniagaan. Mungkin satu hari nanti apabila cita-cita ku telah tercapai aku akan mengumpul modal untuk membuka kedai francais. Yang menjadi pilihan aku sama ada kedai dobi layan diri ataupun kedai makanan segera. InsyAllah...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment