Asalamualaikum semua

Sejak beli komputer hari tu, tak terfikir lagi nak wat design.. Jadi kali ni, sebab ada masa yang terluang, cuba la design benda yang simple menggunakan Solidworks. Solidworks ni aku pernah guna masa universiti dulu, tapi tak lama, dalam 3 bulan macam tu je untuk siapkan projek. Lepas tu, terus tak guna.. Ilmu berkaitan software ni pun dah lama lupa. Jadi ingat nak training balik buat design-design yang mudah dulu, bila dah mahir balik, baru try plan nak buat design kereta pulak. hehe.

Jadi design pertama selepas dah lama tak guna software ni adalah cawan. Ni gambar semasa tengah buat cawan ni. Design reka bentuk dia, guna swept boss. Dapat bentuk macam ni. Kira amik masa dalam 15 minit jugak la. bila dah siap tu, wat rendering skit, supaya nampak real.. 

Design bentuk dan warna yang sesuai

Ni hasilnya selepas rendering


Macam mana cantik tak..hehe...InsyAllah, nanti bila ada design benda baru, aku akan post lagi kat blog ini...

 Ok berjumpa lagi pada post akan datang. 



Hari sabtu lepas, ada kelapangan masa yg terluang, jadi naik kereta, round area bandar Sg Petani. Dari Tesco sampai la C-Mart, tiba-tiba ternampak ada macam pesta di sebelah kawasan ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Berhenti sekejap kereta, dan baru sedar rupa-rupanya ada Fun Fair. Memang dah lama tak masuk fun fair sebenarnya, dah dekat 3 tahun, jadi bila dah ada tu, terus teringin nak singgah, sebab nak tengok apa yang ada dekat sana.. Excited sangat-sangat.

Bila dah sampai dekat Fun Fair tu, memang susah sungguh nak parking. Penuh dengan ramai orang lalu lalang lagi. Tunggu la kira-kira 10 minit nak cari parking, syukur ada jugak orang nak balik, jadi dapat la parking dekat dengan Fun Fair tu. Kira jalan pun tak jauh.. Bila masuk tu, tak dikenakan apa-apa bayaran, cuma terkejut tengok permainan yang besar-besar tu. Wow... memang besar, rasa dah macam kat Genting Highlands pulak, bila nak gambarkan permainan yang ada kat situ. Dari permainan main dart sampai la permainan macam roller coster.

Jadi terus cari kaunter toker, nak tukar duit, Walaupun tak tahu nak main apa pun. Pergi pun sorang diri, jadi agak buntu jugak la. Harga token tu pulak ialah RM2 untuk 1 token. Jadi guna RM10, dapat la 5 token. Jadi pergi la mencari permainan yang sesuai untuk bermain. Heheh... Macam kembali pada zaman budak-budak pulak walaupun umur dah 25 tahun. huhu..

Jumpa la satu permainan, yang menarik perhatian dari macam-macam permainan yang ada. Top Gun Discovery....

Top Gun Discovery
Memang besar, dan inilah main attraction kat sini. Nampak gementar jugak, sebab ini hanya sekali dalam seumur hidup, terus bayar token dan duduk di bahagian depan sekali. Wow.. memang lagi gementar la pulak, sebelah aku pula ada seorang student UiTM Merbok, kira jadi kawan sekejap. Tapi tak dapat sembang banyak sebab benda ni dah nak bergerak. Lepas pasang seat belt, safety cage pun tutup. Then bergerak.......... fuh......... ahhhhhh...... haaha.....  



Macam tu la sepanjang benda ni berpusing, pening kepala, tangan aku pulak pegang rapat-rapat dekat seat, rasa takut jatuh pulak kalu tak pegang, walaupun seat belt tu memang dah ketat. Then jantung tu memang tak boleh kata apa apa la. Berdegup sungguh kencang, hanya Allah yang tahu perasaan waktu tu.. 

Bila dah benda tu dah berhenti, terus keluar dan duduk kat luar . Rasa dah tak nak naik lagi kalau ada benda macam ni. hehe.. Tapi itu la pengalaman, kalau kita tak cuba, macam mana kita nak tahu macam mana perasaan tu kan.. Lepas tu, ada baki 3 token lagi, nak buat apa kan. Nak main permainan lain pun dah tak da minat. Jadi guna token tu untuk main permainan tangkap itik. Habis 3 token, dapat la 1 cawan kecik. Boleh la.. tak bernasib baik. Tengok orang lain, ada yang dapat kereta kawalan jauh, jeles gila rasa. haha...



Then lepas tu, terus pulang.   Seronok jugak bila difikirkan kembali.. Itu lah nukilan untuk hari ini.

 Jumpa lagi pada masa akan datang.


Hari ni, kita nak bicarakan cara-cara nak buang virus Secure Browsing. Cara hendak mengenali virus ini adalah melalui ikon yang akan muncul apabila anda memasukkan pendrive ke komputer. Walaupun anda format pendrive anda, virus ini masih lagi ada disitu. Virus ini pula disebarkan melalui pendrive, dimana apabila kita memasukkan pendrive yang dijangkiti virus ini ke komputer yang lain dan apabila kita menekan ikon SecureBrowsing, ia terus merebak. Menyebabkan mana-mana pendrive yang dicucuk dengan komputer itu akan turut dijangkiti.

Ini lah cara yang saya lakukan.

1. Download removal virus di sini  ( http://www.en.usbfix.net/download/usbfix/ )


2. Install program UsbFix yang telah didownload


3. Start the program, dan tekan Clean


4. Selesai process clean, sila restart komputer anda.

Anda akan dapat mengakses document di dalam pendrive tanpa ada masalah lagi selepas ini.

Begitulah caranya, Yang penting program UsbFix ini akan membersihkan komputer dan pendrive dari virus SecureBrowsing 

Terima kasih kerana membaca, semoga berjumpa lagi..



Pasar pagi taman ria jaya ni, akan dibuka pada hari Khamis dari pukul 8 pagi sampai la 1 tengah hari. Kira ramai la jugak yang datang ke sini. Hajat di hati nak cari topi hitam yang murah-murah. Nak berjimat la jugak kan. Nak kena pakai waktu ke tempat kerja, sebab kilang tu amalkan clean room, jadi pakai topi yang menutup rambut itu satu kemestian. Sebab dah survery harga topi dekat kedai di pasaraya, harga diantara RM 20-30. Jadi diharapkan dekat sini lagi murah la kan. 


Bila jalan-jalan kat sini, terjumpa la satu gerai, harga pun ok. RM 10 je. Apalagi terus la beli. Mudah nya beli kat sini boleh tawar menawar sebab peniaga kat situ akan letak harga tinggi pada mulanya, jadi memang kena pandai tawar untuk dapatkan pada harga yang kita ingini. Selesai misi mencari topi.. 




Sebelum pulang tu, sempat la snap beberapa gambar sekitar pasar pagi ni, macam -macam ada, dari ikan, ayam, pakaian sampai la barang-barang lama *(pasar karat ). 
















Harap berjumpa lagi pada post akan datang.  



Asalamualaikum semua..

Pada bulan Disember ni, akhirnya aku membuat keputusan untuk memiliki sebuah komputer baru kegunaan diriku. Ini disebabkan laptop yang aku gunakan sekarang akan aku berikan kepada adikku yang ingin menggunakannya untuk belajar di matrikulasi. Jadi komputer apa yang aku beli kali ini... Keputusannya ialah desktop, ya bukan laptop lagi... Sebabnya, aku perlu menggunakan program seperti Solidwork dan AutoCAD yang mana laptop biasa nya akan mengalami hang apabila aku membuka program ni. Tujuan nya, aku hendak gunakan untuk mengasah skill aku dalam designing 2D dan 3D. Ini sajalah skill yang aku mahir, dan aku harapkan skill ini yang akan membezakan aku dengan pemegang ijazah lain apabila memohon kerja.


Selepas mengkaji mengenai komputer yang aku ingin beli, akhirnya aku memilih jenama ASUS, kerana keupayaannya dan cukup dengan budget aku.


Dan aku amat berpuas hati dengan prestasi komputer ini... Aku harapkan pelaburan yang aku terjemahkan melalui pembelian komputer ini akan membuahkan hasil.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home