Asalamualaikum semua,

Hari ini tiba-tiba teringat kembali zaman persekolahan dahulu, bangun pukul 6 pagi, kemudian bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan berwuduk. Setelah selesai, menuju pula ke surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Jarak perjalanan antara surau dan asrama tidak la berapa jauh, dianggarkan hanya 1 kilometer sahaja. Namun, teruja nya setiap pagi apabila mengenangkan ustaz yang membawa rotan untuk mengejutkan pelajar yang nyenyak tidur di pagi hari. Disebabkan itulah, menjadi rutin pelajar untuk bangun awal ke sekolah.


Telah sedekad berlalu, dimana ak meninggalkan zaman persekolahan, namun memori itu menjadi kenangan yang terindah untuk hidupku. Harap-harap reuonion akan diadakan pada masa akan datang. Rindu nak jumpa rakan-rakan persekolahan .

Sekarang, walaupun sudah bertahun-tahun tak berjumpa dengan rakan lama, namun masih lagi saya dapat mengingati nama setiap pelajar dalam kelas. Cuma nama pelajar perempuan dah tak berapa ingat.. hehe.. sebab dulu tak kenal terlalu rapat dengan rakan perempuan.. Hidup ni macam bola, ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Yang pentingnya Kita kena bersabar dengan dugaan yang mendatang.
Bersama kawan-kawan di makmal ( Dari kiri wan, Ikhwan, saya, hisyam, adib, shahirul, dan faez )

Dalam perjalanan ke kilang, terfikir satu benda.. apa dah jadi kepada member member kelas ku sekarang.. tercapai ka cita-cita yang mereka impikan.. Yang pasti cita-citaku belum tercapai, hanya masa menentukan. InsyaAllah, asalkan azam aku kuat, pasti tercapai impian ku....

Sebelum itu, jangan lupakana kenangan lama, kerana ia adalah sejarah hidup anda. 



Asalamualaikum semua..

Akhirnya, stesen bas bandar Sg Petani akan menamatkan tugasnya sebagai pusat sehenti bas bandar. Buat sementara, hanya terdapat beberapa bas yang membuat perjalanan ke Baling dan Jitra yang berhenti disini. Tidak lama lagi, stesen bas ini akan ditutup untuk pembagunana. Segala operasi bas sedang dipindahkan secara berperingkat ke Stesen Bas Ekspress Ukir Square.

Banyak kenangan yang aku dapat rasai semasa tiba disini untuk ke Pasar Minggu di sebelah stesen ini. Kenangan semasa bersekolah dimana aku menunggu bas untuk membawa ku pulang ke rumah. Melepak dengan rakan-rakan, dan makan dikedai sekitar stesen bas ini. Pada masa itu, banyak kedai yang dibuka, seiring dengan jumlah penumpang yang ramai. Namun semenjak beberapa tahun ini, kurangnya penumpang menyebabkan operasi bas mengalami kerugian sehingga terpaksa meminta bantuan kerajaan negeri untuk meneruskan operasi. Benarlah orang kata, memiliki kenderaan itu menjadi suatu kewajipan pada masa kini, jadi siapa yang hendak menaiki bas lagi.

Sebelum operasi bas ini dihentikan, sempat aku rakamkan beberapa gambar disini yang mungkin akan menjadi kenangan bagiku...

















Ini adalah waktu operasi Pejabat Pos Sg Petani.


Untuk pembelian stamp dan pos laju, tidak perlu beratur mengambil nombor, terus ke kaunter serbaguna. 





Asalamualaikum semua.

Semasa blog ini ditulis, terdapat pembinaan yang berlaku berdekatan Amanjaya Mall. Dari siasatan penulis, ini adalah pembinaan Kompleks Sukan. Tidak pasti milik siapakah Kompleks sukan ini samada swasta ataupun kerajaan. Namun, dengan siap nya kompleks sukan ini kelak, pasti akan memeriahkan keadaan di sekitar Amanjaya dengan kehadiran pelbagai masyarakat untuk bersukan. 







Dah lama teringin nak makan hidangan Rice Wrap ni. Ye la, sejak iklan kat tv la, aku jadi teringin nak makan benda ni. Bagi aku, kalau hidangan yang disediakan KFC mesti sedap. Jadi hari ni aku terus ke cawangan KFC.


Bila kita tengok gambar kat atas tu, nampak menarik kan. Dengan nasi dan ayam yang digulung dengan roti pita..Siap nampak ada cheese lagi kat sini.. 

Suasana makan sini, memang aman je, tak de la ramai pengunjung. Kebanyakkan take away je. 





Ini la hidangan yang aku order. Rice wrap set. Harga untuk hidangan ini hanya RM7.80.  Minuman disertakan sekali dan aku pilih mountain dew kali ini.  Yang aku suka dengan KFC ni, ada 3 jenis sos yang kita boleh ambil iaitu sos tomato, cili dan thai cili. Kalau diberi mayonis sekali kan bagus. .


Rice wrap ni, nampak menarik dengan cara bungkusan dia. Bila makan, ermm..... kira boleh tahan la.. Kira tak sedap sangat, rasa pun boleh la. Sedapnya pun masa makan ayam yang ada dalam rice wrap tu. Nasi dia pun kurang sikit, dan sayuran yang ada dalam tu adalah tomato dan timun.Itu je. Ini mungkin kali terakhir aku makan rice wrap. Sebab rasa kurang best la... Lebih baik makan Nasi Kandar je.

Bagi aku, kalau ada sesiapa nak cuba makan rice wrap, aku galakkan korang makan je burger zinger burger, sebab itu lagi sedap. Yang rice wrap ni, ayam yang ada dalam tu, kecik je, kira tak puas makan. Tapi kenyang la bagi aku. Apapun teruskan inovasi ye KFC. Cuma harap, buat la hidangan yang betul-betul sedap sebelum iklan........kecewa kerana hidangan tak seperti dalam iklan......... Apapun support bisnes kepunyaan Johor Corp ni..hehe...


Hari ni, first time aku jejakkan kaki di Perpustakaan Desa. Sebelum ni memang pernah dengar perpustakaan desa tapi tak pernah pulak masuk. Jadi ada masa lapang, singgah la sekejap tuk baca surat khabar sambil tu nak tengok jugak apa yang ada dalam tu. Lokasi perpustakaan ni sebelah taman rekreasi Bandar Perdana, Sg Petani. 

Masa buka adalah seperti dibawah


Bila masuk, ada seorang penjaga kauter bertugas. Tapi tiada pengunjung, mungkin sebab aku pun datang tengah hari kot. Jadi sambil baca surat khabar kat sini, sempat la snap beberapa gambar . Tempat ni memang cantik, ada air cond dan penuh dengan buku-buku rujukan untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi buku buku baru memang kurang, boleh kira dengan jari , cuma majalah memang semuanya baru- up to date. Itu yang best, siap aku belek satu-satu majalah yang ada kat sini. dari apa yang aku tahu, perpustakaan ini dibuka sejak 2008. kira dah 7 tahun beroperasi. 






Apa pun, perkhidmatan ini memang terbaik. Harap perkhidmatan ini diteruskan sebagai tempat hentian kepada para remaja dan kanak-kanak.. Yang dewasa, dah ada duitkan, boleh la beli buku dan majalah sendiri.hehe.. Harap akan ada wifi di perpustakaan ini, baru best.....

Ok.. Terima kasih kerana membaca.... Berjumpa lagi pada post akan datang.




Selalu kalu singgah di Pasaraya C-Mart, pasti tak terlepas beli makanan ni. Walaupun makan berulangkali pun tak rasa muak, tapi bertambah suka lagi ada la.hehe. Makanan kegemaran yang selalu order kat sini adalah Bubur Ayam. Kalau ikutkan portion yang diberi memang puas hati, bila dah habis makan semangkuk tu, confirm kenyang. Kira bubur ni cukup semua rasa yang patut ada dalam bubur.Pernah jugak makan ayam Marrybrown ni, tapi rasa kureng la, lebih prefer Ayam KFC, sebab lagi sedap dan puas hati. Kalau burger pulak, dekat Marrybrown ni agak mahal lak, lebih prefer burger McDonald sebab rasa pun sedap dan sesuai dengan bajet. hehe




Harga bubur ayam ni pula , tidak la terlalu mahal, kira-kira RM 4.50 kalu ala-carte. Kalau sekali air baru RM6.50. Selain bubur ayam, terdapat jugak seafood porridge. Boleh la cuba kalau hendak kelainan.


Harap kepada pengemar bubur ayam, boleh la try bubur dekat sini. Saya pasti anda puas hati. ..




Orang yang menuntut ilmu dipanggil pelajar. Untuk menilai pelajar adalah melalui peperiksaan bertulis dan beginilah pelajar dinilai dari segi kemampuannya memahami sesuatu pelajaran dan kemampuan menjawab soalan. Kita di Malaysia, masih lagi mengukur pelajar dari segi kemampuan nya melalui CGPA kerana itulah perkara yang termudah untuk dilakukan. Sediakan kertas peperiksaan, dan suruh pelajar menjawab soalan yang dikemukana. Kemudian, kertas jawapan itu akan dinilai mengikut jawapan yang ditulis. Dari situ kita dapat memberi markah kepada pelajar tersebut. Mungkin ada coursework yang boleh membantu pelajar mendapat markah yang baik seperti projek dan pembentangan. Namun harus diingat, apabila selesai peperiksaan, pelajar akan melupakan apa yang dipelajari kerana ingin fokus untuk mempelajari subjek yang lain pula. 


Bagi aku, teringat lagi masa belajar, pelajar-pelajar akan bersungguh-sungguh mengingat dan menghafal step-step pengiraan untuk assignment yang diberi sebelum memasuki dewan peperiksaan. Bukan satu, tapi banyak sangat soalan. Sekiranya, soalan yang keluar sama dengan soalan assignment, bersyukur sangat-sangat, sekiranya tidak, terpaksa la menjawab dengan apa cara sekalipun. 

Itu dulu, tapi selepas aku graduate, aku lebih menghargai ilmu yang aku pelajari. Pelajaran ni bukanlah untuk mendapatkan gred yang tinggi, tapi kemampuan kita memahami dan mengapikasi konsep dan teori yang diajar itulah yang penting. Tidak perlu bersusah payah mengingat formula, kerana formula tu boleh didapati dimana-mana samaada internet ataupun handbook. Tidak perlu mengingat segala pengiraan kerana sekiranya, anda memahami konsep yang diajar sedalam-dalamnya, pasti anda akan tahu cara menyelesaikannya. Yang penting teori yang diajar semasa di universiti dan ia adalah sebagai persediaan untuk anda memahami kerja yang akan dilakukan dalam alam pekerjaan yang diceburi.Anda akan faham apabila anda berada dalam alam pekerjaan... 

Yang penting, carilah, fahamilah dan ingatilah ilmu itu, kerana itulah yang membezakan diri anda dengan orang lain. 
Asalamualaikum Semua

Singgah sebentar di Pasar minggu yang hanya diadakan setiap hari ahad, dengan hajat untuk membeli sedikit buah-buahan segar dan ubat herba untuk penyakit resdung. Tak sangka, walaupun jam menunjukkan pukul 9 pagi, sudah terdapat ramai pengunjung ke sini. Alhamdulilah, kebanyakkan peniaga adalah melayu dan aku mengharapkan lebih banyak orang melayu menceburi bidang perniagaan. Boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis keperluan yang boleh diperolehi dari Pasar Minggu Ahad di pekan Sg Petani. Dari bahan memasak seperti bawang sehingga lah ubat-ubat herba terpilih.. Semuanya boleh didapati disini. Yang diperlukan adalah wang yang mencukupi. Harap perniagaan yang diusahakan oleh orang melayu disini akan terus berkembang dan maju.. InsyaAllah...

Sebelum penulis pulang selepas membeli barang yang diperlukan, sempat la snap beberapa gambar untuk tontonan pembaca blog disini... 

Keadaan sekitar pasar tminggu ( Bersebelahan Stesen bas lama Sg Petani )











Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home