Kenangan Stesen Bas Bandar Sg Petani




Asalamualaikum semua..

Akhirnya, stesen bas bandar Sg Petani akan menamatkan tugasnya sebagai pusat sehenti bas bandar. Buat sementara, hanya terdapat beberapa bas yang membuat perjalanan ke Baling dan Jitra yang berhenti disini. Tidak lama lagi, stesen bas ini akan ditutup untuk pembagunana. Segala operasi bas sedang dipindahkan secara berperingkat ke Stesen Bas Ekspress Ukir Square.

Banyak kenangan yang aku dapat rasai semasa tiba disini untuk ke Pasar Minggu di sebelah stesen ini. Kenangan semasa bersekolah dimana aku menunggu bas untuk membawa ku pulang ke rumah. Melepak dengan rakan-rakan, dan makan dikedai sekitar stesen bas ini. Pada masa itu, banyak kedai yang dibuka, seiring dengan jumlah penumpang yang ramai. Namun semenjak beberapa tahun ini, kurangnya penumpang menyebabkan operasi bas mengalami kerugian sehingga terpaksa meminta bantuan kerajaan negeri untuk meneruskan operasi. Benarlah orang kata, memiliki kenderaan itu menjadi suatu kewajipan pada masa kini, jadi siapa yang hendak menaiki bas lagi.

Sebelum operasi bas ini dihentikan, sempat aku rakamkan beberapa gambar disini yang mungkin akan menjadi kenangan bagiku...















Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. Tempat kenangan zaman-zaman sekolah dulu :(

    ReplyDelete
  2. Tempat kenangan zaman-zaman sekolah dulu :(

    ReplyDelete
  3. Tingal kenangan je Baik gi amik gambar cepat2, mana tau, nnti dah roboh..... Skrg diorang kata akan ada pembagunan kat kawasan tu.. Operasi bas smua dah pindah gi Ukir Square ( Mini UTC), jadi tempat tu jadi kosong skit, dan banyak teksi parking tunggu customer kat situ, ada lagi gerai yg beroperasi masa aku gi bulan puasa hari tu..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. When i was small, my mom used to bring my brothers and myself by bus to Gurun. Tat time sangat sibuk like at Ukir Square now. But recently when i came to SP, tat place was so lenggang. Its all part of nostalgia.

    ReplyDelete