Hidup sebagai pelajar dinilai melalui CGPA

Orang yang menuntut ilmu dipanggil pelajar. Untuk menilai pelajar adalah melalui peperiksaan bertulis dan beginilah pelajar dinilai dari segi kemampuannya memahami sesuatu pelajaran dan kemampuan menjawab soalan. Kita di Malaysia, masih lagi mengukur pelajar dari segi kemampuan nya melalui CGPA kerana itulah perkara yang termudah untuk dilakukan. Sediakan kertas peperiksaan, dan suruh pelajar menjawab soalan yang dikemukana. Kemudian, kertas jawapan itu akan dinilai mengikut jawapan yang ditulis. Dari situ kita dapat memberi markah kepada pelajar tersebut. Mungkin ada coursework yang boleh membantu pelajar mendapat markah yang baik seperti projek dan pembentangan. Namun harus diingat, apabila selesai peperiksaan, pelajar akan melupakan apa yang dipelajari kerana ingin fokus untuk mempelajari subjek yang lain pula. 


Bagi aku, teringat lagi masa belajar, pelajar-pelajar akan bersungguh-sungguh mengingat dan menghafal step-step pengiraan untuk assignment yang diberi sebelum memasuki dewan peperiksaan. Bukan satu, tapi banyak sangat soalan. Sekiranya, soalan yang keluar sama dengan soalan assignment, bersyukur sangat-sangat, sekiranya tidak, terpaksa la menjawab dengan apa cara sekalipun. 

Itu dulu, tapi selepas aku graduate, aku lebih menghargai ilmu yang aku pelajari. Pelajaran ni bukanlah untuk mendapatkan gred yang tinggi, tapi kemampuan kita memahami dan mengapikasi konsep dan teori yang diajar itulah yang penting. Tidak perlu bersusah payah mengingat formula, kerana formula tu boleh didapati dimana-mana samaada internet ataupun handbook. Tidak perlu mengingat segala pengiraan kerana sekiranya, anda memahami konsep yang diajar sedalam-dalamnya, pasti anda akan tahu cara menyelesaikannya. Yang penting teori yang diajar semasa di universiti dan ia adalah sebagai persediaan untuk anda memahami kerja yang akan dilakukan dalam alam pekerjaan yang diceburi.Anda akan faham apabila anda berada dalam alam pekerjaan... 

Yang penting, carilah, fahamilah dan ingatilah ilmu itu, kerana itulah yang membezakan diri anda dengan orang lain. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment