Pasar Pagi Taman Ria Jaya




Pasar pagi taman ria jaya ni, akan dibuka pada hari Khamis dari pukul 8 pagi sampai la 1 tengah hari. Kira ramai la jugak yang datang ke sini. Hajat di hati nak cari topi hitam yang murah-murah. Nak berjimat la jugak kan. Nak kena pakai waktu ke tempat kerja, sebab kilang tu amalkan clean room, jadi pakai topi yang menutup rambut itu satu kemestian. Sebab dah survery harga topi dekat kedai di pasaraya, harga diantara RM 20-30. Jadi diharapkan dekat sini lagi murah la kan. 


Bila jalan-jalan kat sini, terjumpa la satu gerai, harga pun ok. RM 10 je. Apalagi terus la beli. Mudah nya beli kat sini boleh tawar menawar sebab peniaga kat situ akan letak harga tinggi pada mulanya, jadi memang kena pandai tawar untuk dapatkan pada harga yang kita ingini. Selesai misi mencari topi.. 




Sebelum pulang tu, sempat la snap beberapa gambar sekitar pasar pagi ni, macam -macam ada, dari ikan, ayam, pakaian sampai la barang-barang lama *(pasar karat ). 
















Harap berjumpa lagi pada post akan datang.  


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment