Pekena makanan di Gerai Stesen



Asalamualaikum semua.

Dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi Perpustakaan Awam di Taman Jubli Perak, singgah la sebentar di restoran Gulai Stesen yang terletak depan Klinik Gigi Kerajaan dan sebelah perpustakaan. Keunikan restoran ini adalah reka bentuk nya yang dihias dengan pelbagai gambar-gambar lama keretapi dan fotografi orang kenamaan dahulu kala. Ruangnya terbuka dan agak luas dan tempat yang strategik menjadi tarikan pada sesiapa yang melihat restoran ini.

Waktu tiba disini, pada waktu tengah hari, jadi makanan yang menjadi pilihan adalah nasi campur. Disebabkan datang terlalu awal, jadi lauk pauk yang dihidangkan tidaklah banyak. Kali ini , nasi putih berlaukkan ikan pari menjadi pilihan.


Ini adalah menu ku untuk hari ini


Keseluruhannya, rasa makanan ni biasa ja, sama macam makan di kedai lain, cuma tempat ni yang berbeza dari tempat lain kerana membangkitkan nostalgia zaman dulu-dulu. Harga makanan adalah RM4.80 beserta air koaong, kira agak mahal jugak la.



Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu . Dari pukul 9pagi sampai la petang.. 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment