Ini adalah salah satu gerai yang aku akan kunjungi untuk sarapan pagi. Keistimewaan roti kat sini adalah murah dan rasa roti canai yang garing. Itulah sebab aku sering mengunjungi gerai ini setiap pagi. Makanan lain yang dijual disini juga murah dan sangat berpatutan. Lihat la sendiri harga makanan melalui gambar dibawah. Susah nak dapat harga macam ni kat bandar Sg Petani. Tapi kalau pandai mencari, pasti akan anda jumpa

Nasi lemak yang dijual disini selalunya harga yang anda akan jumpa adalah RM1. Tapi kat sini RM0.70 ja.




Apabila aku makan disini, sarapan pagi yang aku akan order adalah roti canai sardin dan air kosong. Harga nya adalah RM2. Itulah jumlah perbelanjaan aku setiap pagi untuk makanan..




Harga roti canai memang murah. Ini senarai harga bagi roti canai disini:
Roti Canai Biasa : RM 0.70
Roti Canai Bawang : RM 0.80
Roti Canai Planta : RM 0.90
Roti Canai Telur : RM 1.40
Roti Canai Sardin : RM 1.80

Walaupun Sg Petani terus berkembang dengan pembagunan, namun peniaga masih lagi mengekalkan harga lama dan murah untuk menarik pelanggan.

Aku berharap harga makanan disini akan kekal walaupun GST akan dikenakan mulai April tahun ini. Pastinya, akan membebankan kepada peniaga kecil-kecilan.  Harap perniagaan ni dapat terus bertahan.


Asalamualaikum semua.

Kalau menjejakkan kaki ke Sungai Petani, pasti anda akan menyedari terdapat jam besar yang berada ditengah jalan Ibrahim iaitu jalan utama di Sg Petani. Kalau anda ingin ketahui, jam besar ini merupakan ikon untuk daerah Sg Petani.

Sepanjang aku tinggal di sini, tak pernah terlintas di hati untuk mengenali bagunan bersejarah ini. Tapi hari ini, aku mengambil kesempatan di hari cuti untuk melihat dengan dekat bagunan jam besar ini. Ini lah foto yang penulis sempat ambil semasa berada sekitar bagunan ini.


Sedikit info mengenai jam besar ini, ialah ia dibina pada tahun 1910 dan siap pada tahun 1936 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah England dan pemerintah empayar British pada masa itu. Tak sangka kan usia jam ini sudah menghampiri 80tahun, tapi masih teguh berdiri. Maklumat tentang pembinaan jam ini diperolehi dari tulisan sekitar jam besar itu sendiri.


Keistimewaan jam ini adalah ia akan berbunyi setiap tiba waktu nya. Nak tahu bunyi macam mana, kenalah datang ke sini. Pada waktu malam pula, jam ini akan disinari lampu lampu yang cantik sekali...



Jadi kepada pengunjung yang singgah ke sini, jangan lupa mengambil gambar dengan mercu tanda Sg Petani ini.
Asalamualaikum semua.

Bila baca surat khabar Sinar Harian, tiba-tiba tersedar satu iklan yang menarik perhatian aku. INSEP atau dikenali sebagai Industrial Skills Enhacement Programme untuk pemegang diploma atau Ijazah. Bila dah tengok iklan tu, terus berminat nak ikuti kursus ini, lebih-lebih lagi kursus CAD/CAM application ada untuk program ni.  

Keratan iklan INSEP
Jadi terus hantar e-mel ke alamat tertera beserta butir-butir diri.. Harap terpilih untuk mengikuti program ni. Rasa nak kembali menuntut ilmu pulak untuk mencari angin baru..

Semoga aku terpilih.. InsyAllah... 

Kalau ikutkan cerita ayah aku, dulu pasar ni memang popular di sekitar Sg Petani. Lokasinya terletak di Taman Ria dan berdekatan dengan taman-taman lain. Tempat ni la ayah aku selalu datang beli barang keperluan masa tahun 90-an. Masa tu, pasaraya tak banyak macam sekarang, dan lokasi pasaraya pun jauh-jauh, jadi ini hentian bagi penduduk sekitar sini. Walaupun dah lama, pasar ni masih lagi teguh berdiri sesuai dengan perkembangan kawasan sekitarnya. Masa kecil selalu datang dengan ayah tuk beli ikan kat sini. Dari situ la belajar macam mana nak pilih ikan fresh, antara nya kena tengok sirip ikan, pastikan colour nya masih merah..

Kat sini juga, segala benda dari sayur, ikan, ayam, kedai makan, kedai pakaian sampaikan kedai kasut pun ada kat sini. Kunjungan pada minggu lepas menunjukkan semua kedai disini berpenghuni dan masih lagi meneruskan operasi. Kalau dulu, memang ramai orang, tapi sekarang ni, kurang sikit, since banyak pasaraya yang muncul seperti Tesco, Econsave yang menawarkan harga yang lebih murah. Tapi kat sini ada ayam yang baru sembelih, kira memang segar la..

Sekarang family aku pun dah jarang datang sini, selalu parent aku lebih prefer pergi Tesco, sebab harga pun murah dan tempat yang selesa.

Sebelum pulang selepas membeli ikan, sempat juga snap gambar sekitar pasar taman ria ni..














Semoga berjumpa lagi pada post akan datang.. 



Asalamualaikum semua

Hari ni, aku  menjejakkan kaki di terminal bas ekspress yang baharu. Tujuan hanyalah untuk menemani rakan untuk membeli tiket bas ke Melaka, sempena hari Konvokesyen yang akan diadakan disana. Alang-alang tu, terdetik di hati untuk menceritakan tentang terminal bas ini yang baru siap dibina pada tahun 2013. Terminal bas sebenarnya dinaik taraf dari terminal bas lama dilokasi sama seiring dengan perkembangan bandar Sg Petani. Sebelum ini, kebanyakkan penumpang terpaksa menaiki bas di perhentian bas sementara Pekan Lama, namun kini dengan siap nya terminal bas ekspress ini, semua operasi tiket turut dipindahkan. Tempat ini pun cantik dan bersih, memang agak selesa bila berada disini berbanding sebelum ini.


Sedikit maklumat yang dapat dikutip adalah, terminal bas ini dilengkapi 32 kaunter tiket, 6 laluan platform bas, 73 lot perniagaan dan 5 gerai makan. Namun dukacitanya, selepas 2 tahun beroperasi, lot perniagaan di kompleks ini masih banyak lagi yang kosong. Terutama bahagian atas, kebanyakkannya kosong, tanpa penyewa. Tak sangka kan, kurangnya sambutan terhadap lot perniagaan disini.

Kiosk makanan yang terdapat dalam stesen bas
Walaupun banyak pembaharuan berlaku di kompleks ini, namun operasi ulat tiket masih lagi berlaku tapi sudah makin berkurangan. Kalau waktu dulu-dulu masa pembukaan terminal bas ni, memang aku tak  selesa apabila mula singgah ke terminal bas ini sebab didatangi beberapa orang bertanyakan mengenai destinasi yang ingin aku pergi. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga kepada penumpang yang ingin membeli tiket, tolak sahaja permintaan mereka. Beli di kaunter

Peringatan kepada pengguna supaya tidak berurusan dgn ulat tiket.
Kesan apabila anda membeli tiket bas dari ulat tiket adalah masa berlepas bas tidak diikuti maksudnya bas tiba lewat untuk mengambil penumpang, kebanyakkan ticket dijual berdasarkan prinsip selagi bas tak penuh, tak jalan la bas tu. Selain itu, kemungkinan juga tiket bas yang anda beli menunjukkan anda akan menaiki bas ekspress A,tapi tiba-tiba ditukarkan ke bas B tanpa sebab.

Pintu masuk ke kauter tiket bas
Cara mudah untuk anda membeli tiket bas ialah secara online , antara bas yang aku cadangkan adalah Transnasional dan Mara Liner kerana kedua-dua operasi bas ini menepati masa tiba dan berlepas. Bila dah beli tiket online, print tiket tu diatas kertas dan bawa tiket tu ke kauter bas yang berkenaan untuk menebus tiket sebenar. Ini lah cara yang aku lakukan sejak dahulu lagi.

ScreenShot pembelian tiket online

Laman web pembelian ticket online :
Mara Liner : http://www.maraliner.com.my/
Transnasional :  https://www.ticket4u.com.my/trans.php
Plus Liner : https://ticket4u.com.my/plus.php

Sedikit gambar yang penulis ambil semasa berada disini.




Update : Pada 13/4/2015 aku singgah di terminal bas ini untuk membeli tiket bas. Tiada langsung ulat tiket kelihatan. Tahniah kepada pihak berkenaan yang berjaya menghapuskan kegiatan ulat tiket ini.. 


Semoga berjumpa lagi untuk post akan datang. 
Ini adalah lukisan dinding yang penulis sempat snap disekitar Sg Petani.

Lokasi : Medan Selera Taman Ria Jaya


Lokasi : Parking kereta, Amanjaya Mall





Lokasi : Lorong kedai, berdekatan Pasar Taman Ria





Lokasi : Pekan Rabu Sungai Petani





Bila sebut Mr DIY mesti ramai pun dah tahu kan. Kali ni DIY dah buka cawangan baru kat Tesco Selatan, kira lagi besar dari yang asal. Bila dah besar, lagi la banyak barang nak beli kan.. Tapi aku memang selalu mai sini kalu nak beli barang-barang macam screw driver, paku, skru, alat elektronik dan usb pendrive. Sebab nya, memang murah.... Itu yang aku suka, dah la murah, tempat pun cantik. Lagi satu, tiada GST. kira company ni dah serap segala GST yang ada untuk pengguna.






Jadi bagi aku, kalau sesiapa yang nak beli barang hardware ke, mai la datang sini, harga pun murah, barang pun banyak. Pasti ada barang yang ada cari, Kalau tak jumpa boleh la tanya dekat promoter kedai ini.

Apa pun Mr DIY, terima kasih kerana membuka cawangan di Sungai Petani.....


Asalamualaikum semua

Kali ni, nak mengupas sedikit tentang sungai iaitu Sungai Petani. Bukan nak cerita tentang air sungai ini yang kotor tu, tapi pembagunan yang akan dijalankan di kawasan sekitar sungai ini. Mengikut Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda 2020, pihat PBT akan membina promenade di persisir sungai ini. Dimana, akan orang ramai dapat berjalan di sekitar sungai ini.Dengan terbinanya promenade ini, langkah seterusnya yang akan diambil adalah membersihkan sungai ini, membina gerai dan kiosk di sekitar promenade, dan kedai-kedai akan dibina menghadap sungai. 


Draf Rancangan Promenade
Contoh promenade adalah seperti dibawah. Sesuai untuk orang berjalan dan melakukan reakreasi.



Sekarang ini, kawasan persisir sungai telah pun dibersihkan dari pokok-pokok. Sampah- sarap pun telah dibersihkan. Kira nampak bersih la sikit, cuma air sungai je masih hitam dan kotor. Tentang air sungai ni, rasanya kena ada peruntukkan yang berjuta-juta baru boleh nak bersihkan, sebab dari dulu sungai ni memang kotor, sebab segala air longkang sekitar bandar Sungai Petani dialirkan disini, jadi mana tak kotornya kan.. tapi diucapkan syabas kepada pihak berkenaan yang ada inisiatif untuk memperindahkan sungai ini dari dibiarkan begitu sahaja.. Hope lepas ni, tak de la orang nak buang sampah kat dalam sungai lagi. 

Ini gambar yang penulis sempat rakamkan di persisir sungai.





Update 5 April 2015 : Ini adalah sebahagian laluan pejalan kaki yang siap dibina. Pembinaan laluan pejalan kaki ini masih lagi berjalan. 




Terdapat sebuah bagunan milik Jabatan Pengairan dan Salinan yang dibina berhadapan sungai ini.


Nanti kan update seterusnya.. Terima kasih membaca...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home