Keenakan My Takoyoki di Central Square.



Semenjak 2 minggu ni, rasa kempunan lak nak rasa takoyaki. Takoyaki ni adalah makanan jepun yang telah  dijual secara francais melalui kiosk-kiosk di Malaysia.  Dulu masa first time makan, memang rasa sangat sedap  dan unik pula tu.. Ada rasa masam, manis, dan masin. Semua rasa ada.Pengalaman masa first time makan takoyaki ni, memang tak dilupakan.. Teringat lagi, bila takoyaki tu siap, terus je ngap, then melecur habis lidah.... memang panas siot....haha

Kiosk My Takoyaki


Pelbagai rasa takoyaki ( Yang best chic and Cheese tu )

Dah banyak tempat cari tuk rasa takoyaki ni kat Sungai Petani, tapi cuma kat Central Square je ada. Ada satu lagi gerai takoyaki kat Uptown, tapi hanya meniaga waktu malam je.. leceh lak nak pegi malam-malam kan.. Jadi pergi la, central square sebab nak makan benda ni.

Takoyaki yang sedang dimasak. Kena golek-golek dengan chopstik baru masak sekata. 

Kali ni, order "Prawn Takoyaki" , sebab dulu dah order "chic & cheese takoyaki". Bila dah order tu, kena la tunggu dekat-dekat 10 minit jugak la. Sempat la round area Central square ni. Bila dah siap, terus je ngap...hehe... Rasa nya still sedap dan bergelora dengan macam-macam rasa dalam tu.- (cuma udang tu kecik la, haha ). Sos pun dia letak banyak, jadi memang puas hati... nanti kalu ada duit lebih, boleh la makan sekali lagi..hehe

Takoyaki yang siap

Harga untuk 4 biji takoyaki ni RM5.00 je. Kalu sape-sape nak cari takoyaki ni, kena la cari kat Central Square, tingkat 4. 

Ok.. Terima Kasih kerana membaca.. Semoga berjumpa lagi ye... 




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment