Pada malam Selasa, sehari sebelum GST dikenakan, sempat la singgah ke beberapa pasaraya, tujuan nya nak beli beberapa barang seperti minyak wangi dan sabun mandi. Bila sampai je, memang tak sangka, memang ramai orang. Bila tengok barang yang diorang beli, macam lawak pun ada, beli pencuci pinggan berpuluh-puluh pek, telur ayam 2-3 papan, minyak masak 2-3 botol, beras 2-3 kampit. Macam negara ni akan berdepan darurat lak. Ini baru GST kan. hehe. Rasanya kebanyakkan orang ni buat pembelian panik sebelum GST dilaksanakan. Semua orang takut GST kan.

Keratan akhar mengenai pembelian panik di pasaraya

pasaraya yang sempat singgah, ialah Billion dan Tesco Utara, Tapi tak beli apa apa, since tengok orang punya la ramai dan line beratur punya la panjang. Macam biasa, harga pasti meningkat selepas GST dikenakan, tapi nak wat macam mana, kena la terima dah kerajaan yang laksanakan.

Gambar sekitar Pasaraya Billion





Gambar sekitar Tesco Utara Sg Petani.





Bagi aku, setelah GST dikenakan pada semua barang dan perkhidmatan, di harap bayaran di Tol turun atau cukai eksais yang dikenakan pada kereta tempatan dikurangkan sebanyak mungkin ataupun dihapuskan. Ye la, dekat sabah sarawak, lebuhraya Pan Borneo yang merentasi Sabah ke Sarawak tiada tol pun, dan sebab ada cukai eksais ni la, harga kereta nasional masih lagi mahal, kalau tak murah je. Kalau pada orang kurang upaya boleh diberikan 100% pengecualian cukai, bila lagi kepada orang ramai. 

Fakta yang berlaku di Malaysia..

Keratan akhbar : Kerajaan jamin tiada tol di lebuhraya Pan-Borneo

Pengecualian cukai eksais untuk gologan kurang upaya ( sumber http://jkmpetaling.blogspot.com/ )
Di akhir penulisan ini, diharapkan GST yang dilaksanakan oleh kerajaan akan memberi "manfaat" kepada penduduk Malaysia, dan bukan sebab nak kutip cukai sebanyak mungkin.


Waktu tengahari ni nak cuba benda baru. Jadi pergi dekat Pusat Makanan Ria, jumpa la gerai nasi ayam ketagih ni. Nasi ayam ketagih ni dah lama teringin nak cuba cuma tak berkesempatan. Ia adalah nasi kukus yang dihidangkankan bersama ayam panggang dan sup ayam. Apa yang saya boleh nyatakan disini, ia adalah nasi ayam yang terbaik pernah saya makan. Kalau nak dibandingkan dengan nasi ayam yang dijual di tepi jalan, memang tak setanding dengan rasa nasi ayam ini.

Ayam yang sedang menunggu pembeli
Kekuatannya adalah nasi yang dimasak sempurna dan rasa sedikit berminyak, ditambah dengan ayam yang dipanggang tidak terlalu kering dan rasa yang sedikit manis. Kalau saya round area sungai petani, kalu order nasi ayam ditempat lain selalunya ayam panggang tu kering dan agak keras. Tapi ayam disni lembut sesuai dengan citarasa saya.  Banyak kan ayam pangang yang digantung disini, rasanya dalam sehari boleh dapat lebih 60 orang ni.

satu set hidangan yang berharga RM 4.80

Bahagian ayam yang menjadi kesukaan.

Setiap hidangan dibekalkan dengan cili cuka dan kicap. Memang banyak, jadi jangan risau kalu tak cukup, boleh tambah lagi.  Hehe...Kalu nak pilih bahagian ayam pun boleh. Macam saya,pilih bahagian paha ayam, sebab lebih lembut sikit..Kalau ayam ni dipanaskan dahulu sebelum dihidangkan pasti lagi sedap.

Harga bagi hidangan ini adalah RM 4.80. Kira berpatutan jugak. Nanti kalu berkesempatan nak datang sini lagi makan tengah hari. Cubalah, anda pasti tak menyesal. 

Dibuka setiap hari kecuali Selasa
Jam: Dari waktu tengah hari sehingga petang.
Tempat : Pusat Makanan Ria

Semoga berjumpa lagi pada post akan datang. . 



Pada hari sabtu yang lepas, berkesempatan singgah sekejap di Jeti Semeling. Kawasan ini telah dibangunkan untuk menjadi tempat pelancongan baru di Kedah. Memang cantik pemandangan kat sini dengan dilengkapi bagunan yang baru dan futuristik. Bot-bot yang akan membawa pelancong menyusuri Sungai Merbok turut diletakkan di jeti ini.

 Kalau diikutkan perancangan asal yang diwar-warkan sebelum ini, sepatutnya jeti yang siap ini akan dijadikan pusat perhentian untuk mengambil penumpang untuk ke Pulau Langkawi, namun disebabkan beberapa masalah antaranya sungai yang tidak dalam dan pukat yang banyak disini projek ini telah dibatalkan dan digantikan dengan kompleks pelancongan. Kos keseluruhan projek yang penulis tahu adalah kira-kira 17 juta, tapi syukur jugaklah, projek ini siap juga pada tahun lepas. Cuma bahagian restoran di jeti ini, masih belum ada penyewa lagi dan masih kosong. Kedai-kedai pun belum lagi beroperasi.

Pegunjung yang tiba disini, boleh menaiki bot "Sungai Merbok River Cruise" untuk ke menyusuri Sungai Merbok dan singgah ke Tanjung dawai sebelum pulang semula ke jeti semeling. Bayaran yang dikenankan tidaklah mahal, kerana ada promosi sehingga bulan March ini. Tapi harus diingatkan, bot ini akan mengambil penumpang pada waktu pagi dan tengah hari sahaja, jadi kena datang awal la ye. 




Keadaan di jeti semeling

Bot pemancing

Bot -bot pemancing


Penjual aiskrim dan pengunjung


Kalau datang kat sini, jangan lupa untuk berjalan-jalan disekitar pelantar jalan kaki yang dibina untuk pegunjung melihat lebih dekat pokok bakau yang tumbuh meliar disini. Kat sini, juga ada kompleks Galeri Bakau yang pegunjung boleh masuk untuk mengetahui lebih dekat tentang pokok bakau, sejarah Sungai Merbok, dan jenis-jenis bakau yang terdapat di sini. Tapi tak dibenarkan ambil gambar dalam kompleks galeri ini. 

Dibawah, adalah gambar yang penulis sempat snap semasa tiba disini.

laluan pejalan kaki ke Galeri Bakau


Pejabat untuk pekerja disini

Akar pokok bakau

Kedai Cenderahati yang masih lagi kosong

kaunter penerangan yang beroperasi dsini





Di galeri bakau




Laluan pejalan kaki sejauh 1km







Bagunan yang sangat cantik dan futuristik




Tempat membakar bakau menjadi arang


Bot nelayan


Jeti Semeling

Pemancing di Jeti Semeling
Gambar dari Google Earth



Tempat ini sangat sesuai untuk bergambar dan berehat. Masa penulis sampai sini, ada juga nampak beberapa pengantin sedang bergambar disini. Tempat ini menarik cuma mungkin perlukan masa sebelum ia menjadi tempat pelancongan yang popular di Kedah. 

Semoga berjumpa lagi.....





Sempat juga, untuk menonton Cicak Man pada hari Khamis lepas. Sanggup amik cuti dari kerja kot sebab nak tengok filem ni. Sebab tayangan hanya ada waktu petang, jadi memang tak sempat la kalu nak tengok lepas bekerja. Dah round kat cinema lain, tapi hanya GSC je yang tayangkan, jadi itulah saja caranya. Harga tiket pun murah je, dalam RM8.00, tayangan pada pukul 2.15 petang. 

Pada mulanya, tak pula ada pula nak tengok filem ni, tapi bila baca berita filem ni dah dapat kutipan box office berjuta-juta, tiba-tiba terus minat nak tengok. Ye la, bukan selalu filem melayu dapat kutipan box office, jadi yakin cerita ni mesti best. hehe...

Dalam pawagam tak la ramai orang, mungkin sebab waktu 2 petang, sape nak datang kan. Lagi pun, tayangan filem ni sejak 12 March lagi, sekarang dah 26 March, mesti orang dah ramai tengok cerita ni. 



Cerita ni mengisahkan "Zizan" yang kempunan nak jadi superhero, tapi ada masalah kekeluargaan. Dalam proses penceraian dengan isteri dia. Dengan kerja yang tak de, hidup dia makin sukar apabila kawan dia duduk sekali dengan rumah dia bertahun-tahun tanpa ada perasaan nak pindah. Masa tu, CicakMan lakonan Apek sudah pun bersara, jadi tiada superhero yang menjaga Metrofulus. Namun, SuperBro muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tapi superbro ni pun ada motif sebab apa dia buat macam tu, kira bukan ikhlas la nak membantu. Bila Zizan berjalan depan tugu CicakMan, tiba-tiba terjumpa kotak yang Apek tinggalkan disini. Dalam kotak tu, terdapat baju CicakMan saiz Apek, dan serum untuk menjadi CicakMan. Jadi bermula lah pengembaraan CicakMan lakonan Zizan untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap CicakMan. Bermula dari Zizan cuba mencari kuasa cicak, mereka sut baru CicakMan,  siri letupan semasa menumpaskan penjenayah dan pergaduhan antara CicakMan dan SuperBro.

Jadi apa kesudahannya.. Kena la tengok sendiri ye. Hehe. Cerita ni diselitkan dengan unsur kekeluargaan, komedi, aksi dan sedih. Tapi memang puas hati pada sesiapa yang tengok filem ni. Tak sabar nak tengok sekuel kalu ada ..

Sneak peek

Dalam kesedihan semasa dalam proces penceraian dan tiada pekerjaan.
CicakMan semasa sedang mempelajari menggunakan kuasa CicakMan.

Jangan lupa tengok ye, lagi pun bukan selalu ada cerita Malaysia berkaitan superhero ni. Tak kisahlah cicak ke, asalkan superhero kan.. Ok...Semoga berjumpa lagi..




Untukmu ibu, Selamat Hari Lahir. Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan dikurniakan umur yang panjang.

Terima kasih ibu atas segala penat lelah menjaga kami sejak kecil hinggalah dewasa.
Terima kasih ibu kerana memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Terima kasih ibu kerana memberi kan semangat pada waktu kami sedih.
Terima kasih ibu kerana selalu menemani kami dkala kami berduka atau gembira.
Terima kasih ibu kerana sentiasa mendoakan kami
Terima kasih ibu atas segala-galanya yang telah engkau lakukan.

Terima kasih ibu......




Asalamualaikum semua...

Burger King akan mengeluarkan minyak wangi sendiri iaitu Flammed Grilled Fragrance iaitu haruman berasaskan bau Whopper burger. Limited edition tau.


Tak sangka kan..Burger King sendiri buat minyak wangi.. Yang tak boleh tahan, bau burger.. ada ke orang nak beli..hehe.... 

Minyak wangi ini akan dijual di Jepun sahaja, dan hanya pada 1st April 2015. Tak pasti sama ada April fool atau pun betul-betul. Kita nantikan hari penjualannya..



Update.

Perfume yang burger king keluarkan tu memang dijual dan hanya pada 1 April sahaja.



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home