Chappie yang awesome


Asalamualaikum semua

Sebenarnya, sebelum ni tak de la pulak nak review movie robot ni, tapi bila dah tengok memang puas hati sangat-sangat. Ada serius, kelakar, aksi dan jalan cerita pun menarik. Memang tak mengecewakan apabila aku pergi tengok cerita ni minggu ni. .. Seronok sangat cerita ni sampai bermain-main lagi cerita ni dalam kepala.. Kepada sesiapa yang belum tengok cerita ni, pergi la tengok ye, baru faham apa yang saya ceritakan disini. 

Kisah nya tentang sebuah robot yang diberi nama Chappie yang telah membuat mendapat kebolehan untuk berfikir dan mempunyai perasaan seperti manusia. Ia bermula apabila robot ini yang bertugas sebagai polis yang membanteras jenayah mengalami kerosakan teruk akibat ditembak dengan pelancar roket semasa melaksanankan misi untuk menangkap penjenayah. Disebabkan itu, robot ini tidak dapat diperbaiki dan perlu di salvage untuk kegunaan lain. Tapi pencipta nya, Deon lakonan Dev Patel telah cuba mengambil peluang ini untuk memasang perisian baru yang membolehkan robot berfikir sendiri. Tapi masalahnya, dia tidak mendapat kebenaran dari pengerusi syarikat dia bekerja untuk melakukan pengubahsuaian perisian ini. So, Deon telah mencuri robot yang rosak itu dengan harapan dapat memasang perisian itu dirumah, namun dalam perjalanan dia telah diculik oleh sekumpulan gangster. Jadi Deon terpaksa memasang perisian itu di tempat tinggal gangster itu, dan robot itu terpaksa di tinggalkan bersama kumpulan gangster itu. Jadi kumpulan gangster ini telah melatih Chappie ini untuk melakukan jenayah dan beberapa teknik serangan.
Jadi bagaimana kehidupan Chappie selepas itu, dengan masalah Chappie sendiri yang mempunyai jangka hayat bateri yang semakin berkurangan.. Itu kena tengok filem ini dlu la ye... Yang pasti, masa tengok kat wayang hari tu, memang gelak sakan bila tengok telatah Chappie ni, dari mencuri kereta sampai la misi membalas dendam. Memang ramai orang gelak, macam tengok cerita kartun SpongeBob la pulak.. 


Apapun cerita ni memang best, bagi saya rating filem ini adalah 4 bintang. Lagipun, tak banyak cerita yang bagus macam ni di pawagam. Hope you all enjoy ye..



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment