Kingsman The Secret Service mmg best


Asalamualaikum semua

Minggu ni, memang banyak kali pergi pawagam. Kenapa ye ? Mestilah sebab filem yang ditayangkan tu best-best.  Jadi cerita apa pulak kali ni kan...Tak lain dan tak bukan ialah filem "Kingsman The Secret Service".Bila tengok review kat 1MDb (http://www.imdb.com ), rating filem ni kira tinggi jugak la, 8.2/10 sebab tu teruja jugak nak tonton filem ni . Filem aksi yang ganas dan mempunyai komedi. Walaupun cerita ni ditayangkan sejak 19 February, sekarang dah 14 March tapi penonton masih ramai lagi yang datang pawagam nak tengok filem ni. Kira-kira separuh seat jugak la dalam dewan tu ada penonton.. Tak sangka kan..


Berbalik kepada cerita Kingsman ni, boleh dikatakan memang tak membosankan dari awal sampai la akhir walaupun durasi cerita ni dekat-dekat 2 jam. Walaupun ada adegan membunuh yang nampak ganas la jugak, namun semua tu hanyalah CGI. Adegan yang tak boleh lupa ialah apabila orang yang pakai cip dekat kepala ni, meletup satu persatu, tapi tak de la real, cuma buat letupan macam nuklear tu, bentuk cendawan siap dengan warna-warni lagi. Dari banyak-banyak filem, cerita ni kira yang terbaik yang aku tengok untuk tahun 2015 setakat ni..  Rating dia aku letak 4.5/5 bintang. Jadi sape yang kaki movie, jangan lupa layan movie ni ye... 

Sambil tu, layan trailer dulu...



Jumpa lagi pada masa akan datang. 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment