Lagu yang sentiasa bermain di fikiran

Bila terdengar lagu ni, teringat kat dia, Walaupun dia dah kahwin dengan orang lain, teringat jugak kat dia. Nak wat macam mana, itu kan cinta pandang pertama. Peristiwa yang berlaku pada akhir semester pengajian turut terkait dengan lagu ini.  Sekiranya hendak faham, cuba hayati liriknya, itu lah yang terjadi pada aku apabila aku sedar bahawa dia telah berkahwin. Kesannya, hanya aku yang tahu. Tapi peristiwa itu, mematangkan aku dalam membuat keputusan dan aku mengenali erti kehidupan sebenar dari kaca mata yang lain. Akhirnya aku sedar, bahawa kita lah yang mencorakkan kehidupan kita sendiri bukan orang lain, dan kita tidak perlu memuaskan hasrat setiap orang kerana setiap individu itu berbeza dan unik. 

Tak mengapalah, bukan jodoh, tetapi perkara tu sudah 2 tahun berlalu.. InsyAllah, akan ada penggantinya, tapi tak tahu bila, sebab aku belum mahu mencari. Selagi cita-cita ku tak tercapai, aku tak kan mencari teman hidup ku. .. macam tu la pendirian aku.. Lelaki kan, akan ada banyak tanggungjawab. Biarlah masa menentukannya.... 

Hayati lagu ni, dan semoga anda dalam keadaan gembira.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment