Azam tahun baru : Beli buku dan baca sampai habis



Asalamualaikum semua

Sebelum hendak tengok wayang, perasaan ada kedai buku Popular di Village Mall. Kira baru jugak dibuka. Sebenarnya kalau diikutkan, dah lama tak mengunjungi kedai buku. Sebab dah kurang sedikit minat membaca. Kalau ada masa terluang pun, lebih banyak habiskan masa melayari internet. Tapi tiba-tiba datang perasaan tuk membeli stok buku yang boleh dibaca pada tahun ini. Ini semua sebab azam tahun baru, nak baca kira-kira 12 buku. Jadi dengan duit poket yang cukup-cukup untuk membeli 4-6 buku, Jadi bermulalah misi mencari buku yang berkualiti dan menarik untuk dibaca. 

Buku novel yang berlambak dipamerkan

Selepas membelek beberapa buku antaranya novel dan non-fiction book, terdapat la beberapa buku yang dipilihh untuk dijadikan bahan bacaan untuk tahun ini. Ada kira-kira 6 buku kesemuanya, cukup la dengan bajet yang ada pada waktu tu. 3 buah buku novel dan 3 buah buku non-fiction . Judul buku tu,ada di gambar bawah ini. Nanti bila dah habis baca, saya akan.cuba buat review pulak.. insyAllah.


Jumpa lagi pada post akan datang...


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment