Nasi Ayam Ketagih di Pusat Makanan Ria - Terbaik


Waktu tengahari ni nak cuba benda baru. Jadi pergi dekat Pusat Makanan Ria, jumpa la gerai nasi ayam ketagih ni. Nasi ayam ketagih ni dah lama teringin nak cuba cuma tak berkesempatan. Ia adalah nasi kukus yang dihidangkankan bersama ayam panggang dan sup ayam. Apa yang saya boleh nyatakan disini, ia adalah nasi ayam yang terbaik pernah saya makan. Kalau nak dibandingkan dengan nasi ayam yang dijual di tepi jalan, memang tak setanding dengan rasa nasi ayam ini.

Ayam yang sedang menunggu pembeli
Kekuatannya adalah nasi yang dimasak sempurna dan rasa sedikit berminyak, ditambah dengan ayam yang dipanggang tidak terlalu kering dan rasa yang sedikit manis. Kalau saya round area sungai petani, kalu order nasi ayam ditempat lain selalunya ayam panggang tu kering dan agak keras. Tapi ayam disni lembut sesuai dengan citarasa saya.  Banyak kan ayam pangang yang digantung disini, rasanya dalam sehari boleh dapat lebih 60 orang ni.

satu set hidangan yang berharga RM 4.80

Bahagian ayam yang menjadi kesukaan.

Setiap hidangan dibekalkan dengan cili cuka dan kicap. Memang banyak, jadi jangan risau kalu tak cukup, boleh tambah lagi.  Hehe...Kalu nak pilih bahagian ayam pun boleh. Macam saya,pilih bahagian paha ayam, sebab lebih lembut sikit..Kalau ayam ni dipanaskan dahulu sebelum dihidangkan pasti lagi sedap.

Harga bagi hidangan ini adalah RM 4.80. Kira berpatutan jugak. Nanti kalu berkesempatan nak datang sini lagi makan tengah hari. Cubalah, anda pasti tak menyesal. 

Dibuka setiap hari kecuali Selasa
Jam: Dari waktu tengah hari sehingga petang.
Tempat : Pusat Makanan Ria

Semoga berjumpa lagi pada post akan datang. . 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment