Restoran Big Mouth: Bersedia dgn hidangan saiz besar


Asalamualaikum

Jarang sekali nak update blog tentang makanan, tapi bila dah terjumpa sesuatu yang best, rasa perlu bagitau pada sape-sape yang baca blog ni.. Jadi kali ni ke mana ? Di restoran yang famous di Sg Petani. Kalu tanya orang Sg Petani, confirm diorang kenal Big Mouth.. Sebab apa, sebab makanan kat sini memang sedap, cepat dan yang paling penting portion tu memang besar. Sampai tak habis nak makan.

Walaupun aku dah lama menetap kat SP ni, tapi ini kali pertama dalam hidup aku, datang makan kat sini. Pelik kan.. Restoran ni dah buka lama dah, cuma tak berkesempatan nak makan kat sini sebab selalu bila singgah nampak ramai sangat customer, jadi terus cancel nak singgah restoran ni. Cuma hari ni, nak cuba rasa keenakan makanan yang orang ramai katakan ni. Betul ke sedap ? hehe.. kena cuba dulu baru tahu..
Menu western food.
Bila menu sampai. ada jugak nasi goreng, mee goreng, sandwich dan lain-lain tapi speciality restoran ini adalah western food. Jadi buat keputusan untuk mencuba Chicken chop regular size.. kat menu tu akan tulis sama ada regular atau big mouth special, yang regular tu saiz biasa yang selalu kita makan tu, tapi kalu yang saiz big mouth tu memang kena buka mulut luas-luas la, sebab saiz hidangan dia memang besar, kira cukup untuk dua orang makan. Harga pun dua kali ganda jugak la. Ikut pilihan masing-masing.. hehe..

Chicken chop yang berharga RM 9.00
Bersama ibu dan kakak

Boleh dikatakan makanan yang diorder tu memang sedap, dan portion pun banyak. Walaupun pilih saiz regular je, memang rasa kenyang sangat. Dah selesai makan tu, snap la beberapa gambar yang menarik kat restoran sini. .

Tempat penyediaan makanan
Hiasan di kauter pembayaran
Jalan-Jalan Cari Makan pun dah singgah kat sini.
Jadi kalu ada sesiapa yang nak test makanan ni mai la. Mai jangan tak mai., lokasi restoran depan Parkson Taman Sejati. Dibuka pada pukul 3 petang sampai 11 malam.. 



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment