Promosi di Pizza Hut


Sudah lama tidak datang ke tempat macam ni. Bagi aku,makanan disini agak mahal, dan menjadi kelaziman bagi aku akan mengunjungi restoran ini sekiranya aku mempunyai duit lebih. Keluarga aku pula hanya akan kesini apabila ada majlis-majlis istimewa sahaja seperti majlis hari jadi .

Lukisan di dinding restoran
Teringat masa kecil, setiap kali singgah di pasaraya yang mempunyai cawangan restoran ni pasti aku teruja untuk makan disini, tapi apakan daya, pada masa dahulu, keluarga ku bukanlah orang berada, jadi aku hanya pendamkan hasrat aku. Amat jarang sekali untuk makan di restoran seperti ini. Alhamdulilah, sekarang, makanan di sini, tidak lah terlalu mahal seperti dahulu. Siap ada promosi lagi untuk saiz personal dan regular. Untuk promosi bulan march kali ni ialah RM5 untuk saiz personal, RM10 untuk regular dan RM15 untuk saiz large. Jadi rasa teruja jugak lah apabila datang ke sini pada minggu lepas. Bila sampai di restoran tu, tak de banyak sangat orang jadi sekejap je dah amik order. Kemudian tunggu dalam 15 minit untuk pizza sampai.. Sekejap je kan.. Memang servis pun tip top la  Bila makan kat sini, terkenang zaman masa kecik-kecik dulu...... Tak sangka kan, cepat je masa berlalu, tapi rasa rasa pizza ni tetap maintain sama macam dulu-dulu jugak.

Kaunter Pizza Hut
Sepanjang aku pergi mana-mana cawangan Pizza Hut ni, kebanyakkannya aku nampak Melayu yang kerja kat sini. And second things, nampak muka pekerja kat situ hepi je bila buat kerja, mungkin sebab dapat makan pizza kot hari-hari.. hehe..   Apapun, semoga restoran ni akan kekal maju dan mempelbagaikan lagi menu yang ada.

Prmosi Pizza Hut bulan March 2015
Semoga anda semua dapat menikmati pizza yang sedap dan murah di Pizza Hut ya... Promosi pizza berlansung untuk bulan March sahaja.. Jangan lepas kan peluang. 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment