Sudah masuk 1 minggu belajar disini, dan banyak jugak ilmu yang dah masuk ke corong telinga, tapi tak tahulah sama ada akan lekat ke tidak..hehe. Kursus ini sebenarnya banyak berkait dengan oil and gas, jadi kebanyakkan subject-subject yang diajar disini berdasarkan operation dan maintenance industri minyak. Kira agak beruntung jugak la, kalu nak belajar selalunya kena masuk Instep, tapi kat sini pun dah ada dan percuma. Syukur. Pada minggu pertama, pensyarah lebih banyak memperkenalkan tentang subject itu sendiri dan kandungan nya supaya pelajar dapat expect outcome from each subject. Tempoh pembelajaran adalah kira-kira 4 bulan, dan terdapat 8 subject yang yang akan diajar dari segi teori dan parktikal.

Macam biasa kalau ke kelas teori, memang akan pakai smart attire dan berkasut. Kelas teori sama seperti belajar di kelas-kelas semasa di sekolah dan universiti
Kalau ke kelas praktikal, selalunya akan ke lab, workshop ataupun hands on machine-machine yang terdapat diluar kelas. Lebih banyak kepada pelajar mengaplikasi ilmu yang belajar di dalam kelas teori ke kelas praktikal. Sebagai contoh, kelas subject pneumatik, dimana pelajar didedahkan dengan ilmu dimana tekanan gas yang dimampatkan digunakan untuk pergerakan mekanikal sesuatu machine.

Dibawah adalah quick exhaust valve  Di letakkan di double acting pneumatic cylinder, fungsi nya lebih kepada mempercepatkan rod retract dari kedudukan extend secepat mungkin. Konsep pneumatik akan diajar  dalam kelas teori dan didalam kelas praktikal, pelajar akan hands on tentang kegunaan nya. Selain tu, diajar juga bagaimana hendak membaiki dan maintence valve ini mengunakan alatan tertentu.
 Tapi bukan satu je yang kita akan belajar tentang valve ni, terdapat berpuluh-puluh pneumatic instrument ini yang perlu dfahami dari segi konsep dan penggunaan nya dan cara membaikinya. Itu yang menjadikan kelas di sini menarik.

 Ini adalah salah satu kelas, terdapat 7 lagi subject yang diajar, kira betapa banyak nya ilmu yang akan dihadam setelah tamat kursus disini. hehe... Apa pun, kelas dekat sini memang enjoy.

Sebelum tu, penulis kongsikan maklumat mengenai Kursus Engineering Operation and Maintenance INSEP di Tati.


 Apa pun, berjumpa lagi pada post akan datang. Terima kasih kerana membaca.


Setelah penat  dari aktiviti belajar di TATi, sempat la jugak gi ke pantai dekat kawasan ini. Jarak perjalanan dari Tati ke sini ada dalam 3 km sahaja. Sangat dekat dan pantai ni pun sangat cantik, ye la kalu kita bandingkan dengan pantai di area Kedah, pantai yang menghadap laut china selatan lebih luas dan airnya seakan jernih sekali..


Masa tiba disini, pada mulanya dalam perjalanan ke masjid, alang-alang tu,singgah sebentar di Pantai Telok Kalong ni. First time datang sini, jadi bila tengok je pantai tu, terasa tenang je, dengan angin bayu laut yang kuat, membuatkan kepanasan di waktu tengah hari tidak terasa. Disebabkan kedudukan pantai ni dalam kawasan telok, jadi ombak disini tidak kuat, dan sesuai untuk aktivit mandi manda.Semasa berada disini terdapat pertandingan bola pantai, jadi agak meriah la suasana pada waktu itu.


Selain itu, kawasan ini jugak menjadi tempat perhentian bagi para nelayan setelah pulang dari laut, bot-bot ditambat di sekitar pantai ini berdekatan dengan kuari yang terdapat bersebelahan pantai ini. Jadi sempat la round-round kat sini sambil tengok bot-bot nelayan ni. Kalu diikutkan ada sebahagian bot kat sini guna engine bot berkuasa tinggi, kira memang dah maju nelayan di sekitar sini. hehe..




Berjalan lagi sekitar pantai ini, akan ada penambak ombak yang dibina di hujung pantai ini. Mungkin kerana hakisan yang berlaku menyebabkan penambak ini dibina.. Selalunya, kawasan ini yang menjadi tempat port nelayan memancing ikan-ikan kaci, kerisis dan kerapu,

Alang-alang dah ada kat sini, ambik la satu gambar kenangan sikit berlatarbelakang kan laut pantai telok kalong ni. Hehe... Blogger ni kan pemalu, jadi segan la nak letak gambar muka, gambar macam ni pun dh ok kan...

Kat sini ada kedai makan ye, jadi sape-sape yang lapar boleh la menjamu selera kat sini. Tapi diingatkan, makanan kat Terengganu ni mahal sikit, jadi sedia duit lebih la ye. hehe..


Ini la member yang teman sekali gi Pantai Telok Kalong ni, student Insep jugak. Kalau gi sorang-sorang mesti bosan kan, jadi bila dah berteman ni, sembang tak sudah sampai la ke petang.. Apa pun, berjumpa lagi pada post akan datang...
Hari ni, adalah hari kedua aku berada di TATI. Kelas akan bermula pada hari ahad ni, kira masih ada 3 hari masa lapang yang perlu diisi. Jadi sempat la berjalan-jalan kelmarin tuk kenal tentang universiti ni. Kepada sesiapa yang tidak tahu, aku sebenarnya enroll kursus INSEP di TATI Universiti ni. Nama kursus tu adalah Engineering Operation and Maintenance, dimana akan belajar disini 4 bulan dan 3 bulan lagi OJT (On Job Training). Sebab nak ikuti program ni terpaksa la aku berhenti kerja, sedih juga tapi yang menaikkan semangat aku untuk ke sini adalah aku akan mempelajari benda yang aku suka iaitu selok belok tentang maintenance dan operation machine disesebuah syarikat.

Kampus TATI UC ni, tak lah besar mana, kalu nak tau details, tengok pelan lokasi TATI ni.

Kira-kira ada 4 blok asrama lelaki dan 4 blok asrama perempuan yang jarak diantara satu sama lain adalah kira-kira 1km. Jauh jugak kan.. Di sini ada terdapat 4 cafe yang beroperasi, iaitu 1 di asrama lelaki dan perempuan, 1 sebelah security office house dimana lokasi ditengah-tengah universiti, dan 1 lagi di antara fakulti kejuruteraan pembuatan dan kejuruteraan kimia.

Kedaan asrama. lelaki


  Asrama perempuan ( nampak macam baru dibina kan)

Kemudahan yang ada di Universiti ni yang aku sempat snap gambar antaranya




Untuk riadah pula terdapat padang bola, gelangan tenis, takraw, bola tampar, basketball dan juga ping pong.

Kat sini jugak ada Pusat Aktiviti Pelajar dimana terdapat office untuk kelab-kelab yang beroperasi disini dan jugak alatan gym.
Perpustakaan

Ni antara gambar bagunan fakulti yang sempat snap. Besar bukan...

Fakulti yang terdapat disini ( Maklumat dari website TATI )
  1. Faculty of Electrical and Automation Engineering Technology 
  2. Faculty of Chemical Engineering Technology 
  3. Faculty of Manufacturing Engineering Technology 
  4. Faculty of Computer, Media and Technology Management 
  5. Centre of Preparatory and General Studies
Sambil jalan-jalan dekat fakulti kejuruteraan ni, sempat la snap gambar kelas ni. Cantik jugak kan kerusi tu..
Dekat sini, ditawarkan program diploma dan ijazah. Antara bidang yang ditawarkan ialah Electrical System, Chemical Technology, Graphics & Multimedia, Electronics, Instrumentation,Entreprenuership, Information Technology, Manufacturing, Mechatronics, Non Destructive Testing, Networking, Polymer Technology, Data Security System dan Accounting.

Jadi kalau berminat nak masuk TATI sama ada nak buat diploma, ijazah, master ataupun program INSEP, boleh hubungi
Terengganu Advanced Technical Institute Universiti College,
Jalan Panchor, Teluk Kalong, 24000, Kemaman, Terengganu;  
Telephone: 098601200

Yang pasti, aku telah tiba disini dalam perjalanan menuntut ilmu...


Hari ni, yang merupakan post ke-100 bagi blog ini. Tak sangka, aku banyak juga menaip dengan mencoretkan perkara yang aku lakukan ditempat kerja, makanan yang aku nikmati dan juga tempat menarik yang aku lawati. Hari ni juga,  bermula la perjalanan aku ke Terengganu untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman baru. Jauh dari kampung halaman ku.  Semoga perjalanan ke sana menjadi titik tolak bagi kehidupan yang aku impikan.. InsyaAllah......

Setelah melalui kira-kira 12 jam masa perjalanan, tiba juga ke destinasi yang dituju, iaitu TATI Universiti College. Terima kasih kepada pengangkutan yang efisien di sini.. Bermula dari menaiki bas ekspress dari Sg Petani ke Kuala Terengganu, Kuala Terengganu ke Kemaman sehinggalah tiba di sini menaiki teksi sapu...hehe... Syukur selamat tiba..

Para peserta meneliti surat perjanjian kursus INSEP
Bila dah sampai sini, mula-mula kena daftar dekat Kampus ITC, yang merupakan cawangan universiti TATI ni. Bila dah selesai, dan tandatangani surat perjanjian, dapat la kunci bilik yang lokasi asrama nya di Kampus Utama TATI UC.. Bilik dekat tingkat 3 tu, memang akan turun la berat badan aku kali ni.

Ini lah asrama pertama yang akan menjadi tempat tinggal aku. Cantik jugak, walaupun keadaan dalam tu nampak lama dah. Ikutkan sejarah , kampus TATIUC ni dibuka secara rasmi pada tahun 1997, kira dah dekat 18 tahun beroperasi. Walaupun lama, keadaan sekitar masih terjaga dengan rapi.

Masa aku sampai kat bilik, tak de lagi orang yang kemas bilik tu, jadi terpaksa la aku bersihkan. Sapu habuk, buang sampah yang ada dan kemas kan katil. Selesai tu, rasa selesa lak, terkenang masa aku study dekat universiti dekat Perak dulu-dulu tu. Bilik ni, ada 4 katil dan 4 meja studi, sebab tu bilik ni nampak luas.


Ini pandangan tingkap dari kawasan sekitar asrama ni .. Cantikkan.


Rasanya, cukup setakat ni... Nanti saya akan update situasi di sini.

Terima kasih kerana membaca.




Kalau diikutkan ini kali ke-4 aku jejakkan kaki ke restoran Sushi King. Pengalaman pertama masuk restoran ala jepun ngan kawan-kawan masa zaman universiti. Memang jakun gila masa tu, tengok sushi bergerak dari meja ke meja. haha.. Masa tu, aku ingat restoran ni hidang sushi je, tak de la nak tengok menu, jadi hari tu makan sushi je la.. Kawan aku, Jason pun sama jgk, dia pun makan sushi je. Masa tu ingat nak amik sushi yang paling murah sekali iaitu sushi yang pinggan warna biru. Jadi bertingkat-tingkat la pinggan warna biru kat meja kami..haha.  Sorang lagi kawan aku Erik loaded skit, dia dok ngap sushi pinggan colour merah, unggu.. Kitorang tengok je. Masa nak bayar dia la yang paling mahal, aku ngan kawan aku jason bayar dalam RM 12 je..

Pengalaman 4 tahun lepas memang tak dilupakan. Yang pasti sejak hari tu, aku belajar banyak tentang makanan jepun ni. Aku siap research kot tentang sushi kat internet. Since 2014 makanan jepun ni dah jadi kebiasaan bagi penduduk bandar, sebab harga pun tak la mahal sangat.

Aku pergi restoran ni minggu lepas sorang-sorang je. Kawan aku yang kerja kilang ngan aku semua tak minat sushi, dan family aku pun kurang berkenaan dengan makanan kat sini.. Masa masuk restoran tu, staff akan akan "selamat datang" dalam bahasa jepun.. aku pun tak faham... Masa tu waktu lunch kira ramai la orang.



Bila dah makan sorang, ini lah tempatnya. Feeling foreveor alone pulak. haha.. 


Ini antara sweet sauce dan soy sauce tuk makan dengan sushi. Ada loceng yang kita boleh tekan tuk panggil staff. Kira moden jugak la kan.


Kali ni aku buka menu dia. Yang istimewa menu ni adalah dia ada muka surat content. Macam baca buku pulak kan.. Kat situ ada ditulis hidangan yang disediakan, macam desert, beverage, jenis-jenis sushi, dan beberapa hidangan jepun yang aku pun susah nak sebut.




Harga sushi ni ikut pinggan dia. Macam colour biru ni dlm RM2 je, tapi yang mahal warna unggu ni, harga dalam RM6.


Ada jugak temaki dan rice burger. Yang rice burger tu, nampak pelik lak..haha..


Ini menu untuk set meal. Selalunya pelanggan akan amik hidangan dari set meal menu ni la. Macam aku, hari ni aku order mix bento.Sebab itu harga yang paling berpatutan bagi aku, dan last time aku makan memang sedap. .




Sambil tunggu order aku siap, apa lagi, kena la merasa sushi yang berjalan ni. Bagusnya Sushi King ni, dia dah letak siap-siap kalori bagi setiap hidangan. Jadi mudah la bagi orang yang menjaga diet tuk kawal pemakanan.  

Ni antara sushi yang aku amik.
Egg mayo : 119 Kcal

Tuna Mayo : 128 Kcal

Salmon Mayo Maki : 159 kcal
Sambil-sambil makan tu, sempat la tengok chef buat sushi. Nampak senang je.
Setelah 10 minit menunggu, siap la hidangan yang aku order. Ini adalah Mix Bento.

Macam biasa, minuman kegemaran aku, Hot Green tea. 4 gelas kot aku minum air ni..hehe.

Makan kat sini memang selesa. Disamping tu, makanan pun sedap, dan sangat puas hati cuma harga tu agak mahal. Tapi, bukan selalu nak berbelanja besar kan.  tapi diingatkan, kalau makan kat sini, ada charge 16 %. Iaitu 10% service charge dan 6% caj GST. Tapi kalau guna kad, discount 10%.


Kalau nak datang, kena la datang ke Amanjaya mall, lokasi tingkat bawah. 

Sushi King Amanjaya
Lot G27 & G28, Amanjaya Mall,
08000 Sg Petani, Kedah
Waktu operasi : 10 am - 10 pm

Semoga berjumpa lagi pada post akan datang

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home