Tempat-tempat menarik untuk bergambar di Alor Setar

Berminat nak jalan-jalan ke utara ? Sambil melancong tu, kena la tahu sejarah tempat tu kan, baru la jadi menarik. Jadi kat sini, nak kongsikan sedikit tempat menarik yang terdapat kat Alor Setar. Banyak lagi tempat menarik yang ada kat sini, cuma ini je sempat pergi dalam satu hari semasa singgah ke Alor Setar hari tu. Nanti kalau kesempatan, akan kongsikan tempat-tempat menarik lain pulak. Apa pun layan dulu, tempat menarik yang boleh anda lawati di Alor Setar. 

Alor Setar adalah merupakan ibu negeri Kedah. Boleh dikatakan, Alor Setar memang pesat membangun dengan deretan bagunan baru dan masih juga mengekalkan bagunan-bagunan lama yang mempunyai banyak sejarah kepada penduduk disini. Ini adalah mercu tanda Alor Setar yang menjadi kemestian untuk bergambar berlatar belakangkan mercu tanda ini semasa tiba ke bandar ini.

Menara Alor Setar : Kalau sebut Menara Alor Setar ni, memang ramai dah tahu. Ketingian menara ini mencecah 165.5 meter dan menara yang ke-19 tertinggi di dunia. Tujuan bagunan ini didirikan adalah sebagai menara komunikasi dan untuk pelancongan. Bentuk menara ini berupa rumpunan jerami yang diikat. Kan kedah terkenal sebagai negeri Jelapang padi. Pengunjung yang ingin ke dek pemerhatian boleh membeli tiket yang berharga RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. 

Menara Alor Setar


Ruang taman untuk beristirehat di sekitar menara alor setar
Balai Nobat : Ini adalah salah satu bagunan yang mempunyai banyak sejarah. Balai Nobat ni atau dikenali sebagai Pentas DiRaja dibina pada tahun 1700-an. Tetapi pembaharuan demi pembaharuan sehingga tahun 1907, telah memberi bentuk seperti sekarang. Bertujuan untuk menyimpan alat-alat muzik Diraja yang hanya akan dimainkan untuk upacara DiRaja. Lokasi : Dataran Alor Setar

Balai Nobat
Replika Pintu Gerbang Kota Istana Tengah : Asalnya, pintu gerbang asal terletak di depan Istana Kota Tengah, namun disebabkan pembagunan untuk untuk membina wisma negeri, bagunan asal terpaksa dirobohkan. Walaubagaimanapun, ia dibina semula pada tahun 2008 dengan reka bentuk dan ciri yang serupa. Cuma saiznya agak kecil berbanding yang asal.  Lokasi : Dataran Alor Setar.

Replika Pintu Gerbang
Menara Jam Besar, Alor Setar : Sejarah bagunan ini ada kaitan dengan Masjid Zahir. Bentuk bagunan ini pun bercirikan seni bina Islam seperti bahagian kubah, lambang sabit dan ukiran sekitar dinding bagunan. Sebelum ini, ia digunankan sebagai penentu masa msuknya solat oleh bilal Masjid Zahir sebelum azan dilaungkan. 

Jam Besar Alor Setar
Masjid Zahir : Ini salah satu mercu tanda berseni yang terdapat di Alor Setar. Dibina pada tahun 1912, ia adalah antara masjid tertua di negeri ini. Terdapat lima buah kubah besar berwarna hitam melambangkan lima prinsip Rukun Islam. Lokasinya terletak dipusat bandar Alor Setar dan menjadi masjid negeri dimana merupakan tempat pertandingan tilawah Al-Qur'an dianjurkan setiap tahun.

Masjid Zahir

 Balai Besar : Fungsi utama adalah sebagai Balai Penghadapan. Ia adalah sebahagian kompleks Instana Kota Setar yang telah menjadi Muzium DiRaja. Pembinaannya bermula pada tahun 1735 dan beberapa pembaharuan telah dilakukan sehingga menjadi bentuk sekarang akibat daripada serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Masih mengekalkan reka bentuk tradisi Melayu.


Balai besar
Balai Seni Negeri :Terletak di Dataran Alor Setar, ciri-ciri bagunan ini banyak dipengaruhi bentuk senibina Roman. Dibina pada tahun 1912, pernah dijadikan sebagai Mahkamah Tinggi, pejabat jabatan kerajaan, sebelum diistiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah. Sekarang, balai seni merupakan tempat kepada aktiviti kebudayaan dan seni dalam negeri. Antara event yang dijalankan disini ialah DinoTrek2 oleh PetroSains.
Lihat post :  Pameran DinoTrek2 oleh Petrosains.

Balai Seni Negeri
Rumah Kelahiran Mahathir : Ini adalah bagunan bersejarah yang menjadi tempat tinggal Dr Mahathir dari kecil sehinggalah dewasa. Bagunan ini menjadi tempat rujukan sejarah lama keluarga Dr Mahathir .Lokasi terletak bersebelahan Kilang Ais Lama.
Lihat post : Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir

Rumah kelahiran Dr Mahathir
Ruang tamu rumah keluarga mahathir
Meja belajar di ruang tamu


InsyAllah, nanti akan buat entri untuk lawatan ke Muzium DiRaja, Kota Kuala Kedah, Muzium Padi, Pekan Rabu dan Pusat Sains Negara Utara, Berjumpa lagi pada post akan datang. 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment