Bihun Sup Pekan Simpang Kuala, Alor Setar


Alang-alang dah singgah ke Alor Setar ni, apa kata pekena bihun sup kat area alor setar ni. Antara tempat yang menjadi pilihan ialah bihun sup Pekan simpang kuala, berdekatan dengan pasaraya econsave. Masa sampai tu, ramai orang tengah tunggu order diorang siap. Kebanyakkakn nya pilih bihun sup, jadi itu la apa yang aku pilih kali ni.


Gerai ni, bukan sahaja jual bihun sup, tapi ada macam-macam dari laksa, mee sup, koey teow sup dan moi sup. Kira semua pilihan ada pada sesiapa pengemar sup ni. 
Sup ini menggunakan adaging sebagai bahan masakannya, Tengok gambar tu, penuh dengan daging kan.. Menaikkan selera untuk makan.

Ini lah bihun sup yang aku order tu. Kena tunggu dalam 5 minit untuk siap. Harga tuk saiz hidangan ni adalah RM3.00 sahaja. Kira berpatutan la.

Rasanya, memang menyelerakan. Terutama daging lembu yang dihidangkan bersama tu. Rasa manis je. memang terbaik la...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment