Burger bakar Jalanan : NZ Hot Stone Burger


Bila selalu sangat makan nasi ni, pasti rasa boring kan. Jadi ada satu malam tu, ternampak la satu lori jual burger kat area perumahan aku ni. Fuh,, tak pernah-pernah ada, tiba-tiba muncul. Selalu orang jual burger dalam gerai je, ni siap ada lori lagi.. Dah maju la usahawan sekarang ni kan.  Apa lagi, terus la serbu.. Burger bakar beb, bukan selalu nak makan kan. Lagi pun, diorang masak tak pakai minyak, jadi mungkin ada kurang sikit kolestrol tu. hehe.

Ruang menunggu untuk pelanggan
Sampai je situ, ada la dalam 2-3 orang tengah tunggu burger yang diorang diorder. Kita pun tertanya-tanya apa yang ada. kan. Jadi first things, tengok la menu yang ada. Macam-macam ada, dari burger biasa, double, triple, kebab dan roti pita. Pilihan daging pula ayam, lembu dan kambing. Yang daging kambing memang agak mahal la, kira 1.5 kali ganda harga daging ayam. Macam biasa, order yang paling basic sekali, "original burger", ye la kan, kita nak rasa daging burger tu yang penting. Kira kena tunggu dekat 15 minit jugak la. 
Menu yang menjadi pilihan
Sambil diorang tengah siapkan burger tu, tengok la keadaan lori burger bakar ni. Memang sempoi, siap ada pasang tv dan radio lagi. Peralatan yang digunakan pun nampak bersih dan baru lagi. Yang tempak membakar tu, kalau tak salah, diorang guna "hot stone" kira panaskan dengan gas memasak. Kira lain jugak la dari yang selalu nampak, sebab selalunya peniaga gunakan arang. Jadi memang tak de la asap terhasil masa masak burger tu. 

Proses membakar burger guna batu panas ????

Peralatan di dalam lori
Akhirnya, siap jugak, Kira order aku tu yang terakhir la, sebab lepas tu, diorang dah kemas-kemas barang.. Kira dah nak tutup meniaga dah. Burger tu, diorang bungkus dengan beg kertas tu, kira macam dekat McDonald tu. Kira nampak istimewa la jugak. Bayaran burger daging bakar ni, dalam RM4.50. Kira murah la bagi aku, sebab ada yang aku tengok kat UpTown, burger bakar macam ni dijual dekat RM6.00, mungkin sebab saiz daging kot kan.


Nyum... Nyummm..... Taste dia, memang terbaik la dengan adunan sos cili dan lada hitam, Kalau tengok saiz daging burger ni, tak la besar kira sedang-sedang la. Yang penting puas hati. Cuma kalu amik double, baru lagi puas hati kot. hehe... Apapun, lepas kenyang , terus balik rumah dengan hati yang gembira... nyummmmmm.....


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment