Gerai Jalanan : Koey Teow Sup Ayam Panggang


Ini antara gerai dekat depan kilang aku. Selalunya, kalau malas nak pergi makan tengah hari jauh-jauh dan berjimat, sini la tempat kitorang nak melepak sambil makan. Kat sini tempat aku selalu aku singgah, Dekat sini, kebanyakkan orang selalu order   Nasi Ayam. Harga pun murah je, dekat-dekat RM3.50. Yang penting sedap. Tapi kat sini, aku selalu order Koey Teow sup je, ye la nak jimat katakan. Harga pun murah je. Kalau nak kata rasa tu, kira boleh tahan la, cukup syarat. 

Dalam penyediaan nasi ayam

Hanya ada dua pekerja di sini dalam menyiapkan hidangan
Bila dah order tu, dalam masa 5 minit dah siap. Cepat kan. Itu yang aku suka bila makan kat sini, cepat je. Sambil-sambil tu baca la surat khabar yang ada dekat gerai ni.

Ini la hidangan Koey teow sup yang aku katakan tu. .


Ini pula cili padi kicap. ( Betul ke nama ni ). Ini memang pedas gila, aku kalu letak pun sikit je, tak tahu apa la ramuan dia, tapi bila kena lidah tu, memang la bersiap dengan air ais ditangan.


Selalu kalau kita makan koey teow sup ke, bihun sup ke, mesti diorang guna ayam yang ada dalam sup kan, dan dicarik-carikkan. Disini lain, diletak nya seketul ayam panggang dalam hidangan ni. haha. Dah la besar, nak makan koey teow tu pun kena kais-kais ayam ke tepi. Bila nak habis makan tu, memang la terpaksa guna tangan bila nak makan ayam ni. Hidangan ni berharga RM2.50. Murah kan. Susah la kalu nak jumpa harga ni tuk hidangan macam ni. Tapi bila makan kat sini, mesti dah jadi tabiat tunggu semua orang balik dulu, then hirup sup tu sampai licin. haha..


Bila aku dah berpindah ke tempat lain nanti, mesti rindu nak makan kat sini. Kat sini la, aku selalu lepak waktu tengah hari dengan kawan-kawan.  Aku pun baru dapat tawaran INSEP di TATI dan PSDC. Tak tahu, nak pilih yang mana satu lagi. Belum lagi buat keputusan, tapi yang pasti aku akan pergi meninggalkan jawatan yang aku pegang ni untuk menuntut ilmu pulak. Aku dah merasa macam mana bekerja sebagai technician, dan aku juga faham bagaimana seorang engineer bekerja. Bila bekerja dengan bos orang cina pun aku dah faham karenah diorang ni. Kira pengalaman kerja kat sini banyak memberi aku ilmu yang aku tidak tahu tentang pekerjaan. 

InsyaAllah, aku akan menggapai cita-cita ku pada suatu hari nanti. 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment