Mee Udang di Pantai Kg Pulau Sayak



Jauh aku pergi hari ni, sampai ke pantai kg Pulau Sayak. Jarak perjalanan melebihi 30km ni. Ini semua sebab nak datang singgah makan Mee Udang. Orang selalu kata, kalau nak yang makan mee udang yang fresh-fresh, pi la kg Pulau Sayak sebab kat situ peniaga dapat stok udang baru setiap hari dari nelayan. Jadi mesti la hidangan laut kat sini fresh kan...

Tak de plan nak datang mulanya, tapi bila tiba-tiba gaji masuk awal, terus la fikir nak belanjakan skit untuk rasa benda baru. Aku ni dah lama tak makan Mee Udang, ye la dulu ada resdung. Sekarang ni, resdung dah kurang, cuma ada la skit jerawat kat hidung yang tak mau hilang-hilang. hehe.  Nak sampai sini, kena ikut jalan ke Pantai Merdeka, dan amik simpang ke kiri bila ada singboard ke Pulau sayak. Jalan ke sini, penuh dengan hutan, dan rumah-rumah kampung, jalan pun dah naik taraf, jadi 2 way cuma tak digalakkan pergi waktu malam sebab sgt gelap sebab tak de lampu jalan. 

Gerai yang aku kunjungi ni berada di hujung sekali jalan ke Pulau Sayak. Kira dekat dengan jeti pendaratan ikan. Sampai tu dalam pukul 4 petang jugak la, tapi kira ramai jugak la orang dalam restoran ni. Restoran ni kalu orang selalu orang panggil rumah kedai la. 



Order mestilah mee udang tapi saiz biasa je. Ada juga saiz besar, tapi harga pun berganda jugak la. Lama la jugak tunggu tuk mee udang ni siap, mungkin sebab customer pun ramai. Kedai ni bukan buat mee udang je, dari segala jenis nasi goreng, mee goreng sampai la lauk tuk makan nasi campur pun diorang boleh buat. Cuma order je.

Mee udang yang aku order pun sampai dalam masa 20 minit. Bila tengok macam tak de udang pada mulanya, tapi bila dah kais-kais jumpa la dekat 4 udang saiz besar.haha.. Ini yang aku suka ni. Mee dia tak banyak sangat, kira sikit la bagi aku, tapi kuah mee udang ni memang sedap. Rasa masam-masam manis skit. Bila dah habis makan mee tu, mula la proses mengopek udang.hehe. Memang puas hati la dengan saiz udang ni. Walaupun makan tak kenyang, tapi udang ni penyelamat keadaan la bagi aku, kalau tak, memang aku tak mai dah tempat ni dengan saiz hidangan macam ni.

Mee Udang 
Udang bersaiz besar
Bila dah selesai tu, pergi la kaunter tuk bayar. Jumlah semuanya, RM9.00. Kira Mee Udang yang aku makan tu, harga RM9.00 la ,sebab ais kosong yang aku minum tu free. Ok la, harga pun berpatutan, since aku pun nak makan fresh-fresh..hehe..

Sambil tu, lepak la sekejap dekat pantai Kg Pulau Sayak ni, sambil tengok-tengok laut. Tenang je rasa. Cuma tak de la ombak, cuma angin je la. Pantai ni kira separa bersih, sebab boleh nampak longgokkan sampah dekat sekitar sini. Biasala kan, bukan kawasan peraginan, kawasan kampung je pun.

Susun atur meja makan
Keadaan sekitar restoran
Sampah yang mencemari persekitaran pantai
Yang hutan direngah laut tu, adalah Pulau Sayak



Sebelum balik tu, sempat la main-main pasir sekejap. hehe.. Terkenang masa kecil-kecil dulu, sebab ayah selalu singgah sini bila nak balik kampung.. InsyAllah, nanti aku akan bawa family aku datang untuk makan kat restoran ni..



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment