Menjejak kenangan lama : Susu Legend


Kalau anda bersekolah rendah semasa 90-an mesti anda akan ingat susu legend ini.Susu ni amat popular dikalangan budak sekolah rendah pada zaman 90-an dulu-dulu. Dimana, setiap pelajar perlu mengisi borang dahulu dan berserta duit sebelum diberikan kepada driver lori yang akan datang ke sekolah sekali sekala. Kali ni, sempat jugak, beli 1 botol susu dan dadih perasa original di kiosk Jabatan Veterinar. Sekarang ni, susah juga nak jumpa susu ni, kecuali dekat kiosk ni.

Fuh.. bila minum je, terus terkenang zaman sekolah rendah dulu. Kalau dulu, susu ni dijual dalam RM0.80 je, tapi sekarang dah naik harga. Harga susu dan dadih sekarang adalah RM1.50 setiap satu. Cuma bagi penulis, susu ni agak manis jugak la. tak best hehe.. Mungkin citarasa dah berubah kot selepas dah bertahun-tahun tak merasa susu ni kan. Tapi bagi budak-budak mungkin suka kot. 






Kalau nak dapatkan susu ni di Sungai Petani boleh kunjungi kiosk yang terletak depan dengan IKM Sg Petani. Selain susu, ada juga dijual susu kambing, daging lembu, daging kambing, ayam kampung dan produk-produk iks ( industri kecil dan sederhana ). 

Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad dari waktu pagi sampai petang. 

Selamat membeli


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Tuan, masih ada ke susu dan dadih ni di tempat tuan?

    ReplyDelete
  2. Tuan, masih ada ke susu dan dadih ni di tempat tuan?

    ReplyDelete