Movie day : Fast Furious 7


Berkesempatan jugak untuk menonton Fast Furius 7. Antara filem yang berbajet besar sehingga 100milion usd untuk penghasilannya. Jadi masa sampai kat sini, fuh.. memang ramai la.. Tak sangka ramai yang minat filem macam ni. Masa kat kaunter pilih seat, kira dah nak full pawagam tu, tinggal seat kat depan je yang tak de orang jadi terpaksa la beli, sebab dah sampai kat sini. Tak kan nak balik tangan kosong je kan..




Bila dah tengok filem ni, rasa sedih pun ada. Ye la, ni filem last Paul Walker berlakon sebelum maut dalam eksiden kereta. Memang dah nasib kan. Berlakon filem lumba kereta, maut pun sebab kereta. Masa awal-awal filem ni ada part 18sx sikit,  kira tak jangka ada part macam tu. Tapi komen aku, cerita ni jalan cerita dia agak tak logik.. Sebab musuh dia sentiasa ada nak bunuh watak utama, dari awal cerita sampai la akhir cerita. Tapi semua orang tak mati. Kira hidup tanpa ada cedera pun. Pelik kan, jatuh gaung, lompat bagunan, bagunan runtuh, tapi watak utama dia still survive tanpa ada luka pun.. Tapi bagi aku, disebabkan cerita ni melawan konsep fizik yang aku pegang selama ini, aku bagi 3 bintang je. Kalau sesiapa yang minat cerita aksi yang tak logik, ini lah filem yang anda nantikan. Bagi aku, aku mungkin dah tak tengok filem ni lagi dah..



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment