Petrosains DinoTrek2 di Balai Seni Negeri, Alor Setar.


Kali ni, ada kesempatan singgah di Balai Seni, Alor Setar selepas selesai urusan di UTC. Tempat ini menjadi pameran bergerak Petrosains DinoTrek2 hingga bulan Mei ni. Pada mulanya, memang tak sedar ada pameran ni, tapi bila melihatkan ramai orang beratur di depan Balai Seni ni, dan tersedar ada banner DinoTrek tu, baru tahu ada event kat dalam tu. Kiranya, ni peluang keemasan tuk aku tengok apa yang ada dalam pameran ni. Bagi yang tak pergi lagi, saya sarankan pergi sambil bawa budak-budak, baru seronok melihat diorang tengok dinosaur tu..


Kedudukan Balai Seni ni, adalah berdekatan dengan Masjid Zahir, kira boleh parking kereta di belakang balai seni ni. Pameran ini dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan harga tiket masuk ialah RM10 bagi dewasa, remaja dan kanak-kanak (RM5), rombongan sekolah (RM4), pakej keluarga iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak (RM20) manakala kanak-kanak bawah empat tahun percuma.


Bila masuk je dalam tu,  dengan hiasan pokok, rangka dinosaur dan lampu hiasan yang menarik, memang terasa seperti dalam zaman purba kala. Bunyi ngauman dinousaur pun ada, hehe... Rasa seronok pula, walaupun umur ni dah meningkat, masih rasa macam budak-budak bila masuk kesini... Terdapat juga beberapa rangka dinosaur yang dipamerkan, tapi saiz kecil macam gambar kat bawah.
Rangka dinosaur 
 Selain tu, pengunjung boleh bermain quiz dan puzzle melalui komputer interaktif yang disediakan. Tak rasa jemu la tengok dinosaur je kan.
Pameran komputer interaktif
Pada mulanya, ingatkan dinasour kat sini semua tak bergerak, tapi tanggapan tu salah. Adadinosaur yang dipamerkan dekat sini boleh bergerak, mengaum dan menggigit. Kira hebat jugak engineering yang diorang gunakan.. Nampak macam real je, berbeza dengan dinosaur yang aku pernah tengok masa ada kat Pesta Penang masa kecik kecik dulu. 

Dinosaur yang boleh digerakkan oleh pengunjung melalui komputer interaktif
Kemudian, bila berjalan ke sudut yang lain, terdapat beberapa dinosaur. Ini diantara dinosaur yang ada beserta nama nya.
Brontusaurus
Stegosaurus
Spinosaurus
Triceratops bersama kawan-kawan
T-Rex
Ingat dinosaur ni statik je, bergerak tau... Ini antara video dinosaur yang "hidup" tu.. Memang nampak real sangat sangat.




Bagi aku, pameran ni memang terbaik. Tak sangka Petrosains datang jugak ke Kedah. Sebab kalau nak tengok benda macam ni, selalu ke gi petrosains kat KLCC tu. Apa pun ,pengalaman kali ni, memang tak dapat dilupakan.. Selain tu, ada jugak dijual cenderahati seperti key chain untuk para pengunjung.


Jangan lepas kan peluang untuk ke sini, saya pasti anda tidak menyesal...

Terima kasih kerana membaca, jumpa lagi pada post akan datang...



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment