Post yang ke-100 : Perjalanan ke Negeri Terengganu

Hari ni, yang merupakan post ke-100 bagi blog ini. Tak sangka, aku banyak juga menaip dengan mencoretkan perkara yang aku lakukan ditempat kerja, makanan yang aku nikmati dan juga tempat menarik yang aku lawati. Hari ni juga,  bermula la perjalanan aku ke Terengganu untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman baru. Jauh dari kampung halaman ku.  Semoga perjalanan ke sana menjadi titik tolak bagi kehidupan yang aku impikan.. InsyaAllah......

Setelah melalui kira-kira 12 jam masa perjalanan, tiba juga ke destinasi yang dituju, iaitu TATI Universiti College. Terima kasih kepada pengangkutan yang efisien di sini.. Bermula dari menaiki bas ekspress dari Sg Petani ke Kuala Terengganu, Kuala Terengganu ke Kemaman sehinggalah tiba di sini menaiki teksi sapu...hehe... Syukur selamat tiba..

Para peserta meneliti surat perjanjian kursus INSEP
Bila dah sampai sini, mula-mula kena daftar dekat Kampus ITC, yang merupakan cawangan universiti TATI ni. Bila dah selesai, dan tandatangani surat perjanjian, dapat la kunci bilik yang lokasi asrama nya di Kampus Utama TATI UC.. Bilik dekat tingkat 3 tu, memang akan turun la berat badan aku kali ni.

Ini lah asrama pertama yang akan menjadi tempat tinggal aku. Cantik jugak, walaupun keadaan dalam tu nampak lama dah. Ikutkan sejarah , kampus TATIUC ni dibuka secara rasmi pada tahun 1997, kira dah dekat 18 tahun beroperasi. Walaupun lama, keadaan sekitar masih terjaga dengan rapi.

Masa aku sampai kat bilik, tak de lagi orang yang kemas bilik tu, jadi terpaksa la aku bersihkan. Sapu habuk, buang sampah yang ada dan kemas kan katil. Selesai tu, rasa selesa lak, terkenang masa aku study dekat universiti dekat Perak dulu-dulu tu. Bilik ni, ada 4 katil dan 4 meja studi, sebab tu bilik ni nampak luas.


Ini pandangan tingkap dari kawasan sekitar asrama ni .. Cantikkan.


Rasanya, cukup setakat ni... Nanti saya akan update situasi di sini.

Terima kasih kerana membaca.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment