Ramly Fast Food Restaurant, Hentian Gurun


Sape yang tak kenal Ramly burger, jenama yang telah bertapak sejak 30 tahun diMalaysia. Kebanyakkan burger jalanan guna burger ramly sebab rasa yang terbaik berbanding jenama lain. Sekarang, Ramly dah kembangkan perniagaan nya dengan membuka Ramly Restaurant serata semenajung Malaysia. Jadi memang kena cuba la kan, nak juga merasa burger ramly kat sini. Memang tak tahu pun yang Ramly buka restoran dekat sini, ini pun sedar sebab signboard besar Ramly masa singgah hentian gurun ni.

Masa masuk ke restoran ni, ada la 2-3 customer yang sedang tunggu order siap. Kira restoran ni buat hidangan bila dah ada order kot , Mungkin sebab customer pun kurang rasanya. Tapi sekejap je, aku rasa tak sampai 3 minit order tu siap. Servic pun macam kat McDonald. kat sini semua laju., dan bukan sahaja burger je yang dijual, kebab dan chicken chop pun dihidangkan sekali. Semuanya berjenama Ramly.

Gambar dibawah adalah susun atur restoran. Kerusi dan meja macam gaya klasik kan.



Inilah apa yang aku order . Set Burger Lembu Original, yang mana set  ini disertakan sekali kentang goreng dan air pilihan aku iaitu air mangga. Bungkusan dia cantikkan. 



Bila buka je,beg kertas tu, tengok cara hidangan tu memang menarik. Bersemangat nak makan...



Ini burger lembu yang aku order tu, saiz burger ni agak besar dan tebal. Berbeza dari burger jalanan yang selalu beli tu. Yang aku dapat tahu, saiz burger ni adalah 70gm manakala yang jual burger jalanan tu dalam 50gm je. Kira puas hati jugak la dengan burger ni, sayur pun banyak. Cuma kurangnya, tak de bagi mayonis dan sos lada hitam. Kalu ada benda tu, memang puas hati.


Mungkin untuk jangka masa panjang, bagi aku pengusaha restoran burger ramly ni kena belajar dari peniaga burger tepi jalan Kena bpastikan burger kat restoran ni unik dan berbeza dari tempat lain. Bagi aku, burger jalanan ni dapat tempat dihati orang selain dari harga yang murah ialah rasa sedap disebabkan diorang letakkan pelbagai jenis sos (ada yang letak mustard/thousand island/sos bbq/sos lada hitam ), mayonis, dan ada juga yg letak keropok untuk jadikan burger tu unik.


Apa pun, aku puas hati dengan hidangan tu. Harga tu, kira dekat sama je macam makan kat McD kalu kita order McChicken set. Macam orang kata, support produk Malaysia yang dijamin halal. hehe.. Hope Ramly Restaurant ni akan berkembang dan menjadi kebangaan rakyat Malaysia .

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Aku baru saja makan burger ni kat rnr gurun semasa on the way nak balik perlis. Tengok gambar menu burger punya sedap dengan sayur dan cheese tapi bila dapat sayur pun tak ada cheese pun x ada bila tanya kt kaunter mereka kata kena ad on tapi dalam gambar menu x bagi tau pun sayur x tanya pula tapi x kan ad on lagi. Setakat roti,
    daging burger dan sedikit mayonis memang saya x puas hati seperti kena tipu ja.

    ReplyDelete
  2. Baguslah dah pergi.. Sekarang dah nampak mcm mn francais Ramly beroperasi. Sbb tu aku ada bagi cadangan sebab bagi aku burger ramly yang beli kat gerai tepi jalan tu lagi sedap dari restoran ni. Sepatutnya, burger ni produk utama, dan kena buat yang terbaik, dan lain dari yang lain. Masalahnya, just ala kadar je, nak fokus banyak produk skali gus mcam chicken chop semua tu..

    Tapi yang cheese tu mmg kena bayar harga lain, tapi sayur tu mmg banyak dia letak ( Daun salad), aku pun tak pasti asal burger tu tak de sayur.. tp masa aku beli dulu2, tak de lak letak mayonis.

    ReplyDelete