Samurai burger di McDonald Central Square



Yeah.... Singgah juga akhirnya di McDonald.. Kira dah lama jugak tak makan kat sini, ye la kan, terpengaruh dengan nasihat orang ramai supaya boikot McD. Tapi nak wat macam mana, kalau hati dah terpikat, tetap nak pergi jugak kan. Sampai dalam waktu tengah hari jugak la, ramai la jugak orang, waktu puncak la orang katakan. Tapi sekejap je tunggu sebelum order diambil.

Ini suasana dalam restoran. kira kebanyakkan meja dah ada orang. Kira bernasib baik la, ada satu meja dekat luar, cuma agak panas sikit la sebab tak de air-cond.




Kali ni aku order set Samurai burger junior, dan Apple Pie...Ni first time aku makan samurai burger tu dan apple pie. Sebelum ni kalu aku datang sini, selalu amik set yang paling murah sekali iaitu McChicken. Tapi sejak bekerja ni, kewangan pun dah stabil, jadi apa kata cuba benda baru walaupun mahal sikit. ...


Rasa burger tu memang terbaik la. Kalau nak bandingkan dengan burger ramly memang tak boleh lawan da... Cuma kesilapan kali ni aku beli set large. Tak sangka pulak, bila dah habis makan burger tu, rasa kenyang dah. Nak makan kentang pun nak tak nak je. Air pun punya la banyak.. Kira terpaksa la tinggalkan yang tak habis tu. Serious aku rasa rugi kali ni. Tentang apple pie tu rasa pelik la, rasa macam makan karipap panas inti kentang perasa epal.. Memang tak boleh masuk la dengan lidah aku ni. Memang tak kan order lagi pie apple ni selama-lamanya. hehe.  Tak tahu la bagi orang lain. Citarasa orang lain-lain kan. 


Kalau ikut harga tu, aku tak kisah sangat . Ye la, sebab makan di tempat macam ni, memang la kena spend duit lebih skit kan. Tempat eklusif la orang katakan dan pelaburan nak buat satu franchaise McDonald ni yang aku tahu antara 1juta - 1.5juta. Banyak kan, jadi harga mesti akan mahal sebab nak tarik balik modal sebelum cari untung kan. .. Apapun, kalau datang sini lagi, mungkin akan amik ala-carte samurai burger je.. Sebab makan satu burger tu pun dah kenyang.

 Terima kasih kerana membaca... Berjumpa lagi....

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment