Santai di Pantai Telok Kalong

Setelah penat  dari aktiviti belajar di TATi, sempat la jugak gi ke pantai dekat kawasan ini. Jarak perjalanan dari Tati ke sini ada dalam 3 km sahaja. Sangat dekat dan pantai ni pun sangat cantik, ye la kalu kita bandingkan dengan pantai di area Kedah, pantai yang menghadap laut china selatan lebih luas dan airnya seakan jernih sekali..


Masa tiba disini, pada mulanya dalam perjalanan ke masjid, alang-alang tu,singgah sebentar di Pantai Telok Kalong ni. First time datang sini, jadi bila tengok je pantai tu, terasa tenang je, dengan angin bayu laut yang kuat, membuatkan kepanasan di waktu tengah hari tidak terasa. Disebabkan kedudukan pantai ni dalam kawasan telok, jadi ombak disini tidak kuat, dan sesuai untuk aktivit mandi manda.Semasa berada disini terdapat pertandingan bola pantai, jadi agak meriah la suasana pada waktu itu.


Selain itu, kawasan ini jugak menjadi tempat perhentian bagi para nelayan setelah pulang dari laut, bot-bot ditambat di sekitar pantai ini berdekatan dengan kuari yang terdapat bersebelahan pantai ini. Jadi sempat la round-round kat sini sambil tengok bot-bot nelayan ni. Kalu diikutkan ada sebahagian bot kat sini guna engine bot berkuasa tinggi, kira memang dah maju nelayan di sekitar sini. hehe..




Berjalan lagi sekitar pantai ini, akan ada penambak ombak yang dibina di hujung pantai ini. Mungkin kerana hakisan yang berlaku menyebabkan penambak ini dibina.. Selalunya, kawasan ini yang menjadi tempat port nelayan memancing ikan-ikan kaci, kerisis dan kerapu,

Alang-alang dah ada kat sini, ambik la satu gambar kenangan sikit berlatarbelakang kan laut pantai telok kalong ni. Hehe... Blogger ni kan pemalu, jadi segan la nak letak gambar muka, gambar macam ni pun dh ok kan...

Kat sini ada kedai makan ye, jadi sape-sape yang lapar boleh la menjamu selera kat sini. Tapi diingatkan, makanan kat Terengganu ni mahal sikit, jadi sedia duit lebih la ye. hehe..


Ini la member yang teman sekali gi Pantai Telok Kalong ni, student Insep jugak. Kalau gi sorang-sorang mesti bosan kan, jadi bila dah berteman ni, sembang tak sudah sampai la ke petang.. Apa pun, berjumpa lagi pada post akan datang...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment