Step-step apabila ingin berhenti kerja



Apabila hendak berhenti kerja, maka perlu ada step-step yang perlu kita lakukan. Pastikan anda mempunyai salinan surat perjanjian surat tawaran yang anda tandatangani dengan HR. Sekiranya, tiada anda perlu meminta sendiri salinan itu dari HR. Surat itu penting kerana ia mempunyai segala details tentang masa waktu kerja, shift, cuti bekerja, annual leave yang diperuntukkan dan gaji yang diberi. Jadi surat perjanjian ini sangat penting untuk digunakan pada waktu ini. Cara paling mudah, bertanya kepada HR, tempoh notis berhenti yang perlu anda berikan, dan cuba cari penyelesaiaan antara dua-dua pihak dahulu. Sekiranya pihak yang majikan tidak memberikan sebarang surat semasa anda bekerja dengan mereka, jadi cara untuk berhenti adalah dengan terus berbincang dengan HR sendiri, Anda perlu faham, tidak siapa dapat menghalang niat anda untuk berhenti kerja, tapi hormatilah pihak majikan anda, berikan notis berhenti dengan waktu yang sesuai. 

Sekiranya, anda ada surat tawaran kerja, anda boleh pergi ke pejabat buruh untuk bertanya dengan pegawai tentang cara terbaik untuk berhenti. Bawa dokumen ini, dan pegawai yang bertugas akan meneliti dokumen ini sebelum menerangkan cara terbaik untuk berhenti selaras dengan undang-undang sedia ada. Inilah antara cara saya lakukan.  Setiap pekerja selalumya perlu memberi notis berhenti 1 bulan lebih awal terhadap majikan, itu adalah antara kandungan dalam akta pekerja sekiranya tidak dinyatakan dalam kontrak anda.

Notis berhenti boleh dibuat seperti ini


MUHAMAD KHAIRUL ANWAR
NO, 8, LORONG 5B, TAMAN CAKERAWALA,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.                                                                                           
_____________________________________________________________________________
PENGURUS,
13300 LOT 1123,
TINGKAT SELAMAT 6 KAMPUNG SELAMAT
TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
                                                   
01 APRIL 2015

Tuan,

NOTIS BERHENTI KERJA 

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya Muhamad Khairul Anwar, 870502-05-5569 yang bertugas sebagai “technician” akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuatkuasa 30 April 2015

2.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mendapat tawaran kerja yang lebih baik di Penang. Saya ingin menyelesaikan pelbagai urusan sebelum ke sana.

3.        Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai. Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih 

Yang benar,

……………………………………………
(MUHAMAD KHAIRUL ANWAR)


Diharap sesiapa yang ingin berhenti kerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan, Ini kerana pihak syarikat boleh menyaman anda sekiranya anda berhenti secara mengejut dengan alasan melanggar kontrak. Selalunya saman adalah berkaitan notis berhenti kerja, dimana pihak majikan boleh claim kembali gaji anda sebagai contoh sekiranya anda perlu memberi notis berhenti kerja dalam sebulan, tapi anda berhenti dalam 24 jam, maka majikan boleh menuntut 1 bulan gaji daripada anda. Selalunya, pihak majikan akan menahan gaji anda sekiranya tidak memberi notis berhenti yang sesuai.




 Tetapi selalunya pihak majikan tidak memandang kes untuk menyaman seseorang pekerja sekiranya gaji yang anda terima kurang dari RM1500 , ini kerana tidak berbaloi dengan masa yang dicurahkan, kerana pihak majikan perlu melaporkan kepada Pejabat Buruh, kemudian menghantar surat peringatan tuntutan gaji ke rumah, Sekiranya tiada balasan, majikan perlu membawa kes ke pejabat buruh dimana majikan perlu bertemu, berbincang. Sekiranya belum selesai, masalah akan dirujuk ke mahkamah perusahaan,  . Nampak, berapa banyak step yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya ingin menuntut kembali gaji notis satu bulan . Saya rasa, tak banyak HR yang akan melakukannya.

Untuk Template Resume Fresh Graduate Engineering
Resume Template 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

311 comments:

  1. asalamualaikum...sy diberhentikan kerja pada 21/4/2016 kerana mengambil cuti kecemasan pada 19,20/4/2016. sy sudah memaklumkan masalah yg sy hadapi dan dibenarkan pihak atasan untuk bercuti. setiba hadir memulakan tugas pada 21/4/2016 sy berjumpa majikan dan terang masalah yg sy hadapi dan mohon perlepasan pada 22/4/2016 untuk tujuan yg sama ketika mohon pelepasan kerana anak perlu menjalani proses yang sama,balasan majikan "awak boleh teruskan dgn buat rawatan anak awk seberapa lama yg u mahu dan jangan berkerja disini lagi. hasil laporan sy kepada ptk, mereka atur untuk berbincang pada 16/5/2016. malangnya majikan tak hadir cuma utus surat saja. pgwai pnyiasat putuskan akan minta tarikh bicara dan keterangan sy perlu diambil pada tarikh yg diberitahu kelak. apa yg sy dapat printah telah dikeluarkan majikan perlu bayar rm700 yg sebenarnya rm700 ini baki gaji sy yg majikan tahan. sy terima wang itu dan kini sy tak bulih tuntut apa2 lagi pada majikan. sekiranya tidak berpuas hati 7 helaian notis alasan serta sebab, depositkan rm1000 dlm bntuk bank draf dan rm100 duti stem.

    soalan sy, bolehkah tampa keterangan dan bukti2 dari sy pihak perintah ini saya anggap tidak sah terbatal?

    diperingkat ini siapa yg patut disiasat, mohon nasihat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana bertanya. Tetapi saya tidak berapa mahir dalam bidang ini.

      Cuba rujuk link dibawah untuk maklumat lanjut.
      http://lovelyvic.blogspot.my/2010/07/jadikan-akta-kerja-1955-sebagai-perisai.html

      http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-di-malaysia-akta-pekerjaan-1955

      Apa pun dapat bantuan dari PTK.

      Delete
  2. sy dh buat laporan kat PTK, dieorg bawak sy hancur! majikan buang sy tampa notis,majikan sepatutnya bayar ganti notis+baki gaji....JTK keluarkan perintah majikan bayar sy rm700 penyelesaian penuh. sy dalam peringkat sebutan dokument kes belum pun sy serah kat JTK kes saya dieorg dh close. sy buat rayuan dgn syarat 7 helaian notis sbb kenapa tak berpuas hati dgn
    deposit kan RM1000 dlm bentuk bank draft RM100 duti stem. dengan perintah ini proses siasatan dieorg skip supaya bebanan jatuh kepada saya dan sy perlu bagi notis 7 helaian kenapa tuntut ganti notis. sedangkan sy dipecat kerana UNPay leave sebab anak kena denggi sepatutnya isu skr ni,majikan pecat sbb unpay leave staff lain akan persoal jika u berkerja disini lagi itu JTK tutup mata. penting disini mereka JTK tekan saya hanya satu sebab majikan takmahu bayar lain2 amoun yang harus dibayar kerana majikan telah langgar kontraknya sendiri buang pekerja tak ikut undang2. ini komplot majikan dan JTK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lapuran polis dahulu kemudian baru buat tuntutan melalui pejabat buruh

      Delete
  3. apa yang akan dilakukan jika udah kasih surat notice perbehentian tapi boss tidak menginjinkan perbentian dan akan menahan surat reference kerja. dengan alasab baru dinaikin permanent 5 bulan padahal sudah bekerja 1 th lbh dengan perusahaan boss nya.
    dan,tiap hari di cari gara2 dengan berbagai macam alasab untuk melarang berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia, apabila surat notis berhenti diberikan, majikan sepatutnya menerima kecuali bekerja dengan kontrak perjanjian. Cuba berbincang dengan majikan dan berikan sebab-sebab yang sebenar, sehingga majikan boleh menerimanya. Hormati majikan anda dan cari jalan penyelesaian bagi kedua-dua pihak.

      Delete
  4. Hi, saya menberi surat berhenti kerja pada 28/06/2016 dan hari akhir bekerja ialah 27/07/2016. yang 1 bulan notis tu termasuk semua cuti am/khas ke? sekiranya saya bekerja sampai 27/07/2016 tanpa mengambil baki cuti syarikat, syarikat wajib ganti duit cuti atau kena ikut polisi syarikat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis berhenti termasuk waktu cuti dalam masa 1 bulan notis. Syarikat tidak wajib ganti cuti, cuma kita boleh mohon cuti untuk habiskan cuti yg ada. Mksudnya, sekiranya ada baki cuti 3 hari, kita boleh mohon habiskan cuti yg ada. Apa pun, dengan persetujuan syarikat. Sekiranya, tak habiskan cuti, cuti dianggap burn.

      Delete
  5. As salam...saya nk tnye...saya dh hntr notis sebulan sbb dpt offer tmpt lain...then OL dr company br tu die mtk respon n hntr blik kpd diorg dlm masa 7hr...tetapi saya terlepas pndg...ingatkn 14 hr...tp saya still hntr...adakah mereka msh blh diterima ataupun totally reject?...mohon pencerahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact company tu balik tuk bagi penjelasan. Just terangkan yang anda terlepas pandang, dan telah hantar.

      Delete
  6. Assalam semua, saya ada pertanyaan sikit.
    kalau ikot notis dalam kontrak adalah 2 bulan, boleh tak kalau buat 1 bulan? alasan sebab cmpny tak bayar epf dari awal tahun. boleh diterima pakai ke?

    mohon jawapaaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ikutkan, notis berhenti berdasarkan budi bicara antara majikan dan pekerja. Sekiranya, majikan izinkan tiada masalah. tapi jika majikan nk follow kontrak, mmg kena ikut notis 2 bulan dlm kontrak, Berbincang denga budi bicara. ( Beri sebab2, dan alasan yg munasabah )

      Mengenai EPF, report aduan ke Jabatan Tenaga Kerja dan KWSP. Duit caruman majikan ke kwsp merupakan hak anda. Bawa salinan skip gaji untuk mudahkan urusan.

      Delete
    2. Klu berhenti kerja, lps tu report ke JTK dan KWSP sbb epf tak dcarumkn blh ke?

      Delete
  7. Assalam,saya nak tanya jika saya ingin memberi notis pada 8/8/16, bila tarikh akhir saya bekerja jika tempoh notis adalah 8 minggu dan saya ada 13 hari cuti tahunan.

    ReplyDelete
  8. 8 minggu x 7 days : 56 days. Jadi boleh mohon tolak cuti tahunan 13 hari, dengan keizinan majikan. Jika tak dapat, boleh mohon tuk habiskan cuti dalam masa kerja 56 days tu. Ini mmg kena rujuk pihak HR tuk maklumat lanjut. Apa pun, tarikh 56 hari bermula dari tarikh hantar surat berhenti..

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum wbt

    Sy dpt tawaran kerja kontrak 6bln di satu syarikat ni atas urusan dgn org tgh (agensi pekerjaan) .. Tp org tgh tak nak bg offer letter lg jikalau sy x accept offer tu .. Betul ke mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agensi pekerjaan boleh tak beri offer letter kalau tidak berminat. Tapi sekiranya accept, boleh mintak salinan offer letter dan perjanjian. Yg tu yg sy faham. Yg penting ada perjanjian ( Komunikasi atau bertulis )

      Bila deal dgn agensi pekerjaan, ada terma yg kena baca dlu. Sbb tu, baca dlu sebelum sain.

      Delete
  10. Salam.. Notis berhenti sy 1 bln. Jika sy hantar notis 24 jam pd tarikh 30 jun 2016, gaji sy 1 bln sebelum tarikh tu x dpt kn? Perlu ke sy bayar balik kt company untuk 1 bln (1 july-31july) notis tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu macam tu, mmg majikan akan tuntut gaji 1 bulan dari anda. Selalunya, apa yang terjadi adalah majikan akan tahan gaji untuk bulan itu. Cuma mungkin boleh masukkan dalam surat berhenti kerja ( notis berhenti ), remarks yang anda anggap 1 bulan gaji untuk bulan ini tidak diambil sebagai bayaran kepada notis 1 bulan.

      Cara paling senang, call HR, untuk inform perkara macam ini. Tiada sesiapa yang dapat menghalang anda dari berhenti, cuma cara bagaimana yang anda pilih. Kerana sebagai pekerja, kita perlu hormati majikan kita kerana mereka lah yang memberi kita kerja dan latihan semasa bekerja. Jadi inform dengan cara baik melalui telefon.

      Delete
    2. Pembayaran notis 1 bulan itu hanya akan berlaku apabila majikan bawa kes ke pejabat buruh. Jadi tidak perlu bayar selagi tiada arahan dari pejabat buruh atau mahkamah perusahaan. Macam saya kata, majikan akan tahan gaji untuk bulan yg anda berhenti dengan notis 24 jam.

      Delete
    3. Assalamualaikum. Sy mengikuti program sl1m d sebuah company. Pada hari pertama sy ingin berjumpa HR untuk memberitahu bahawa saya tidak dpt join program ini. Tetapi HR tiada pada ketika itu. Oleh itu, sy ikut seharian program kerana berniat utk memberi tahu HR berkenaan hal ini pada keesokkan harinya. Pada hari ke2, saya dapati bahawa sy akan dikenakan penalty kerana sy perlu memberi notis selama 30hr. Saya blm terlibat dengan mana2 kerja berkaitan company tersebut.dan tujuan sy adalah utk memberitahu company tersebut malahan sy bakal dikenakan penalty.sy mahu memberikan notis 24jam tetapi HR menyatakan sy bakal dikenakan penalty.Adakah penalty ini bole dikenankan memandangkan sy blm terlibat secra langsung dgn kerja2 dlm company tersebut.

      Delete
    4. Assalamualaikum. Sy mengikuti program sl1m d sebuah company. Pada hari pertama sy ingin berjumpa HR untuk memberitahu bahawa saya tidak dpt join program ini. Tetapi HR tiada pada ketika itu. Oleh itu, sy ikut seharian program kerana berniat utk memberi tahu HR berkenaan hal ini pada keesokkan harinya. Pada hari ke2, saya dapati bahawa sy akan dikenakan penalty kerana sy perlu memberi notis selama 30hr. Saya blm terlibat dengan mana2 kerja berkaitan company tersebut.dan tujuan sy adalah utk memberitahu company tersebut malahan sy bakal dikenakan penalty.sy mahu memberikan notis 24jam tetapi HR menyatakan sy bakal dikenakan penalty.Adakah penalty ini bole dikenankan memandangkan sy blm terlibat secra langsung dgn kerja2 dlm company tersebut.

      Delete
    5. Awak ada terima surat tak sehingga sekarang? Sebab saya pun mengalami situasi yang hampir sama.

      Delete
  11. Assalamualaikum..notis berhenti kerja saya 3 bulan..adakah notis 3 bulan ini termasuk cuti tanpa rekod bersalin ,2bulan yang diberikan kepada saya?atau notis 3 bulan hanya dikira pada hari bertugas sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ikut apa yang saya tahu, notis berhenti kerja adalah dikira dari tarikh bekerja.

      Notis berhenti adalah peringatan kepada majikan bahawa anda ingin berhenti dan diletakkan tarikh bermula dan akhir. Jadi semasa dalam notis, sekiranya anda sakit, masuk wad, etc, anda boleh mengambil cuti seperti biasa. Ia adalah notis bertulis kepada majikan anda.

      Delete
  12. Salam, dlm kontrak saya, sekiranya hendak berhenti kerja, saya perlu memberi notis satu bulan DAN berkeerja tanpa gaji untuk bulan selepas menghantar notid satu bulan tersebut. Adakah itu sah dari segi undang-undang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah dengar notis berhenti yang akan ada kaitan dgn gaji untuk bulan seterusnya. Notis berhenti adalah peringatan kepada majikan bahawa kita akan berhenti untuk tarikh sekian waktu. Untuk kontrak mcm ni, kena rujuk pihak pejabat buruh. Bawa salinan dan rujuk ke sana.

      Seperti sedia maklum, konsep kerja dibawah majikan adalah dibayar upah untuk kerja yang dipersetujui. Tak di bayar upah, boleh tuntut di mahkamah perushaan ( melalui pihak pejabat buruh )

      Delete
  13. salam, sekiranya sy nak hantar resignation letter notis 24 jam, seperti dalam surat tawaran dlu, in case majikan saya tak nak terima surat resign tu. apa saya boleh buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia berdasarkan budi bicara majikan. Terima atau tidak, ia satu perkara yang subjektif. Apabila kita tidak berminat bekerja, boleh saja tidak datang melebihi 3 hari berturut-turut. Ia akan dianggap berhenti. Cuma bincang dahulu, kerana tiada sesiapa yang dapat menghalang anda dari berhenti. Sekiranya, anda pekerja yang telah lama bekerja disana, jadi hormati majikan dgn memberi notis berhenti yg bersesuaian.

      Ada majikan yang rajin, akan tuntut gaji dari notis yang patut diberi di pejabat buruh. Tapi ia akan memakan masa yg lama.

      Delete
  14. Slm. Dlm document yg i sign, i kena bg notis sebulan. I baru kerja 2 minggu tp i tak suka tempat tu sbb banyak perkara. I decided nak bg 24hr notice. Gaji jalan or tak? And majikan terima tak notis i? Ataupun nak kena 3hari berturut2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham situasi yang awak alami. Sekiranya anda ada telah mendapat kerja yang lebih baik dari tempat yg anda bekerja sekarang boleh je anda menghantar notis berhenti. Sekiranya tiada, baik berfikir masak-masak dahulu kerana hendak mencari kerja pada masa sekarang adalah amat susah. Saya pun pernah alamai situasi macam awak, dan terus hantar notis berhenti, namun selepas itu saya alami masalah untuk mencari kerja yang sesuai sehingga berbulan-bulan. Lebih baik awak bekerja dahulu sambil mencari kerja ditempat lain dahulu ( Lebih baik kerja dari menggangur )

      Mengenai gaji jalan atau tidak, ia berdasarkan budi bicara majikan sebab kita dianggap melanggar kontkrak document kerana berhenti 24jam. Majikan ada hak untuk tidak bayar gaji anda. Pengalaman saya bekerja di industri perkilangan, kebanyakkan pekerja yang ingin berhenti akan berhenti pada tarikh mendapat gaji. Ada yang bagi notis dan tiada langsung. Cuma saya harap, cuba bincang dengan HR anda tentang masalah yang awak alami. Mungkin HR dapat bantu dalam mengurangkan masalah yang awak hadapi.

      Delete
  15. Salam..hari ini saya 1st day kerja..dan dlm contract de tulis kalau nk berhenti kena notis sebulan..dan kebetulan harini sy dapat offer yg lebih baik kat tempat lain bermula oktober..sy nak tanya bila waktu sesuai sy nk bg notis berhenti dan adakah majikan sy akan byr gaji?

    ReplyDelete
  16. Kalu dah ada offer lain, dan yakin tempat lain lebih baik dari tempat lama, just jumpa HR atau Bos. Beri alasan yang munasabah, seperti tidak sesuai kerja dengan jawatan yg diberikan. Alasan tersebut hendaklah munasabah dan boleh diterima. Untuk pekerja baru bermula, selalunya boleh terus deal tanpa takut2, notis pun tak perlu bagi, just jumpa dan bincang depan2.. Majikan selalunya tak bayar gaji selagi tak cukup bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dlu2, first time msa sy dpt keje, hari pertama dah rasa beban sangat. Kerja pun agak berbahaya kerana kena jaga mesin dan maintenance mesin yg rosak. Jadi hari kedua, terus jumpa bos, dan sy mintak maaf kerana tak dapat kerja disitu. Alasan, tak bersedia dan risau dgn keselamatan diri semasa kerja. Bos pun blh terima alasan yg diberikan. Hari kedua terus berhenti, dan cari kerja lain.

      Delete
    2. Sy nak berhenti kerja dengan notis 1 bulan. Dlm surat tulis 2 bulan. Sy berdegil untuk berlepas awal 1 bulan. Jawapan bos agak mengecewakan sy dek memikirkan khidmat yg telah sy curahkan kepada syarikat. HR adalah orang baru dan tidak berpengalaman. Maka semua ulasan HR ditolak mentah2 oleh head of dept sy. Sy dan head of dept tak ngam. Sy mula stress dengan kerja saya pun sebab sy stress dengan head of department.
      Persoalannya, apakah tindakan maksima yg majikan boleh kenakan terhadap sy sekiranya sy berkeras juga untuk berhenti?

      Delete
    3. Tindakan maksima yg majikan boleh lakukan, adalah dengan claim balik tuntutan notis satu lagi bulan. itu sahaja. Claim itu pun hanya akan dilakukan bila majikan bawa isu ini ke pajabat buruh.

      Cuma, saya nasihatkan, cari kerja lain dahulu sebelum berhenti. Pastikan kewangan kukuh dan stabil. Jangan berhenti disebabkan masalah dengan bos. Hendak mencari kerja pada waktu ekonomi sekarang agak susah..

      Delete
  17. Assalamualaikum
    Saya bekerja dah hampir 8 bulan dan saya dah di comfirkan oleh majikan saya . Tapi baru baru ni saya dah dapat tawaran yang lebih baik dan mengikut minat saya . Notis berhenti sepatutnya 2 minggu sebelum berhenti tapi saya perlu mula bekerja secepat yang mungkin di tempat baru .jadi boleh tak saya bagi notis berhenti 24jam? Majikan akan ambil tindakan apa apa tak ? Jika gaji basic 1000 majikan akan saman saya tak sebab berhenti 24jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut majikan anda. Cuba risik rakan2 anda sebelum ini yang telah berhenti, cuba tanya sama ada tindakan pernah diamblil.

      Saman yang saya katakan itu adalah tuntutan notis berhenti. Bagi saya, cuba bincang ngan majikan baru, sama ada boleh masuk kerja selepas 2minggu. Mana-mana tempat kerja akan meminta kita masuk secepat mungkin, tapi kita boleh berbincang dengan majikan HR disana dahulu.

      Bagi saya, cara terbaik adalah dengan memberi notis 2 minggu kepada majikan, dan mula bekerja dengan majikan baru selepas 2 minggu selesai. Ini kerana, sekiranya anda berhenti mengejut, anda mungkin tidak mendapat gaji sepanjang bulan anda bekerja di kilang lama.

      Delete
  18. Assalamualaikum
    Saya bekerja dah hampir 8 bulan dan saya dah di comfirkan oleh majikan saya . Tapi baru baru ni saya dah dapat tawaran yang lebih baik dan mengikut minat saya . Notis berhenti sepatutnya 2 minggu sebelum berhenti tapi saya perlu mula bekerja secepat yang mungkin di tempat baru .jadi boleh tak saya bagi notis berhenti 24jam? Majikan akan ambil tindakan apa apa tak ? Jika gaji basic 1000 majikan akan saman saya tak sebab berhenti 24jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah alami keadaan yg sama, tapi saya berikan notis berhenti seperti biasa. Cuma saya katakan kepada majikan baru saya, yg saya memerlukan masa untuk mencari tempat tinggal, transportation dan ingin settelkan beberapa kerja dikilang lama. Majikan HR baru pun faham dan dapt terima alasan yang diberikan.

      Delete
  19. Salam, saya dah bagi notis sebulan mengikut kontrak pd 14/9 dan spttnya akan berakhir pd 14/10 tapi majikan hold gaji saya pada bulan ni sbb takut saya lari dan hanya akan bg gaji selepas 14/10. Soalan saya mengikut undang2 buruh blh ke majikan buat mcm ni sdgkan sy dah bagi notis berhenti yang proper? Dan blh x if sy nak singkatkan notis kepada 2 minggu sbb gaji sy di hold ? If kne penalty utk lg 2 mggu tu mcm mna kiraannya? Adakah kiraan penalty trmasuk sabtu ahad atau hanya 5 hari bkerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya lambat untuk reply. Ikutkan, majikan tak boleh hold, sekiranya lebih dari 3 hari, boleh mintak penjelasan dari majikan, sekiranya tiada jalan penyelesaian, terus laporkan kepada pejabat buruh. Singkatkan notis disebabkan alasan yang diberi adalah tidak patut dilakukan. Ini kerana, notis adalah satu persetejuan pemberitahuan berhenti antara majikan dan pekerja. Lebih baik, anda minta cuti tanpa gaji, berbanding singkatkan notis.

      Delete
  20. Salam, saya dah bagi notis sebulan mengikut kontrak pd 14/9 dan spttnya akan berakhir pd 14/10 tapi majikan hold gaji saya pada bulan ni sbb takut saya lari dan hanya akan bg gaji selepas 14/10. Soalan saya mengikut undang2 buruh blh ke majikan buat mcm ni sdgkan sy dah bagi notis berhenti yang proper? Dan blh x if sy nak singkatkan notis kepada 2 minggu sbb gaji sy di hold ? If kne penalty utk lg 2 mggu tu mcm mna kiraannya? Adakah kiraan penalty trmasuk sabtu ahad atau hanya 5 hari bkerja?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum
    Saya bekerja dah hampir 6 bulan dan saya dah di comfirmkan oleh majikan saya . Tapi baru baru ni saya dah dapat tawaran yang lebih baik dan mengikut minat saya . Notis berhenti adalah 1 bulan /4 minggu.jadi saya memberi notis seperti yang terkandung di dalam kontrak dan masalah nya sekarang Majikan hanya membayar gaji sy suku dari basic dan majikan menyatakan baki gaji saya dibekukan kerana ade kerja2 tergendala. Apakah yang ptut saya lakukan untuk menuntut hak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya begitu, laporkan ke pejabat jabatan buruh ( Pejabat tenaga kerja ). Terangkan ape yang terjadi kepada pegawai di pejabat buruh. Ini kerana, majikan tiada kuasa untuk membekukan gaji tanpa alasan yang munasabah.

      Delete
  22. Assalammualaikum,
    Saya ada cuti tahunan 17 hari.saya kena beri notis 3 bulan untuk berhenti keeja.sekiranya saya letak notis pada 10.10.16 bilakah tarikh akhir saya bekerja?harap dapat meleraikan kekeliruan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep sebulan adalah 30 hari. Jadi 3 bulan bersamaan 90 hari. Tarikh akhir adalah 8 January 2016 bersamaan hari Ahad.

      Cuti tahunan boleh dihabiskan, sama ada dengan memendekkan tarikh 90 hari dengan kebenaran pihak majikan ( 90-17: 73 ) , ataupun habiskan semasa dalam tempoh notis 90 hari tersebut. Cuti yang tak digunakan akan burn.

      Delete
    2. Terima kasih Tuan...
      Sangat jelas. 👍

      Delete
    3. Terima kasih Tuan...
      Sangat jelas. 👍

      Delete
  23. salam...
    saya sudah berkerja hampir 5 bulan lebih. november 2016 ,6 bulan tempoh berkerja baru saya diconfirmkan. saya ingin berhenti kerja. kerja stress waktu cuti pun saya kena kerja. saya ingat dapt gaji bulan oktober ni. 1 hb 11 saya nak hantr notis. wajarkan saya hantar notis 3 hari. saya adakah gaji saya akan di tarikh semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji yg telah masuk akaun tidak akan ditarik semula. Ini kerana ia telah menjadi hak anda. Notis berhenti sepatutnya diberikan 1bulan, sekiranya sudah confirm. Lebih baik berbincang dahulu dengan majikan mengenai masalah yang anda alami. Pada waktu sekarang, bukan mudah hendak mendapat kerja yang betul2 stabil. Jika ingin berhenti, pastikan anda sudah mempunyai kerja ditempat lain, untuk pastikan kewangan yang stabil.

      Apa pun, bawa berbincang dengan majikan dahulu.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh kiraan notis satu bulan adalah 30 hari dari tarikh anda letakkan tarikh berhenti. Tarikh akhir adalah 8/11/2016.

      Anda ada hak tidak memberikan offer letter kepada pihak lain. Ini kerana, ia adalah hak peribadi anda sendiri. Anda boleh berikan alasan yang dirasakan sesuai untuk menolak permintaan mereka.

      Delete
    2. bagaimana jika saya sudah tersalah kira?adakah majikan lama boleh mengambil apa2 tindakan?
      dan juga beliau menyatakan jika sya tidak memberi offer letter berkenaan beliau akan sekat pemberian gaji...jika keadaan begini bagaimana ye?

      Delete
    3. bagaimana jika saya sudah tersalah kira?adakah majikan lama boleh mengambil apa2 tindakan?
      dan juga beliau menyatakan jika sya tidak memberi offer letter berkenaan beliau akan sekat pemberian gaji...jika keadaan begini bagaimana ye?

      Delete
  25. Majikan tiada hak untuk sekat gaji anda jika tak beri offer letter. Cuba betulkan notis itu kembali, dengan merujuk terus ke HR. Tiada masalah, cuma katakan tersilap tulis.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum. Saya telah bekerja di syarikat saya ini lebih kurang setahun. Saya ingin berhenti sari syarikat ini disebabkan majikan nak tutup syarikat. Dalam kontrak perlu 2 bulan notis untuk berhenti. Saya pilih untuk hantar notis satu bulan. Masalahnye skrg, sye xtau nak hntar notis bile? sbb sye nk dpt gaji full + elaun + claim untuk bulan terakhir saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu hantar notis 1bulan, perlu bincang dengan majikan. Sebab, gaji, elaun claim semua tu akan dikira oleh majikan sendiri. Ia disebabkan dah tertulis dalam kontrak 2 bulan. Jadi perbincangan dua hala diperlukan.

      Delete
  27. Assalamualaikum wbt. Saya telah bekerja selama sebulan dan berhenti 24 jam tanpa notis kerana agak sedikit tertekan dgn tempat berkenaan. 3 minggu kemudian, saya dapat surat dr hr yg mengatakan saya dikehendaki untuk hadir ke hq jika tidak, saya akan dikenakan tindakan. Saya dapat gaji 1hb dan saya berhenti 3hb, adakah saya kena membayar balik duit tersebut? Adakah saya akan dikenakan saman atau turun naik mahkamah? Kemudian baru2 nie saya dapat tawaran kerja kerajaan, ia berkait tak dgn permasalahan nie? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai tindakan tersebut, ia akan mengikut sepertimana tertulis dalam kontrak anda. Walaubagaimanapun, ia semuanya terletak di bawah kuasa pejabat buruh dalam menentukan saman tersebut. Jadi, cuba berbincang kembali dengan majikan lama, atau terus ke pejabat buruh untuk mendapatkan pandangan. Naik turun mahkamah hanya berlaku bila penyelesaian secara semuka diantara majikan, dan anda serta wakil pejabat buruh tidak dapat diselesaikan.

      Kerja dengan kerajaan, tiada kaitan dengan masalah yang terjadi dengan majikan lama. Sekiranya ditanya, berilah alasan yang sewajarnya.

      Delete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum. saya bekerja di syarikat swasta.saya ingin berhenti kerja hujung bulan 11. dalam surat tawaran kerja perlu memberi notis (1) bulan. saya masih mempunyai cuti tahunan sebanyak 11 hari. macam mana pengiraan tepat tarikh akhir saya patut berhenti. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis sebulan adlah berasamaan 30 hari. Jadi ini bermaksud, tarikh akhir jika anda meletak jawatan pada 30/11 ialah 30/12. Mengenai cuti tahunan, jika nak ganti notis dengan cuti tahunan, mmg perlu bincang dengan hr sendiri.

      Delete
  30. assalamualaikum..saya telah hantar notis berhenti pd 4/10/2016 dan tarikh akhir sy bekerja pd 3/11/2016..sy nak tanya, sekiranya gaji dikira 1hb-31hb Oktober, adakah majikan perlu membayar gaji saya pd 1/11 hingga 3/11 tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan dibayar. Selalunya company akan keluar cek pada hujung bulan 11.

      Delete
  31. Assalamualaikum...

    Mungkin ini lari topik, cuma nak minta pandangan...

    ikut perjanjian kontrak, pekerja dapat komisen setiap sale yg di buat...akan tetapi pd 8 Okt kami dapat kontrak baru yg memberitahu sekiranya tidak capai KPi, komisen tidak d beri...sedangkan kontrak baru bertarikh 24 sept...

    bolehkah pekerja tuntut komisen pd bulan ogos?

    boleh ke majikan hold gaji pekerja dgn alasan sale x memberansangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuntut, kerana kontrak baru bertarikh 24 sept. Ada alasan kukuh untuk berbincang dengan majikan.

      Majikan tak boleh hold gaji pekerja disebabkan sale. ( alasasn yg majikan berikan tidak kukuh, mungkin sekadar peringatan )

      Delete
  32. Salam...memang kena bagi notis sebulan ke? tak boleh bagi notis seminggu?? saya tak ada sebarang kontrak perjanjian dengan pihak majikan...kalau saya bagi notis seminggu dan tak datang kerja selepas tarikh seminggu,apakah tindakan yang boleh diambil pihak majikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis seminggu terpakai sekiranya HR mengatakan anda dalam tempoh percubaan. Kalau tidak, memang notis sebulan yang digunakan jika tiada perjanjian bertulis. Cuba tanya pihak HR dahulu untuk status anda.

      Tindakan paling drastik pihak majikan adalah menahan gaji anda pada bulan itu, atau claim gaji anda sebulan di pejabat buruh sebagai tuntutan notis berhenti. ( Tapi jarang saya dengar majikan tuntut sampai di pejabat buruh )

      Delete
  33. saya sudah lama bekerja hampir 10tahun, dan ingin berhenti kerja atas sebab tmpat kerja sekarang ni mengalami mslh kewangan. DLm msa yg sama sya mencari kerja dan berjaya mendapat kerja dan memerlukan saya mendaftar awal 7hb November ini. Bolehkah saya memberi notis berhenti 24jam kpd majikan, & adkah gaji sya bulan Oktober akan dikira atau majkan akan menahan gaji sya? (gaji setiap 8hb)

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Wbt...

    Saya telah bekerja di syarikat ni selama 8 bulan... Seperti dalam offer letter, dalam tu bagitau percubaan selama 3 bulan.. Sampai sekarang saya belum lagi diserap dalam jawatan tetap... Sekarang saya ingin membuat notis berhenti kerja.. Dalam offer letter tu bagitau berjawatan tetap 2 bulan notis ataupun bayar dan berjawatan percubaan notis 1 hari... So soalan saya.. Boleh ke saya berhenti 1 hari notis sebab Saya sudah berkerja sana dalam 8 bulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya tiada surat sain menandakan anda jawatan tetap, maka anda sepatutnya masih dikira sebagai percubaan. Walaubagaimanapun, cuba contact pihak HR dahulu untuk mendapatkan status anda.

      Sekiranya anda masih mempunyai surat offer letter, boleh bawa dan rujuk ke pejabat buruh untuk penerangan lanjut.

      Delete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Assalam. Notis berhenti kerja saya adalah 1 bulan. Tapi saya dah berhenti dgn memberikan notis berhenti kerja 24jam atas masalah peribadi. Saya berhenti 2 hari awal sebelum cukup sebulan saya bekerja dan saya bekerja pun x sampai sebulan. Majikan telah menahan sebulan gaji saya & menyuruh saya mmbayar balance lagi 2 hari tu. Tapi sampai skarang saya x bayar2 lagi. Jika saya x bayar,adakah nama saya akan disenarai hitamkan jika ingin bekerja di syarikat lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan tidak boleh memaksa anda membayar tuntutan notis berhenti tanpa arahan dari pejabat buruh. Jadi, sekiranya anda perlu membayar, rujuk dengan pejabat buruh dahulu.

      Tiada senarai hitam untuk pekerja disyarikat lain kecuali di syarikat itu sahaja.

      Delete
  37. Assalammualaikum..saya nak tanya..perjanjian dalam contract menyatakan saya perlu beri notis 2 bulan.saya ingin berhenti kerja dan telah menyerahkan notis 2 bulan sebelum start keje ditempat baru..tapi majikan saya tidak menerima perletakan jawatan saya dan mengembalikan notis semula pada saya atas alasan saya perlu mencari pengganti saya. Apa tindakan yang perlunsaya ambil sedangkan saya dah mematuhi kontrak saya dan saya perlu melapor diri ditempat kerja baru 2 bulan dari tarikh notis saya direject. Mohon pandangan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, awak dah memenuhi tanggungjawab dalam kontrak yang inginkan anda memberi notis berhenti. Jadi majikan tiada kuasa dalam melarang anda berhenti. Pastikan anda mempunyai saksi dengan memberitahu kepada kakitangan lain, dan just ikut tarikh akhir berhenti. Simpan salinan surat tersebut, sebagai bukti sekiranya majikan menuntut notis berhenti di pejabat buruh.

      Majikan yang perlu mencari penganti awak, dan bukan awak yang mencari. Sekiranya awak masih ragu, boleh call pejabat buruh di negeri awak.

      Delete
  38. Saya bekerja sebagai teller di salah sebuah bank di Malaysia. Saya baru bekerja selama 8 bulan dan telah disahkan jawatan. Mengikut kontrak sekiranya telah disahkan jawatan saya perlu memberi notis 3 bulan atau sebagai ganti bayaran 3 bulan gaji.

    Masaalah yang dihadapi untuk berhenti adalah disebabkan oleh kerja lebih masa setiap hari tanpa diberi OT atau bayaran lebih walaupun satu jam. Operasi bank adalah pada jam 9 tapi staff perlu tiba di bank sebelum 8.30 pg. waktu ttp bank pula adalah pada 4.45 ptg tetapi kadang kala jam 5 masih lagi ada pelanggan dan waktu pulang selalunya adalah pada jam 7.30 PM. Sepatutnya bermula dari jam 5 itu sehingga 7.30PM adalah waktu kerja lebih masa yang perlu dibayar. selain itu tuntutan perjalanan sekiranya saya berkerja diluar kawasan juga kadangkala tidak dibayar. Jadi saya ingin mengambl keputusan untuk b berhenti dengan notis 24 jam.

    Oleh itu saya ingin bertanya pada en/cik sekiranya saya memberi notis kepada majikan 24 jam apa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan saya membayar ganti 3 bulan gaji memandangkan masaalah saya berhenti disbbkan oleh saya tdk dbyr utk bkrja lbh masa. Ataupun apakah tindakan undang-2 yang akan diberikan kpd saya sekiranya gagal mbyr 3 bln gaji? Memandangkan bank ini adalah syarikat yang besar dan dijamin oleh gvmnt. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya kerja lebih masa, semuanya boleh diselesaikan dengan berbincang dengan majikan. Perbincangan mengenai kerja lebih masa boleh dibawa sampai ke pejabat buruh, sekiranya majikan tidak mahu membayar OT yang dilakukan. Cuba rujuk surat tawaran kerja dan dapatkan penjelasan dari majikan mengenai waktu OT, ini kerana setiap tempat kerja mempunyai waktu kiraan OT yang berbeza.

      Walaubagaimanapun, mengenai notis berhenti, majikan boleh memfailkan tuntutan sivil dengan surat tawaran yg anda sign itu. Apabila kamu memutuskan untuk beri notis, kamu perlu patuhi tempoh notis. Jika berhenti tanpa mengikut kontrak, majikan berhak tuntut dari kamu baki notis. Surat laywer untuk hadir ke perbicaraan akan diberikan .

      Delete
  39. Saya bekerja sebagai teller di salah sebuah bank di Malaysia. Saya baru bekerja selama 8 bulan dan telah disahkan jawatan. Mengikut kontrak sekiranya telah disahkan jawatan saya perlu memberi notis 3 bulan atau sebagai ganti bayaran 3 bulan gaji.

    Masaalah yang dihadapi untuk berhenti adalah disebabkan oleh kerja lebih masa setiap hari tanpa diberi OT atau bayaran lebih walaupun satu jam. Operasi bank adalah pada jam 9 tapi staff perlu tiba di bank sebelum 8.30 pg. waktu ttp bank pula adalah pada 4.45 ptg tetapi kadang kala jam 5 masih lagi ada pelanggan dan waktu pulang selalunya adalah pada jam 7.30 PM. Sepatutnya bermula dari jam 5 itu sehingga 7.30PM adalah waktu kerja lebih masa yang perlu dibayar. selain itu tuntutan perjalanan sekiranya saya berkerja diluar kawasan juga kadangkala tidak dibayar. Jadi saya ingin mengambl keputusan untuk b berhenti dengan notis 24 jam.

    Oleh itu saya ingin bertanya pada en/cik sekiranya saya memberi notis kepada majikan 24 jam apa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan saya membayar ganti 3 bulan gaji memandangkan masaalah saya berhenti disbbkan oleh saya tdk dbyr utk bkrja lbh masa. Ataupun apakah tindakan undang-2 yang akan diberikan kpd saya sekiranya gagal mbyr 3 bln gaji? Memandangkan bank ini adalah syarikat yang besar dan dijamin oleh gvmnt. Terima kasih.

    ReplyDelete
  40. Ingin bertanya, saya bekerja di sebuah syarikat yang agak besar dan terkenal (shopping mall). Saya baru kerja 6 hari dan saya dapati saya tak boleh nak teruskan bekerja disini sebab management agak tak teratur, staff tak friendly (keja teamwork tapi bila minta tolong, kena jeling), dan beberapa masalah lain yang saya rasa TAK PATUT. Kemudian, saya hubungi majikan lama saya, jika saya boleh kembali ke tempat kerja lama (juga shopping mall terkenal). Bos lama memang nak saya pulang ke sana, dan dia kata saya boleh start immediately. Jadi skrg saya rasa taknak buang masa bekerja di tempat baru ni. Tetapi, saya tak pasti apa alasan yg saya nak berikan kepada majikan baru. Dan saya kena bagi notis 2 minggu. Dalam fikiran saya, selepas gaji nanti, saya nak quit tanpa notis. Saya dapat jangkakan gaji saya mgkin hanya separuh kerana, saya mula bekerja di tengah bulan.

    Persoalannya, adakah saya akan kena SAMAN jika saya quit tanpa notis, selepas ambil gaji (setengah bulan, mgkin dalam RM900 shj)??? Saya baru kerja 14/11/16. Dan saya cadang nak quit pada 29/11/16. Atau ada tips apa harus saya lakukan.

    Terima kasih byk2.

    ReplyDelete
  41. Ingin bertanya, saya bekerja di sebuah syarikat yang agak besar dan terkenal (shopping mall). Saya baru kerja 6 hari dan saya dapati saya tak boleh nak teruskan bekerja disini sebab management agak tak teratur, staff tak friendly (keja teamwork tapi bila minta tolong, kena jeling), dan beberapa masalah lain yang saya rasa TAK PATUT. Kemudian, saya hubungi majikan lama saya, jika saya boleh kembali ke tempat kerja lama (juga shopping mall terkenal). Bos lama memang nak saya pulang ke sana, dan dia kata saya boleh start immediately. Jadi skrg saya rasa taknak buang masa bekerja di tempat baru ni. Tetapi, saya tak pasti apa alasan yg saya nak berikan kepada majikan baru. Dan saya kena bagi notis 2 minggu. Dalam fikiran saya, selepas gaji nanti, saya nak quit tanpa notis. Saya dapat jangkakan gaji saya mgkin hanya separuh kerana, saya mula bekerja di tengah bulan.

    Persoalannya, adakah saya akan kena SAMAN jika saya quit tanpa notis, selepas ambil gaji (setengah bulan, mgkin dalam RM900 shj)??? Saya baru kerja 14/11/16. Dan saya cadang nak quit pada 29/11/16. Atau ada tips apa harus saya lakukan.

    Terima kasih byk2.

    ReplyDelete
  42. saya telah menghantar notis sebulan pada 21 november..bila kah tarikh akhir saya bekerja..pada 20 disember atau 21 disember?terima kasih

    ReplyDelete
  43. salam, sy nk tanya sikit. sy baru 1st time kerja sbgai guru bahasa full time, sy di beri kontrak setahun. dan sy tdk d beritahu yg sy boleh ikat kontrak slama 3-6bulan minimum. gaji yg di beri ialah rm2000 shaja TANPA sbrg faedah atau annual leave kcuali epf n socso. maksudnya bila sy mc beserta surat sah mc drpd kerajaan pun di kira unpaid leave. wajarkah? bila tnya hr dia kata after setahun bru sy akan dpt faedah2 lain sperti annual leave n maternity leave. ada ke law yg mcm tu? lepas tu kalau sy batalkan kontrak sy akan d kenakan denda 4k iaitu 2x gaji. padahal sy tak d beritahu yg sy boleh ikat kontrak minimum 3-6bulan. bila sy start kerja, ramai yg berhenti sbb kontrak habis dah. jd tnggal sy sorang guru fulltime, sy d suruh mengajar semua subjek yg ada (subjek2 pecahan bahasa inggeris in detail) contohnya hari jumaat n sabtu, start drpd masuk smpai waktu last, sy mengajar non stop kecuali rehat sejam. sy rasa tertipu sgt skrg ni, dh mcm salah guna tenaga. apa patut sy buat? kalau kontrak yg mcm ni(means kena bayar denda) bolehkah sy bagi notis berhenti kerja? boleh pakai ke? mintak pendapat apa patut sy buat sbb company tak bg sy apa2 faedah. lepastu dia tak anggap mcm sy permanent, tp ikat dgn kontrak tanpa benefit. ada ke law cmtu? bantu sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai kontrak tersebut, cuba dapatkan salinan kontrak itu dari majikan, teliti mengenai notis berhenti, cuti dan faedah yang terdapat dalam kontrak. Ini perkara yang paling penting anda lakukan terlebih dahulu.

      Mengenai cuti sakit, ia ada tertakluk dalam akta kerja 1955. Sekiranya gaji anda Rm2000 dan ke bawah, anda dilindungi dalam akta ini dan anda berhak untuk cuti sakit berbayar. Cuma, jika anda gaji 2001 dan keatas, anda perlu rujuk terus ke Pejabat Buruh berhampiran untuk maklumat lanjut, kerana ia akan melibatkan kontrak pekerjaan anda. Cadangan saya, bawa kontrak yang anda tandatangani dan bincang dengan pegawai di pejabat buruh ( pejabat tenaga kerja )

      Delete
  44. Salam..
    Sy mendapat tawaran untuk smbung belajar pd 5.1.2017.. sy dh antr notis berhenti kejer pd 19.12.2016 n akan berakhir pd 19.1.2017.. blh ker dlm masa 1 bln itu sy clear kn cuti,al n ambil cuti tanpa gaji sb sy perlu dftr dlm waktu notis 1 bln itu.. tetapi majikan nak tolak gaji saya 2 mgu utk gaji bln 12 sb sy nk dftr pd 5.1.2017..
    Sy xblh tunda waktu daftar sy n gaji utk bln 12 ni sy nk guna utk byr yuran.. blh bantu sy utk sy explain n tidak kena tindakan saman..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan ada hak untuk tolak gaji 2 minggu untuk bulan 12 kerana memenuhi notis berhenti kerja.

      Dalam 1 bulan tu, boleh amik cuti dengan keizinan majikan anda.

      Saman ni agak subjektif, cuba bincang dengan majikan anda jika boleh diselesaikan dengan perbincangan. Sekiranya anda terangkan dengan teliti, mungkin majikan benarkan anda berhenti kerja dengan cara baik.

      Delete
  45. Assalamualikum,

    Saya bekerja sebagai seorang guru dia taska swasta. Saya masih dalam tempoh percubaan (6 bulan). Berdasarkan kontrak, notis perlu diberi 2 minggu jika masih dalam tempoh percubaan. Saya telah menghantar notis pada 21/12/2016. Ini bermakna notis tersebut akan tamat pada 4/1/2017. Sepanjang notis tersebut, saya masih hadir ke kerja. Gaji untuk bulan 12 saya juga telah di'hold'. Persoalannya, adakah saya layak mendapat 'full' gaji bulan 12 saya dan gaji utk tempoh 2 minggu saya berkerja tu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak majikan tiada hak untuk hold gaji anda berdasarkan kontrak yg anda tangani ( anda telah melaksanakan hak anda untuk menghantar notis berhenti 2 minggu dlm tempoh percubaan ). Anda boleh bawa kes ke pejabat burub/JTK sekiranya majikan masih lagi hold gaji bulan 12 dan minggu bekerja bulan 1. Bawa dokumen yg berkaitan untuk perbincangan dgn pegawai pejabat buruh.

      Delete
  46. Assalam..sy nak tnya..sy bru sje kerja dalam 6 hari..tp sy dapati kerja yg baru ini bkn jiwa saya..ofis lama panggil sy balik utk bkerja di sana..di sini sy ingin bertanya..adakah saman akan dikenakna ke atas saya jika saya mengambil tindakan missing in action..sila bantu saya..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus berbincang dengan HR mengenai perkara ini. Bila anda menerangkan masalah anda, selalunya pihak majikan akan lebih faham ttg hasrat anda untuk berhenti

      Delete
  47. Assalamualaikum tumpang tanya jikalau saya memberi notis berhenti pada majikan saya 1 bulan dan saya memberi notis berhenti pada tarikh 1JANUARY 2017 dan tarikh yang ingin dimintak berhenti pada 7FEBRUARY 2017 ada kah gaji saya pada 1 Hingga 7 FEBRUARY akan diberi atau bagai mana .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada awak memperbetulkan notis berhenti itu, ataupun terus beritahu majikan ttg kesilapan notis satu bulan berhenti. Itu cara yg sesuai. Majikan perlu membayar upah anda berdasarkan hari anda bekerja. Jadi perbetulkan notis tersebut.

      Delete
  48. Nak tau info, resign letter boleh ke tak ditulis menggunakan tangan? Dan betul ke hanya diterima oleh majikan jika ditaip menggunakan komputer (microsoft world)... Maaf nak tau sangat sbb saya masih muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resign letter boleh ditulis dengan tangan. Asalkan boleh dibaca. Tiada masalah. Ia adalah satu notis kepada mjikan bahawa anda ingin berhenti kerja.

      Delete
  49. Salam,
    Saya sudah bekerja selama 4 tahun dan status saya adalah pekerja tetap. Sekiranya saya mahu berhenti kerja pada bulan Februari, adakah cuti tahunan saya boleh di tolak penuh atau dikira prorate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti tahunan hanya boleh ditolak penuh dengan keizinan majikan. Notis mengikut kontrak kerja. Jadi terus bincang dgn hr untuk penolakan cuti tahunan.

      Dikilang lama sy bekerja, notis adalah mengikut terma kontrak, tapi cuti tahunan dihabiskn dlm waktu notis berhenti

      Delete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Salam, sy telah mula bkerja d syrkt swasta pd 19dec 2016 (tarikh lapor diri dlm LO) tapi dsebabkan mslh utk mjaga ahli kluarga yg sdg sakit serta sy tdk dpt menumpukan phatian pd pkerjaan, sy telah MIA pd 5jan sehingga skrg. sy ade dpt pggln dr syrkt tsebut, tp sy tak pernah angkt. pkerjaan sy kontrak 6bulan. soalan sy, apa yg perlu sy lakukan skrg..apa tindakan yg mungkin akan dikenakan kpd sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan dari segi perundangan adalah saman notis berhenti. Cuma ia mengikut budi bicara majikan jika ingin mengambil tindakn.

      Delete
    2. Tindakan dari segi perundangan adalah saman notis berhenti. Cuma ia mengikut budi bicara majikan jika ingin mengambil tindakn.

      Delete
  52. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  53. Salam. Sy ingin mendapat kepastian, sy sudah bekerja di syarikat minyak yang agak ternama di malaysia selama 5 tahun,sekiranye sy ingin berhenti sy perlu memberi 3 bulan notis. Tetapi sy sesungguhnya dengan alasan yang agak personal sememangnya terpaksa berhenti dan tidak sempat untuk memberi notis selama 1 bulan pun,bolehkah jika sy berunding dengan boss sy dan hr utk melepaskan sy keluar dengan hanya memberi notis berhenti 24jam diatas sebab2 yang tak dapat sy elakkan. Adakah syarikat sy tidak akan melepaskan sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is berkaitan berhenti kerja, jadi HR akan terlibat dalam memberi kata putus. Jika ia melibatkan prestasi\perpindahan tempat kerja anda ia berkaitan dengan bos anda. Mengikut perjanjian notis 3 bulan seperti tertera dalam kontrak kerja. Jika anda ingin berhenti secara 24 jam, perbincangan dgn hr adalah dari segi pengurangan jumlah yg perlu dibayar kepada syarikat 3xbulan gaji. Ini kerana, anda telah melanggar perjanjian kerja dgn syarikat jika berhenti 24 jam.

      Mungkin anda boleh berbincang untuk cuti tanpa gaji untuk menyelesaikan masalah anda.

      Delete
  54. Salam. Saya nak tanya. Saya pekerja kontrak dimana kontrak saya akan direnew setiap tahun. persoalannya, kontrak pada 2017 masih tidak dapat lagi dan saya masih bekerja seperti biasa. Jika saya mahu berhenti, adakah saya perlu mengikut tempoh notis seperti yg dinyatakan di dalam kontrak yg lalu?

    ReplyDelete
  55. Bagaimana pula ttg bonus....adakah pekerja bhak menuntut jika bonusnya d potong dgn alasan kerja tdk memuaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonus adalah hak majikan. Tiada tuntutan yang boleh dibuat dengan mana2 pihak kecuali dengan majikan anda. Mungkin anda perlu mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut.

      Delete
  56. Salam..sy perlukan pdpt n pgesahan sbb serabut sgt2 skg...sy ex staff hosp swasta..sy hntar notis 24 jam ats alasan utk pursue career 3 hari slps dpt gaji utk bulan Jan...then,3 mgu slps tu sy dpt surat dr pihak HR yg menyatakan sy perlu byr RM4750 dlm mse 2 mgu sbb saya sepatutnya kne gantar notis utk 3 bulan...ehh dari situ sy dh keliru..waktu sy dpt appointment position letter time report duty tertulus notis 2 bulan or 2 bulan salary in lieu..adakah appoinment position letter tu dikira surat kontrak ? Mohon pencerahan....then saya pun email semula pihak HR..Dia ckp ohh kami terlupa nk inform yg start Jan 2017 policy terbaru semua staf kena hantar notis 3 bulan...atas budi baik bucara pihak atasan...saya hny perlu byr balik RM3150 pd 28.2.17 ni...Jadi...adakah saya perlu byr jumlah itu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan pihak hospital tidak salah apabila mengkhendaki anda membayar jumlah yg tertera dlm kontrak yg ditandatangani.

      Mengenai pemabayaran balik jumlah notis berhenti, anda boleh merujuk terus ke pejabat buruh untuk perbincangan dari segi tempoh masa untuk pembayaran. Disana, anda boleh berbincang dengan pihak majikan anda bersama pihak pejabat buruh, agar tiada berat sebelah berlaku. Contact pejabat buruh dan terangkan masalah anda, mereka boelh membantu dari segi nasihat, perbincangan dgn majikan dan undang2.

      Delete
    2. Ok tq...Adakah appointment position letter dikira surat kontrak ??

      Delete
  57. apointment letter adaah satu pengesahan yang anda bekerja disana. Tempoh notis untuk berhenti adalah perjanjian anda dengan majikan yg terdpat dalm surat tersebut.

    ReplyDelete
  58. Salam.nak tanya.notis sebulan tue adakah bermaksud kita kena kerja 30 hari? Dalam sebulan ada 8 hari cuti sabtu dan ahad.adakah tak termasuk dalam 30 hari bekerja? Jika notis saya bermula 21hb Feb 2017, bila tarikh akhir saya bekerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika notis adalah 21hb, tarikh akhir bekerja adalah 24 March 2017. Notis 30 hari adalah termaksud cuti,dan bukan bermaksud notis 30 hari bekerja.

      Delete
  59. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis adalah pemberitahuan kepada majikan bahawa anda akan berhenti kerja. 2 minggu termaksud hari bercuti.

      Delete
  60. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  61. Salam..sy nak tanya..sy dah bkrja dlm 5 bulan..msih dlm percubaan..seingat sy dlm offer letter mngatakn klau nk berhnti kena bagi notis 1 bln..tpi skrng ni majikan sy ckp klau nk berhenti kena bagi 3 bln notis dan byar 3 bln gaji..sy ada mnta salinan offer letter tu tpi majikan sy ckp nnti dia cari sbb dia pun x thu dia smpan kat mana..mcm mna ye..mmg sya kena byar 3 bln gaji jgak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm dengan pihak majikan dan offer letter. Jika tidak dinyatakan dengan jelas, 1 bulan notis.

      Delete
  62. Salam sejahtera
    Saya nak tanya sikit.
    Macam mana sekiranya seseorang pekerja tiba-tiba berhenti kerja dan mengatakan kepada majikan tak perlu bayar gaji walaupun pekerja itu sudah bekerja selama 12 hari atau 18 hari.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  63. Salam Tuan, saya baru sahaja dapat permanent job dekat satu syarikat swasta. Walau bagaimanapun. Setelah sebulan bekerja saya dapati saya tidak begitu sesuai dengan skop kerja yang diberikan di mana kadang ia membuatkan saya tertekan.

    Persoalan saya. Bolehkah saya membuat notis berhenti bekerja walaupun saya masih baru bekerja di syarikat tersebut dengan memberikan sebab di atas kepada majikan? Terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notis berhenti adalah pemberitahuan kepada majikan anda ingin berhenti. Boleh beri notis seperti biasa.

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. assalamualaikum, saya ingin brtanya, jika sy ingin berhenti kerja pada 31 march ini? dgn notis 24 jam, memandang kn contrak sy hbis pada pada 31 march ini juga, tetapi HR memaklum kn pada saya yg contrak saya sudah renew, dn hr bgy tau klu nk reject kontrak kne sblan awal melalui surat yg sy nk reject kontrak, tpi sy tetap nk resign pada 31 marcch 2017 ini, adkah sy ptut dikena kn tindakan? mohon penjelasan .. stk

    ReplyDelete
  66. Salam sy nak tanya. Sy belum diconfirmkan lagi dgn majikan sy. Sy dah kerja 4 bulan. Wktu sy masuk kerja dlu majikan takde bg apa2 surat tawaran atau apa2 dokumen pon. Memandangkan sy belum confirm lagi, jadi nak letak notis 24jam dgn alasan company dah takde job then majikan tak nak bayar full basic. Jd persoalan sy kalau sy nak letak notis 24jam adakah majikan blh saman ? Sebab sy kerja di situ takde sign apa2 dokumen pun.

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. salam, macam mana pula kalau majikan x terima notis...atau da terima notis tapi bila dah sampai tarikh berhenti dia kata x terima notis(kononnya x terima) pastu nak dakwa saya kerana berhenti tanpa notis walaupun da bagi 2 bulan lepas. kira kes bos nak manipulate la.terima kasih

    ReplyDelete
  69. Salam. Saya baru dua bulan berkerja tetapi berhasrat utk berhenti kerana alasan tertentu.Selama berkerja saya tiada sign apa apa dokumen atau contract. Apa yg saya boleh lakukan jika majikan tidak terima notis sy dgn alasan tidk boleh berhenti dan myuruh utk kembalikan gaji yg tlh diberikan jika mahu bhnti?? Harap dapat membantu. 😔

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  71. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  72. salam... saya nak tanya... saya sudah bekerja selama 2 tahun setengah.. klu resign.. saya kna hantar notis 2 bulan.. tetapi notis saya x sampi 2 bulan dan saya kena bayar sebanyak sebulan gaji... gaji masuk seperti biasa.. tetapi hr minta saya masukkan bayaran notis ke dalam akaun personal (akaun pengurus hr)..
    di sini saya ada keraguan knp kena masuk dlm akaun personal.. klu saya x bayar... hr boleh saman saya tak.. alasan saya tak nak bayar adalah kerana menggunakan akaun personL... bukan akaun. syarikat.. disini mcm ada ketirisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai notis, pihak majikan boleh membawa kes ke pejabat buruh dan mengenakan saman ke atas anda. Cuma, ia mengambil masa kerana majikan perlu membawa kes ke pejabat buruh dahulu, dan barulah sesi perbincangan diatara majikan dan anda bermula.

      Dari situ, mungkin anda boleh meminta pengurangan berdasarkan perbincangan yg dilakukan.

      Delete
  73. Assalamualaikum. Sy bekerja di sbuah company swasta selama lebih dr 2 tahun. Saya mahu berhenti pada akhir bulan 7 dan perlu beri notis berhenti sebulan awal. Soalan di sini, jika sy berhenti ikut prosedur yg ditetapkan, adakah gaji yg untuk bulan 7 akan disekat? Atau bonus yg telah diterima semasa raya akan diambil semula? Sy ingin berhenti kerana majikan menyalahgunakan kuasa. Memberi kerja yg bukan dlm bidang saya tanpa tanpa menaikkan gaji. Tetapi sy mahu menunggu bonus dahulu. Apa pendapat yg sesuai? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonus adalah hak majikan anda. Cuma, jika anda berhenti mengikut prosedur, dan anda jugak mempunyai salinan surat berhenti sebagai bukti, maka tiada masalah. Sekiranya gaji anda disekat, anda boleh berbincang dengan majikan mengenai isu tersebut, atau ke pejabat buruh.

      Delete
  74. Assalamualaikum, saya ada 1 soalan, jika staf telah terima offer letter dan tertulis untuk meletakkan notis berhenti 1 bulan tetapi staf tidak terima confirm letter lagi, perlukah staf mengikut tempoh notis sebulan tersebut atau bolehkah notis 24jam sahaja? terima kasih.

    ReplyDelete
  75. Assalammualaikum.
    Tuan bagaimana hak seorang pekerja jika semasa masuk bekerja tidak diberi apa2 kontrak dan cuma diterangkan tentang cuti sahaja.

    Bolehkan majikan ambik tindakan dengan memotong gaji pekerja yang berhenti dalam masa 24 jam dengan notis.

    Langsung tiada diminta tandatangan apa2 kontrak atau surat.

    Alasan berhenti kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

    ReplyDelete
  76. Assalammualaikum.
    Tuan bagaimana hak seorang pekerja jika semasa masuk bekerja tidak diberi apa2 kontrak dan cuma diterangkan tentang cuti sahaja.

    Bolehkan majikan ambik tindakan dengan memotong gaji pekerja yang berhenti dalam masa 24 jam dengan notis.

    Langsung tiada diminta tandatangan apa2 kontrak atau surat.

    Alasan berhenti kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Confirm dengan pihak majikan dahulu. Jika tidak dinyatakan dengan jelas, 1 bulan notis. Ia telah dinyatakann dlm undang2 buruh.

      Delete
  77. salam. sy ingin bertanya, majikan sebelum ini tidak mmberikan apa2 'offer letter' utk sy sign dan sy dah tye hr utk berhenti 24jam.

    hr kata boleh dan gaji akan diberikan juga sbb tiada 'offer letter'. masalah mula timbul apabila hari utk dpt gaji sepatutnya dan bos xnak sign gaji sy.

    apa patut sy lakukan utk dapatkan gaji sy tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu sebegini apabila melibatkan janji mulut agak susah kerana tiada perjanjian bertulis.
      Selalunya apbila tiada surat offer leter, anda masih dianggap bekerja jika anda dtg punch card dan ada rekod kedatangan ke tempat anda bekerja.

      Cuma bila berhenti kerja, tuntutan gji perlu di dirujuk ke pejabat buruh kerna ia melibatkan budi bicara majikan.

      Delete
  78. notice tempat kerja 2 bulan, sy mendapat tawaran kerja lain yg memerlukan saya start kerja sebulan awal, sy minta bos untuk release saya awal tpi x di luluskan ..boleh tak sy kerja sebulan lagi dan lagi sebulan sy missing in action..kerja baru menawarkan lebih dri apa yg sy ada sebelum ni, sy x boleh nak lepas kan peluang ni..dalam waktu yg sama sy takut mereka saman sy, tpi mengikut pengalaman staff lain yg dah resign, mereka tak pernah pun saman.sb kos saman adalah tinggi dari bayaran gaji sy..Minta pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko ada untuk notis tuntutan gaji 1 bulan jika pihak majikan ingin menuntut dari anda.

      Delete
  79. Assalamaualaikum...saya nak tanya...kalau saya bagi notis 24 jam..contoh saya bagi notis tu pada 7/7/2017...dan saya terus berhenti..pihak majikan akan sekat gaji kita bulan 7 tu sahaja kan?masalah saya skarang ni...bulan 5 dan 6 masih ada baki gaji saya yang dia tidak bayar..tapi bila saya tuntut..dia kata dia akan bayar separuh gaji saya...saya cakap lah kenapa bayar separuh...sepatut nye dia sekat gaji bulan 7 sahaja..kenapa libat kan gaji yang lain...sampai sekarang masalah saya tak selesai lagi...apa yang patut saya buat...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu sebegini perlu dirujuknterus ke pihak pejabat buruh kerana ia melibatkan gaji tertunggak, notis berhenti 24jam, dan jumlah gaji yg perlu dibayar. Perbincangan antara anda dan majikan di pejabat burh yg disertai pihak pegawai JTK akan memudahkan anda berbincang berbanding berjumpa terus dgn majikan. Pihak JTK akan menasihati anda dari segi undang2 yg terpakai untuk isu sebegini.

      Delete
  80. Salam. Mohon pencerahan.
    Saya telah menghantar notis berhenti kerja selama 7 hari kepada majikan. Mengikut kontrak, notis 7 hari diperlukan kerana sy masih dalam tempoh probationary. Majikan menerima surat tersebut tetapi meminta sy untuk memberitahu pada majikan baru untuk postponed joining date sy di sana sehingga dia dapat pengganti. Permasalahan sy telah sign offer letter dan perlu start bekerja dua minggu dari sekarang. Bolehkah majikan lama menahan sy dari berhenti? Bolehkan dia mengambil tindakan ke atas sy selepas notis 7 hari atas alasan perlu mencari pengganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai persoalan yg diajukan, tiada masalah. Anda telah mengikut kontrak yg dinyatakan. Simpan salinan kontrak dan surat berhenti sebagai rujukan jika ada masalah yg berlaku pada masa depan.

      Beritahu kepada majikan bahawa anda telah sign offer untuk bekerja disana secepat mungkin.

      Delete
    2. Sy patut terima gaji bulan Julai pada 27hb, tetapi majikan memberitahu yang mereka terpaksa hold gaji saya sehingga dapat jumpa pengganti jawatan saya. Bolehkah majikan berbuat demikian? Seharusnya hari ini merupakan hari terakhir saya di sini tetapi majikan meminta saya untuk menunggu sehingga ada pengganti dan meminta majikan baru postponed tarikh mula bekerja saya di sana .

      Mohon pencerahan. Terima kasih.

      Delete
  81. Sebenarnya majikan tidak boleh hold gaji/upah tanpa alasan yang kukuh. Boleh rujuk dengan pejabat buruh berhampiran, bawa sekali salinan kontrak/surat berhenti umtuk rujukan pegawai jtk.

    Contact pegawai JTK berhampiran untuk temujanji.

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum . Saya ingin bertanya . Pada 27.06.2017 sya telah menghantar notis berhenti kerja sebulan dengan tarikh akhir bekerja pada 31.07.2017 , cuti tahunan sya masih berbaki 8 hari setengah , sya bertanya kepada supervisor bolehkah sya menghabiskan cuti tahunan saya , dia jawab , klau tak habis tak apa , nanti akan dibayar . gaji telah masuk hari ini , sya dapati gaji itu tidak termasuk dngn duit cuti tahunan yg akan dbyar sperti djnjikan . Bolehkan sya mengambil tindakan akan hal ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya tiada surat bertulis, susah untuk membuktikannya/tindakam. Mengikut norma biasa, cuti tahunan akan burn sekiranya tidak diambil.

      Mngkin anda boleh menghubungi supervisor dan HR untuk maklumat lanjut. Itu sahaja cara yg paling sesuai.

      Delete
  83. Salam. sy nak tany. sy baru berkerja selama dua bulan. belum confirm staff lg. tp sy tak suka bekerja disni memandangkan selalu balik tgh lewat malam, gaji pun sikit. tempat keje dan rumah sy pulak sgt sunyi. sy tinggal seorg. tp sy ade kontrak setahun. dan dgrnye kalau berhenti tk sampai setahun kena bayar penalty. apa perlu sy buat utk berhenti? buntu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lamabt reply. Kena rujuk surat kontrak yg di tandatangan. Cuba baca kembali perjanjian tersebut. Sekiranya tiada, boleh terus berhubung dgn pihak Hr/majikan.

      Selalunya, terdapat 2 pengertian, iaitu tempoh percubaan dan permanent. Penalty akan tertulis didalam kontrak tersebut. Pastikan semua jelas, sebelum membuat keputusan. Tiada pihak yg dapat menghalang anda dari berhenti, cuma pastikan anda mengikut undang2 semasa berhenti agar tiada tindakan yg dapat diambil terhadap anda.

      Delete
  84. asslm tuan.
    sy nak tanye, sy hantar notis sebulan berhenti kerja pd 3 ogos & bilakah tarikh akhir sy bekerja?
    dalam tempoh sebulan notis, sy ada mc 3 hari. boleh ke mcm tu atau sy perlu ganti mc 3 hari tu dgn bekerja?
    tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya state 1 bulan, tarikh adalah 3 september. notis berhenti adalah pemberitahuan untuk berhenti kerja pd majikan. kerja adalah seperti biasa. tidak perlu ganti mc.

      Delete
  85. Salam, sy nak tnya.. sy baru saja bekerja selama 3 hari. Dan sy membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memberi notis 24jam. Sy tak tahan dengan sikap bos dan staff yg merokok dalam pejabat. Adakah sy perlu membayar gaji 1 bln sebagai pengganti notis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu, selagi tiada surat atau arahan dari pejabat buruh.

      Delete
  86. salam.. saya ingin bertanya, bolehkah saya memberi notis berhenti

    24 jam selepas mendapat gaji pertama? untuk pengetahuan tuan, saya

    mula bekerja dalam pertengahan bulan dan bercadang untuk berhenti

    dalam hujung bulan ini atas sebab-sebab tertentu.. perkiraan gaji

    pula berdasarkan jumlah jam berkerja.. adakah saya akan dikenakan

    sebarang tindakan/saman jika memberi notis berhenti 24jam selepas

    mendapat gaji pada bulan ini? harap dapat penjelasan dari tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai notis berhenti 24jam, sebenarnya lebih banyak kepada perbincangan dan kelulusan dari majikan. Risiko untuk berdepan tindakan notis 1bulan masih ada. Cuba risik rakan2 anda yang bekerja sekali, ada kah mana2 staf dikenakan tindakan sebelum ini.

      Cuma lebih baik terus berbincang dengan majikan, dan terangkan masalah yang anda hadapi, dan yakinkan bahawa anda tidak sesuai bekerja disitu. Selalunya, majikan akan bertimbang rasa kerana tempoh anda bekerja kurang dari sebulan. Semoga dapat membantu.

      Delete
  87. Salam, saya ingin bertanya. Saya telah berkerja di sebuah kilang ubat sela 3 hari setengah. Saya juga telah memberikan notis 24 jam kepada manager saya. Setelah sebulan surat sampai di rumah menyatakan saya harus membayar tuntutan gaji sebanyak RM1800.00. Saya tidak mampu untuk membayar kerana belum mempunyai pekerjaan dan masa yang diberikan terlalu singkat.

    Soalan saya, adakah kemungkinan majikan akan melaporkan perkara ini ke pejabat buruh? Apakah tindakan yg akan dikenakan jika perkara ini dibawa ke pejabat buruh.

    Ini pengalaman pertama saya pekerja, jadi banyak yg saya tidak tahu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila majikan menghantar surat notis tuntutan. Maka, tindakan yang anda boleh lakukan adalah dengan merujuk perkara ini dipejabat buruh. dan berbincang mengenai penyelesaian yang terbaik.

      Dapatkan pandangan pihak pejabat buruh dan cuba pastikan anda mempunyai fakta yang boleh digunakan seperti tidak berkemampuan untuk membayar atau pengurangan tuntutan. Selepas itu, pihak pejabat buruh selalunya akan memanggil pihak majikan untuk sesi perbincangan dengan anda dimana pihak pejabat buruh adalah sebgai orang tengah.

      Dalam keadaan begini, terus rujuk pejabat buruh untuk tindakan susulan. Kerana, apabila ia melibatkan notis tuntutan, ia berlaku apabila kita telah melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani. Pejabat buruh berperanan sebgai one stop centre untuk memberi nasihat dari segi undang2 buruh yang terpakai dlm kes2.

      Delete
  88. Salam, sy nak minta pendapat..sy bekerja di sebuah company dimana majikan memaksa sy menggunakan kenderaan sy utk mengangkut barang berat setiap minggu..kebetulan kereta sy rosak dan sy bgtahu majikan yg sy tiada kenderaan..tapi majikan push sy yg sy kena ada kenderaan jugak utk angkut barang..sy tak tahu nak buat apa then sy bagi notis berhenti 2 minggu..tapi belum cukup 2 mnggu sy decide utk bagi notis 24 jam..tapi majikan ugut utk ambil tindakan..apa yg patut sy buat yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu gunakan kereta anda, dan itu hak anda untuk tidak menggunakannya. Guna hak anda sebagai pekerja, majikan tiada hak untuk menggunakan harta pekerja tanpa izin.

      Majikan boleh ambil tindakan sekiranya tidak cukup notis berhenti berdasarkan kontrak dan akta kerja yang anda.

      Hanya tunggu hingga notis anda tamat, dan pastikan anda tidak menggunakan kenderaan anda untuk menggankut barang. Anda ada hak sebagai pekerja.

      Delete
  89. Salam, saya nak tanya bolehkah saya tandatangan surat tawaran kerja dengan syarikat baru sedangkan saya masih bekerja di syarikat sekarang. Surat perletakkan jawatan saya dah berikan terlebih dahulu kepada syarikat sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh,.Pastikan tarikh anda bekerja disyarikat baru bermula selepas tarikh akhir anda berhenti disyarikat lama anda.

      Delete
  90. Salam...saya kerja operator selama 2 bulan lebih dan sekiranya nak berhnti notis seminggu kerana xsampai 3 blan...dan kilang gunakan cutoff pada 15 haribulan....saya hantar notis pada 1 ogos dan berhenti pada 15 kerana cutoff dan gaji dikira sebulan...tetapi gaji saya ditolak kerana kilang mengatakn xckop 1 bulan so start 16-31 gaji saya ditolak bulan ogos...bolehkan begitu???apkh tndkan yg perlu saya buat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila majikan membuat caruman dan potongan kwsp/sosco, masa sebulan akan digunakan untuk bulan tersebut. Cut off selalunya digunakan untuk Overtime hours supaya pengiraan mudah dilakukan oleh pihak HR. Mungkin terdapat perbezaan antara syarikat. Perlu rujuk buku panduan kerja syarikat/kontrak, kerana disitu terletak waktu pengiraan hari yang dipersetujui.

      Delete
  91. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  92. Salam,

    Saya nak tanya. Saya baru sahaja bekerja selama 2 hari kerana saya rasa tak sesuai dgn position saya.

    Saya kena buat accounting sedangkan saya tak ada basic account. Dan pihak syarikat juga tidak memberi kan latihan dan tunjuk ajar.

    Jadi di sini saya ingin bertanya. Adakah saya akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya saya berhenti tanpa notis sebulan. Ini kerana saya belum tandatangan offer letter, jd saya ingin tahu kemungkinannya. Kerana saya dgr ura ura pihak syarikat akan membawa perkara ini ke jabatan buruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya anda telah bekerja, dan tidak memberikan notis, ada risiko dikenakan tindakan notis berhenti.

      Cara mudah adalah, terus berjumpa dengan majikan/hr, dan nyatakan ttg hasrat anda untuk berhenti atau ditukarkan department. Selalunya, tiada masalah kerana anda masih lagi baru mula kerja. Selalunya, majikan akan memahami jika anda berbincang terus dengan mereka. Buat keputusan dengan berbincang dahulu.

      Delete
  93. Apakah yg perlu saya lakukan jika majikan tidak membenarkan saya untuk berhenti dalam tempoh 24 jam. Sedangkan saya mmg tidak mampu menggalas jawatan yg diberikan.

    Ini kerana semasa tawaran, mereka hanya menyatakan jawatan sebagai data entry clerk. Tetapi setelah bekerja saya dapati saya menggantikan bahagian admin & account assistant.

    Setakat ini juga saya belum menandatangani apa2 surat perjanjian dan rekod kehadiran harian jugak tidak diambil. Jika mereka membawa perkara ini ke pejabat buruh, adakah saya boleh menggunakan fakta bahawa tiada rekod menyatakan saya bekerja di syarikat tersebut?

    ReplyDelete
  94. salam.pada tarikh 29/8 sy terima msg dr hr berbunyi 'tak datang dua hari.kalau tak datang malam ni u kene buang'kebetulan masa tu mmg sy sakit.sy sudah inform pd leader sblm hr msg sy mcm tu.then i anggap la i dh diterminate .smlm hr hntr msg kata nk saman sbb i smnggu xdtg slpas die msg tu..apa i patut buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya anda ada surat mc, maka jika dikenakan saman tuntutan nots, anda boleh terus berbincang dgn majikan. Apabila ada arahan dari pejabat buruh, barulah anda perlu bayar, jika tiada arahan, tidak perlu.

      Delete
  95. Salam tuan,tumpg tnya klau sya hntar notis 24jam,tp gji sudah msok,adakah saya perlu membyar semula gaji tu kpd syarikat?jika saya xbyar adakah saya akan disenaraihitamkn?sya telah dapat tawaran dari kerajaan,adakah apa2 kesan kepada kerja sya di kerajaan sekiranya tidak membayar balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu. Namun risiko dikenakan tuntutan notis berhenti masih ada. Tiada rekod dari pihak buruh yg akan disimpan.

      Delete
  96. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya dah hantar notis 30 hari utk resign. Tarikh saya hantar notis adlh pd 11 Sept 2017. Dan akhir terakhir sy bekerja adalah pd 10 Okt 2017. Sekarang, sy ada baki lagi 8 hari bekerja untuk habiskan notis. Bolehkah sy ambil cuti 8 hari terus. Dan sekiranya cuti sy itu di reject oleh hr dan saya terus berhenti tanpa menghabiskan notis berbaki 8 hari lagi, adakah saya perlu membayar notis berbaki 8 hari lagi itu atau saya kena byr notis 1 bulan juga? Mohon pencerahan encik. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya notis telah diberikan, maka tuntutan notis berhenti tidak akan terjadi. Namun, sekiranya HR tidak membenarkan cuti dihabiskan, cuti adalah burn. Namun, perbincangan diperlukan dgn budi bicara pihak majikan memgenai permohonan citi.

      Delete
    2. Terima kasih banyak-banyak encik atas penjelasan diberikan. Much appreciated.

      Delete
  97. assalamualaikum...

    sy kerja di sbuah universiti, taraf kontrak dn br bekerja sebulan...bolehkah sy mghantar notis 24jam kerana sy mempunyai masalah peribadi...mengikut kontrak notis bhenti adalah satu bulan...jika disaman, adkah jumlah gaji pokok ataupn skali dgn elaun y perlu dibayar? bolehkah sy hnya memberi notis 24jam dan terus tidak menghadirkn diri dn hnya menunggu notis saman smpai dirumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko untuk dikenakan saman tuntutan notis 1 bulan amat tinggi. Gaji pokok sepertimana tertulis didalam kontrak.

      Delete
  98. Rekod kehadiran adalah penting. Namun, jika tiada sebarang rekod, maka peluang anda umtuk membuktikan bahawa kontrak pekerjaan tidak wujud.

    ReplyDelete
  99. Assalam..

    1. Bolehkah seorang pekerja menghantar notis melalui email sahaja?
    2. Pekerja tersebut tidak hadir lebih 3hari berturut2 dan majikan layak memberhentikan serta merta kan..tapi selepas tarikh dr 3hari tersebut pekerja menghantar notis berhenti? adakah itu diterima pakai?
    3. pekerja menghantar notis berhenti sebulan dan pada masa yg sama cuti tanpa gaju selama sebulan dgn anggapan beliau tidak perlu membayar semula gaji sebulan atau majikan tak perlu bayar gaji beliau sedangkan dia dah tak hadir 3 hari berturut2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Sekiranya majikan tidak terima, maka notis berhenti boleh dikatakan tidak terjadi kerana tiada saksi/rekod. Ini kerana sesetengah email server company ada spam remover yg akan menyekat email tidak berkaitan.
      2. Setelah terjadi perlanggaran kontrak, notis tersebut tidak terpakai. Notis tuntutan mungkin blh terjadi.
      3. Apabila memohon cuti, perlu kelulusan majikan. Tanpa kelulusan majikan, boleh dianggap tidak hadir bekerja dan melanggar kontrak perjanjian. Rujuk surat perjanjian yg ditandatangani atau akta kerja sekiranya gaji pokok dibawah rm2,000.

      Delete
  100. Salam. Saya nak tanya. Saya masih dlm tempoh probation, notis berhenti mengikut offer letter adalah 7 hari. Tp pada hari keenam sy berhenti 24 jam.
    Sy telah terima surat saman untuk bayar 7hari notis. Tetapi sy dah bekerja selama 6 hari. Tidak boleh ke kontra dengan hari yang saya dah bekerja?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat sedikit reply. Ia berkaitan kontrak yang ditandatangani. Bawa isu itu ke pejabat buruh untuk nasihat undang2. Apabila anda telah melanggar kontrak yang ditandatangani, maka majikan ada hak menuntut bayaran notis berhenti. Cuma boleh kah 6 hari dikira sebagai upah untuk hari bekerja perlu dijelaskan oleh pegawai di pejabat buruh.

      Delete
  101. Salam..hi saya nk tanya saya nk brenti kerja pada bulan 12.maknanya 1 bulan notis 1.12.2017-31.12.2017..tapi 1.12.2017 tu cuti umum..tetap di kira ke?setiap tahun saya akan dapat bonus tetapi dbahagikan separuh bulan 6 dan 12..adakah saya tetap akan dapat bonus tu sedangkan saya nk resign hujung bulan 12?thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai, notis berhenti, ia dikira berdasarkan hari, Jadi tiada masalah. Mengenai bonus, ia hak majikan jika ingin memberi. Tiada undang2 berkaitan bonus ini kerana ia berdasarkan budi bicara majikan sendiri.

      Delete
  102. assalamualaikum.. saya bekerja dengan sebuah syarikat selama 1 tahun 4 bulan.. saya telah disahkan jawatan sebagai permanent staff melalui 1 surat drpd majikan..walaubagaimanapun di dalam surat tawaran bekerja (LO) semasa mula bekerja tidak dinyatakan langsung mengenai notis perletakan jawatan samada perlu 1 bulan notis atau 3 bulan..walaubagaimanapun,rakan rakan di tempat kerja mengatakan kebiasaan staff di syarikat ini perlu memberi notis berhenti 3 bulan.. bolehkah saya memberi notis berhenti selama 1 bulan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kontrak2, jika tidak jelas, perlu rujuk terus ke handbook employee . Disitu akan tertulis, jika tidak tertulis, maka anda boleh merujuk kepada akta kerja, untuk gaji bawah RM2000.

      Delete
    2. sekiranya ada di dalam handbook. adakah saya perlu memberi notis 3 bulan? adalah tidak adil untuk saya kerana saya langsung tidak dimaklumkan mengenai itu. bagaimana pula dengan gaji atas 2000 (2000-3000)

      Delete
    3. Untuk notis berhenti kerja bagi gaji RM2000 dan keatas, akta kerja 1955 tidak terpakai, (Akta kerja 1955 menyatakan jika anda bekerja kurang dalam 2 tahun dan gaji dibawah RM2000, notis adalah 4 minggu.)

      Untuk gaji RM2000 dan keatas anda perlu merujuk kepada kontrak yang ditandatangani antara majikan dan anda. Dalam mana2 industri, sekiranay tidak tertulis sejara jelas, kebanyakkan akan merujuk kepada notis berhenti dalam employee of handbook atau notis yg dikeluarkan HR.

      Jika ada masalah mengenai notis, boleh terus berhubung dengan HR.

      Delete
  103. Assalamualaikum . Saya sudah bekerja selama 7 bulan di sebuah kilang dan sudah pun disahkan jawatan . Mengikut offer letter yang diberikan jika saya ingin resign saya harus memberi 2 bulan notis . Masalah sekarang ialah , saya ada mendapat tawaran kerja baru dan majikan baru menyuruh saya melapor diri lebih awal dari tarikh notis . Alasanya , tempoh 2 bulan agak lama . Soalan saya .. bolehkah sy hanya bg notis 1 bulan sahaja atau notis 24 jam ? Atau adakah saya akan dikenakan saman atau saya harus membayar gaji saya tu ? saya amat buntu memikirkan hal ni . Memandangkan tawaran kerja yg baru su dapat ini ialah kerja yg sy impikan selama ni . Tak mudah untuk saya lepaskan begitu sahaja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya ia berlaku pada setiap pekerja kerana mendapat tawaran yang lebih baik. Cuma mengikut undang2, majikan ada hak untuk menuntut notis berhenti dari anda jika anda berhenti tanpa mengikut kontrak ditandatangani. Sekiranya anda berhenti, cuma pastikan anda bersedia dari segi kewangan, kerana majikan blh terus menuntut dari anda atau mengikut pejabat buruh jika mereka ingin mengambil tindakan.

      Kontrak telah ditandatangani dan dipersetujui oleh dua pihak. Mana2 pihak boleh menuntut jika salah satu pihak melanggar kontrak tersebut.

      Delete
  104. Assalamualaikum.
    1. Boleh ke kalau kita bagi notis 1 bulan (31 november) dan amik unpaid leave selama 1 bulan dari tarikh 1 disember

    2. Kalau berhenti tempoh 24 jam, ), dan daat surat HR untuk bayar gaji sebulan, kalau tak bayar, ada tindakan akan diambil ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummasalam
      Untuk soalan pertama, dengan keizinan majikan. Jika tiada keizininan, dianggap tidak hadir bekerja, dan sekiranya lebih 3 hari berturut, notis berhenti boleh dikeluarkan kerana melanggar kontrak perjanjian.

      Untuk soalan 2,
      Buat permulaan, boleh rujuk kes ke pihak pejabat buruh. Ini kerana urusan claim, notis tuntutan boleh dikendalikan oleh pegawai buruh mengenai jumlah masa tempoh pembayaran. Jika arahan untuk bayar di kenakan oleh pihak pejabat buruh, barulah tindakan mahkamah akan diambil. Rujuk pejabat buruh untuk undang2 berkaitan.

      Delete
  105. Saya mula bekerja pada 7.8.2017 dan mendapat offer of letter pada 23.10.2017. Tertulis di dalam surat itu, saya perlu memberi Notis Berhenti Kerja selama 3 bulan.

    Masuk bulan ke 4 (Nov) saya bekerja, saya memutuskan untuk bhenti kerja by giving 1 month notice sahaja kerana mendapat tawaran kerja yang baru . Notis suda saya serahkan kepada majikan pada 1.11.2017.

    Saya belum menerima/menandatangani apa2 surat pengesahan jawatan selain letter of offer.

    Saya juga mendapat tahu bahawa Notis berhenti kerja setiap pekerja adalah berlainan. Pekerja2 yg baru masuk sebelum saya hanya perlu tender 1 bulan notis . Manakala saya perlu tender 3 bulan notis.

    1) Adakah tempoh notis terpulang @ ditentukan sesuka hati oleh pihak majikan atau ada peraturan khas yg majikan harus patuhi?

    2) Adakah majikan akan mengambil apa2 tindakan ke atas saya kerana tidak memenuhi 3 bulan notis ?

    Terimakasih.

    Terima Kasih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk gaji rm2000 dan ke atas, notis berhenti perlu merujuk kepada offer letter. Ini kerana akta pekerja 1995 ttg notis berhenti membabitkan gaji rm2000 dan kebawah .

      Setiap pekerja mempunyai kontrak yg berlainan. Disebabkan itulah, perbincangan dilakukan semasa mendapat offer letter. Notis bergntung kepada persetujuan pekerja dan majikan. Tiada peraturan khusus untuk notis berhenti untuk gji rm2000 ke atas, sekiranya kita bersetuju dgn kontrak yg tertulis.

      Majikan boleh mengambil tindakan dari segi menuntut baki notis. Perbincangan secara bertulis diperlukan, ini kerana anda tidak menyedari mengenai notis berhenti didalam offer letter berkenaan. Sekiranya anda telah menandatangani offer leter, ini bermakna anda bersetuju dgn kontrak tersebut.

      Delete
  106. Salam
    Saya baru bekerja dlm 3 bulan dan belum disahkan dan masih dlm tempoh percubaan,dan sy baru2 ni dpt tawaran sambung belajar yg mana tempoh daftar pengajian hanya masih berbaki 14 hari...jadi adakah saya blh mohon berhenti kerja tanpa sebarang syarat dan masalah dri majikan dgn notis berhenti kerja 10 hari.

    ReplyDelete