Tawaran ikuti INSEP di TATI Universiti

Akhirnya, setelah berfikir sekian lama, aku membuat keputusan menerima tawaran mengikuti kursus peningkatan kemahiran untuk siswazah (INSEP) di TATI.. Rasa dah cukup setahun aku bekerja, sekarang masa yang terbaik untuk aku menuntut ilmu kembali. Diharapkan dengan mengikuti kursus ini, akan menigkatkan lagi keyakinan aku untuk mengejar cita-cita ku.

Kawan-kawan seangkatan dengan aku, banyak yang join kursus ni selepas graduate, tapi aku je ingin bekerja dulu tuk kumpul pengalaman. Alhamdulilah cukup setahun aku bekerja sebagai QA technician, sekarang aku ingin sekali bergelar pelajar pula..hehe...

Pada mulanya, aku ingin ikuti kursus CAD/CAM, namun apakan daya, program tu akan berlangsung pada bulan Jun atau Julai dan peserta pun belum lagi mencukupi. Jadi dari terus menunggu, lebih baik menerima tawaran yang ada pada waktu sekarang.  Aku pun tak pasti apa kandungan kursus Engineering Operation and Maintenance, tapi diharapkan ia menjadi kursus yang mencabar dan menarik untuk diikuti....
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment