XXL Big Fried Chicken di Tasty Amanjaya Mall


Pernah dengar XXL Fried chicken, atau sering disebut Big Fried Chicken. Mungkin banyak orang yang dah tahu dimana produk ini sebenarnya banyak terdapat di pasaraya sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Akhirnya datang jugak ke Sungai Petani kan. Dapat juga merasa ayam goreng ni.  Sebelum ini, kedai yang aku kunjungi ini adalah kepunyaan Hot Star iaitu jenama yang berasal dari Taiwan, namun kunjungan pada minggu lepas ke kedai yang sama, nampaknya jenama ayam ini telah bertukar kepada Tasty Big Chicken. Mungkin pemilik baru yang ingin membezakan dari ayam gorengnya dari pemilik lama. 

Namun begitu, bentuk dan rasa ayam goreng yang dijual oleh Tasty ni tidak jauh beza dengan Hot Star. Boleh dikatakan sebiji dari segi bentuk, rasa dan rempah yang digunakan. Harga pun lebih murah dan yang tiada GST yang dikenakan. Pada mulanya, aku hanya berjalan jalan disekitar mall ni  untuk membeli tiket wayang tapi bila dah ternampak promosi Big Fried Chicken ni, cancel nak tengok wayang, dan gunakan duit yang ada untuk makan ayam goreng yang besar ni. Tak sabar nak merasa makanan ni.


Kedudukan kedai ini adalah di tingkat 3 amanjaya mall, bersebelahan medan selera Food Republica. Kedai nya tak besar dan terdapat hanya 2 meja dan beberapa kerusi di sekitar kedai ini. Kebanyakkan pembeli yang aku nampak, beli dan terus beredar. Jarang sekali yang makan dekat meja yang disediakan tu.

Kerana dah terpikat dengan harga promosi ni, jadi hanya order Big Fried Chicken je lah. Di sini terdapat 6 jenis perisa yang boleh dipilih. dan aku memilih perisa cheese setelah direkomen oleh pelayan disini.  Harga untuk ayam goreng ini adalah RM7.90.  Sangat berpatutan kan..hehe.

Ayam goreng dengan serbuk perisa Cheese

Selepas 10minit, makanan yang dipesan siap untuk dimakan. Rasanya sangat sedap, dan daging ayam yang digoreng memang garing dan lembut. Sesuai dengan citarasa aku. Saiz ayam pula memang besar, lebih besar dari saiz tapak tangan aku.. haha

Saiz ayam yang lebih besar dari tapak tangan

Ayam goreng yang lembut di dalam

Satu cabaran jugak bagi aku untuk habiskan ayam ni.hehe.  Ye la, tak sangka la pulak saiz ayam ni besar, sebab ingatkan saiz standard macam chicken chop je. Tapi memang kenyang dan sangat puas hati

Sape peminat ayam goreng yang nak kan kelainan,  mai cuba "Big Fried Chicken" ni pasti anda puas hati. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment