Kali ni, tiba akhirnya di Taman Rekreasi dan zoo kemaman... Dah lama berhajat hendak datang ke sini, ye la, since tempat ni, merupakan satu-satunya zoo di negeri pantai timur, jadi hendak la tahu apa keistimewaan tempat ni berbanding di tempat lain. Sebab dlu, pernah gi Zoo Negara, dan memang tak larat nak jalan, memang luas dengan pelbagai variasi binatang. Jadi bila tiba kesini, memang ternanti nanti untuk melihat suasana di dalam ni.

Tiba pada waktu tengah hari, selepas pulang dari Adtec, Kemaman untuk berjumpa member. Dalam perjalanan ke Chukai tu, ada la nampak tempat ni, di seberang jalan. Jadi, memang terus singgah la.. Masa tu, ada bas dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Nampak macam ada rombongan pelajar-pelajar yang singgah disini.. Kalau tengok pengunjung luar pulak, tak banyak kereta yang parking kat situ,, Masa tu, ada dalam 4 kereta je..


Bila dah masuk tu, student Universiti Sultan Zainal Abidin pun dah nak balik, kira memang tak nampak la pengunjung lain, selain pekerja dekat situ.. Tiket masuk adalah RM10 tuk dewasa, dan RM 5 tuk kanak-kanak. Rasanya ni kira murah la jugak, kalau student, harga tiket RM5 je.. Tiket dia berbentuk gelang yang kita lekatkan kat pergelangan tangan.. macam tiket gi sunway lagoon tu. Mula-mula, baca peta map tempat ni,...


Kalau ikutkan dalam peta, luas kawasan zoo ni adalah kira-kira 30 hektar. Jadi luas jugak tu.. Dan ada beberapa taman seperti taman buah-buahan, taman herba semula jadi, taman  tropikal, taman orkid, taman bonsai dan etc.. hehe..  Selain tu, ada jugak taman tema air, jambatan gantung, akuarium,  kunang-kunang di Sungai Yak Yah, pelbagai jenis burung, dan binatang besar seperti gajah dan harimau. Dari apa yang aku dapat tahu dari pekerja kat sini, ini baru fasa 1, kira fasa 2 kemungkinan akan siap pada bulan September ni, kira bertambah besar la zoo ni. (Pembagunan ni secara berperingkat).. Kat sini juga ada trem untuk mengelilingi kawasan zoo dan ia percuma tuk pengunjung zoo tapi masalahnya, aku sorang je terpacak dekat kaunter tiket tu, tak de pengunjung lain.. tak kan nak suruh pemandu trem tu bawa aku sorang-sorang lak.. mesti pelik kan.. haha.. Jadi aku, lupakan hasrat nak naik trem, jalan kaki je lah.... 

Walaupun berjalan kaki, rasanya ,lebih banyak pengalaman yang aku rasai, walaupun waktu tengah hari, tapi disebabkan suasana di dalam hutan, tak terasa panas tu, rasa sejuk je.. Lagi satu, bila berjalan ni, dapat lihat haiwan ni secara dekat dan baca penerangan yang ada dekat board-board tu.. Kira bermafaat la tuk sesiapa yang merupakan pencinta alam dan haiwan sebab informasi semua ada dekat sangkar haiwan tu.. 


Tempat pertama aku lepasi adalah taman tropika, tapi kawasan ni, nampak suram je. hehe, dengan bagunan kayu yang tinggi, jadi aku tak jadi singgah.. Risau lak kalu sesat dalam ni.. Jadi aku teruskan perjalanan ke taman burung. Sebelum sampai ke taman burung tu , ada la jugak jumpa burung kasawari, Rhea, burung unta.. Burung Rhea ni unik sikit, sebab datang dari Brazil dan merupakan burung terbesar di amerika selatan. Dekat kepala dia, ada colour merah dan biru. Yang burung unta lak adalah burung yang terbesar didunia,.


Bila aku tengok burung unta ni, pergh.... berdebar hati aku. Ye la, mana tahu, dia tiba tiba nak patuk aku.. Pagar antara burung ni tak lah jauh, dekat je.. Tapi burung kat sini jinak-jinak, maksudnya, kalu kita datang dekat dgn sangkar tu, burung tu pun dtg dekat dgn kita. Cuma jangan dok sua tangan la, sure kena patuk .. haha...

Lepas berjalan seketika, jumpa la taman burung. Kira ada banyak la burung kat situ. burung yang paling banyak adalah burung merak. Ada jugak burung kuang, burung nuri... etc.... Kira banyak la kalu nak sebut... Tapi, aku memang takjub kot tgk burung merak.. Bulu cantik2 kot... Macam nak amik bela ja.. Bila burung tu kembang bulu dia, memang terbaik... Terpaku aku tengok..haha..

Ini antara burung yang ada kat sini... Kira first time jgk la ak tgk burung ni, kecuali burung merak...



Kat sini jugak ada satu burung yang sejak dari dulu lagi aku teruja nak tengok... Iaitu Burung Cenderawasih.. Burung ni cantik sebab memiliki bulu pelepah berwarna keperangan pada badannya. Dekat ekornya pula ditumbuhi bulu-bulu yang berjurai. Terdapat jugak mitos yang menyelubungi burung ni disekitar nusantara. ( ni aku cedok dari Wikipedia )

""Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini.""

Tapi setelah aku berumur dekat 24 tahun baru aku tahu semua mitos tu tak benar. Haha... Dulu masa kecik2 dok percaya sokmo benda... Rupanya semua tu hanya dongengan.. Kat zoo ni siap ada burung cenderawasih lagi dan masih lagi hidup.. Tak tahu, la mcm mana la orang dulu boleh kaitkan dengan kayangan.. Jadi sape2 yang nak tengok burung cenderawasih depan mata, mai la sini tengok.. hehe..


Lepas tu, aku berehat sekejap dekat pondok rehat. Sebelah tu ada surau, tandas, dan juga kedai menjual makanan ringan seperti keropok dan air botol.. Penat jugak bila berjalan ni, tapi sebab exited nak mengembara ke tempat seterusnya, penat tu tak terasa. Cuma satu je aku nak ingatkan, kalu sape2 nak gi zoo ni, at least prepare krim penghalau nyamuk. Aku lupa lak nak bawak. Fuh, kat sini, nyamuk asyik dok ngap je, since ni habitat tempat dia dalam hutan.. Menyesal lak aku tak bawa... Nak pastikan nyamuk ni tak gigit aku berulang kali, aku terpaksa la sentiasa basahkan air dekat tangan dan muka aku.. tu je caranya yang aku fikirkan..

Then, aku berjalan gi dekat area aquarium.. Tak banyak jenis ikan kat sini, tapi ikan kat sini memang besar-besar.. Antara ikan yang ada iaitu ikan naga, ikan kelah dan ikan kelisa.. ikan naga (Arapaima Gigas), memang besar... Rasanya boleh sampai beratus kilo ni. Saiz ikan ni sebesar pemeluk.. Kira first time aku tengok dengan mata aku sendiri ikan besar macam ni..Dari apa yang aku baca, ikan ni asal dari sungai Amazon. Kira zoo ni beli la ikan ni.. Bukan tangkap macam tu je.. hehe..

Kemudian, ada satu jalan ke kawasan titi gantung.. Kira macam Sedim Walk, kat kulim tu.. Tinggi benda ni kira-kira 5 meter kot dari tanah.. Benda ni bergantung antara pokok ke pokok.. Risau jugak nak berjalan kat sini, takut tiba2 reput. Tapi apa pun, benda ni selamat. Aku dah test, cuma bergoyang je lah... Kat bawah tu ada rusa-rusa/kancil..


Kemudian ada kawasan yang menempatkan gajah, harimau, orang utan, tapir. etc. Lama jugak aku kat sini, dan masa banyak aku tengok gajah ni bermain ngan anak dia.. Terhibur jugak..

Kemudian, aku gi kat sangkar orang utan, landak,.. Kebanyakkan sedang berehat ( tidur ) . Jadi aku berlalu je la. Yang harimau aku tak jumpa, since ada penyelengaraan kat sangkar tu.. Kira kosong la... Ular tedung pun tak de jugak. Tapi aku dapat tengok tapir tidur.. haha.. Lena tidur, sampai mulut terbuka...Cute jugak aku tengok tapir ni .. haha... Dari apa yang aku tahu dari info kat sangkar ni, tapir ni adalah binatang paling cute masa lahir dan hanya terdapat di Asia Tenggara je.. Beruntung kan orang Malaysia...


Then berjalan lagi, ke rumah orkid.. Orkid kat sini, tak banyak sangat variasi, tapi jumlahnya banyak.. Masa aku pergi, ada sedikit je yang berbunga.. Tapi taman orkid ni kira agak cantik la.. Sebelah tu, ada sangkar buaya.. Masa tu, pekerja tu tengah bagi makan kat buaya ni. Dari apa yang aku tahu dari pekerja ni, buaya ni makan dalam seminggu sekali je. Waktu pagi diorang bagi ikan, then petang tu bagi ayam.. Tak de la banyak sangat aku tengok. Sebab nye, buaya ni sistem penghadaman agak lambat, jadi tak mudah lapar. Bila dah kenyang, daging ayam sebelah pun tak makan.. Kira bukan jenis yang pelahap la.. Kat sini ada buaya tembaga ( Salwater Crocodile) , Buaya Muncung Tirus ( Malayan Gharial ) dan buaya dari Australia.. Saiz sederhana besar..


Kemudian, aku gi pit stop yang terakhir bagi aku, since masa tu, dah dekat pukul 4 petang. Kira dah 3 jam aku berjalan-jalan kat sini. Kat sini, ada kolam mandi dan luncur air. Gelonsor air tu dekat celah-celah pokok, dan agak tinggi jugak la.. Tapi yang luncur air tu masih ditutup ( penyelengaraan lagi kot,, sebenarnya tak pernah buka lagi sejak zoo ni dibuka, kira dah berlumut tempat ni ). Rugi kan...

Gelonsor air di Zoo Kemaman
Kira kolam air je yang beroperasi. Harga tiket cuma RM5.. Since seperti aku kata, aku datang weekdays, memang tak de la orang. Tapi dari apa yang aku tahu, kalu weekends memang ramai family bawak anak2 mandi kat sini.. Tempat ni kebersihan terjaga. 


Lepas tu, aku pun berjalan pulang.. Dah tak larat nak jalan, Aku rasa ada tempat lagi yang tak pergi, tapi tak tahu apa tempat tu..haha.. . Apa pun, aku dah rasa puas hati dengan pengembaraan solo ni. Masa aku nak balik tu, jam pukul 4.30ptg, kira dah nak tutup tempat ni. Kira aku la pengunjung yang terakhir keluar dari situ..


Then , masa nak balik tu, aku singgah ke Jeti Sg Yak Yah. Tempat ni memang popular tuk melihat kunang-kunang(kelip-kelip) waktu malam. Kira ni merupakan habitat yang terbesar di Malaysia bagi kelip-kelip.. Waktu siang memang tak nampak la, cuma aku datang memancing kat sini sambil rehat sebab penat berjalan. Ada aku nampak ikan dok godek-godek kat sungai ni, tapi satu pun tak makan umpan aku.. aaahhhh... Penat aku tunggu kat sini, dah la panas.. haha... Kat sini, ada la jugak surau,  dan tandas. Bot parking kat sini memang banyak , mungkin untuk bawa pengunjung gi tgk kelip-kelip waktu malam... Tapi kalu nak datang tengok kelip-kelip waktu malam boleh je, cuma kena contact tourist guard, ajak la beberapa orang untuk form group sebelum contact. Harga boleh bincang ngan tourist guard tu.

Kalau yang jenis tak nak tengok kelip-kelip waktu malam, boleh je gi river cruise kat Sg Yak Yah ni waktu pagi/petang. Call je nombor telefon bawah ni, siap ada pakej lagi....


Rasanya, itu je lah nukilan kali ni, Bila dah datang kat negeri orang, rasa seronok je nak melancong.. Dulu masa aku belajar kat Perak, tak de lak aku nak gi melancong. Rugi kan aku lepaskan peluang melancong waktu tu..,, Aku sempat gi Kellie Castle je, tu pun waktu tahun akhir...

Gambar yang aku snap banyak, tapi ini la sebahagian yang aku pamerkan kat blog ni.. Kalu letak banyak, susah lak nak loading kan..

Apa pun, semoga berjumpa lagi pada post akan datang.  ...  Terima kasih kerana membaca....



Kali ni jauh perjalanan yang ditempuh untuk memandu dari rumah ke Telok Kalong melalui lebuhraya Timur- Barat. Sebenarnya, kali ni adalah first time bagi penulis menempuh perjalanan yang jauh dan panjang. Selalumya hanya menggunakan bas ekspress je kalau untuk ke destinasi yang jauh. Namun, disebabkan keperluan menggunakan kereta pada masa akan datang( Praktikal nanti ) jadi terpaksa la bawa kereta ke Terengganu. Bertolak pada waktu pagi sekitar 8.30pagi dan perjalanan ini memang tak dapat dilupakan dengan singgah ke beberapa tempat yang tak pernah dilawati sebelum ini.

Melalui jalan gerik ke jeli yang berbukit bukau tu memang agak membosankan jugak. Ye la, semuanya penuh dengan hutan di tepi dan kanan, dan kurangnya kereta yang menggunakan jalan ini, menyebabkan perjalanan di laluan ini agak sunyi. Laluan ni agak mencabar kepada sesiapa yang pertama kali menggunakannya, kerana terpaksa menggunakan gear yang berbeza-beza apabila turun dan menaiki bukit selain memerlukan skill untuk memotong lori yang banyak dilaluan ni. Sebelum meneruskan perjalanan melalui jalan raya gerik ni, pastikan minyak diisi dengan penuh kerana tiada stesen minyak di lebuhraya ini, kecuali bila sampai ke Jeli.

Semasa dalam perjalanan tu, singgah la sebentar di kawasan yang menempatkan Tugu Peringatan jalan raya Timur-Barat  terletak bersebelahan Tasik Banding, Perak. Disini, ada diceritakan sejarah pembinaan lebuhraya ni dan sabotaj yang dilakukan oleh pihak komunis.Tugu ini bertulis "PENGORBANAN DALAM KENANGAN, JALAN RAYA TIMUR BARAT (1970-1982).   Baru tahu, kesusahan pihak JKR dulu-dulu tuk membina laluan ni, tak sangka lak ada perang dengan komunis dekat sini. Sama-sama kita menghargai sumbangan pihak yang menyiapkan laluan ini pada dahulu kala.


Bila dah tiba dekat puncak banjaran titiwangsa ni, ada sebuah RnR Hentian Puncak Banjaran Titiwangsaa. Di sini la , selalunya saya nampak penguna lebuh raya melepaskan kepenatan dengan makan, mandi dan bergambar disini. Kawasan ni, memang cantik dengan pemandangan bukit-bukit dan pokok yang hijau. Seronok melihat kawasan sekitar yang menghijau, macam dekat cameron highland lak. hehe.


Di sepanjang lebuh raya ini anda akan nampak papan tanda ‘AWAS, GAJAH MELINTAS’ dan sepanjang jalan ini jugak, kita boleh nampak tinggalan kubu-kubu pertahanan yang didirikan oleh pasukan keselamatan sewaktu mengawasi jalan ini dari serangan pengganas komunis sebelum komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Tinggalan tu masih ada tapi sudah tidak terjaga.


Dalam perjalanan tu, berhenti sebentar di tepi jalan bila melihatkan banyak gerai-gerai disini. Sengaja hendak melihat Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan.Bila sudah berada di kawasan ini, baru sedar, dekat beberapa kilometer je antara sempadan Malaysia – Thailand. Dekat sini, kebanyakkan peniaga rupa seperti orang siam( tak pasti orang siam atau kelantan), dan barang yang dijual agak murah dan berpatutan. Yang pasti, konsep tawar menawar perlu dipraktikkan disini untuk mendapat harga murah.


Selepas beberapa kilometer melepasi tempat beli belah di seberang jalan, terjumpa la pulak pasaraya yang baru je dibina. Pasaraya Pantai Timur namanya dan pasaraya ni baru je dirasmikan pada 15 Mei ni, dan keadaan dalam tu penuh dengan orang ramai. Nak dikatarakn murah, sama je ngan pasaraya lain, mungkin ini satu-satunya pasaraya yang terdapat disini menyebabkan ia menjadi tumpuan penduduk setempat membeli belah.

Kemudian memandu la balik sampai la kat Jertih. Dekat sini, berhenti sekejap dekat masjid tuk berehat, makan dan membersihkan diri. Cantik masjid ni, dan dikenali oleh orang setempat sebagai masjid kayu.. Memang kayu betul, dan cantik design dia. Berangin je, bila duduk dekat sini.

Kemudian, teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, sengaja nak lepak kat sana dulu, sebelum ke TATi. Masa kat situ, ada la pergi singgah di dataran shahbandar, bukit puteri, bazar warisan, dan juga pasar payang. Banyak jugak berjalan kat situ, tapi memang puas hati la.  Lepas singgah tu, teruskan perjalanan ke TATi, dan sampai pada waktu malam jugak la.


Rasanya, dari perjalanan ini membuka mata aku tentang Terengganu yang sememangnya kaya dengan budaya dan adat... serta hasil petroleum dan gas...serta gadis melayu yang cun....

Berjumpa lagi pada post akan datang. 
Kali ni aku singgah di A&W. Lokasi di bandar Chukai, Kemaman. Rasanya ni kali pertama aku singgah restoran makanan segera ni dalam masa 8 tahun. Mmg dah lama tak datang makan kat sini. Dulu dekat Sg Petani ada restoran ni, tapi tak bertahan lama.. Mungkin sbb tak ramai pengunjung kot. Kenangan masa kecik bila makan kat A&W mmg banyak.. Dulu parent selalu bawa makan kat sini..Masa tu, seingat aku harga makanan tak la semahal sekarang dan selalu jugak maskot beruang A&W ni datang sekolah sambil ajak main permainan yang diorang sediakan...
Hari tu, masa singgah ke bandar ni, secara tak sengaja jumpa restoran.. Tapi pendam je perasaan sebab ada hal lain nak diselesaikan masa tu.. Jadi kali ni, bila singgah je sini memang tak lepaskan peluang tuk merasa menu kat sini.. 

Bila masuk restoran tu ada la beberapa pengunjung yang mana kebanyakkan nya famili .. Suasana restoran ni nampak lama tapi kemas dan bersih.. Pelayan restoran ni pun cun dan putih beseri.. hehe... terpikat aku... 


Aku order set pareto burger yang harga nye dalam rm15 yg mana termasuk air root beer tu, dan kentang goreng. Rasanya ok la dan puas hati.. Burger tu mcm Zinger burger KFC yg mana isi ayam tu beasar gila.. bila dah makan burger dan kentang start nak habiskan satu gelas besar air root beer tu., siap rasa nak muntah lagi bila minum banyak sangat air root beer tu . Saiz besar la katakan   ...haha....

Tapi apa pun, restoran A&W ni mmg terbaik.... Jadi kalu lapar boleh la singgah disini ..

Suasana di A&W Chukai




Jumlah perbelanjaan kali ni hanyalah rm15... 

Berjumpa lagi pada post akan datang  
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home