Permohonan INSEP Sesi Intake ke-2 tahun 2015 di Puspatri Johor, telah ditutup pada 8 July 2015. Nantikan pengambilan baru pada tahun 2016.  

Terdapat banyak kursus yang boleh dipih. Bagi pelajar engineering, saya galakkan anda mengambil kursus Plant Inspection & Management (API Cert ) yang mana anda akan didedahkan dengan The American Petroleum Institute's authorized yang merupakan institute yang mengeluarkan certificate dalam bidang Oil and Gas yang diterima di seluruh dunia. Kursus ini amat mahal sekiranya diambil secara persendirian, tapi disini,anda akan belajar secara percuma. Bukan satu API yang anda akan belajar, tapi kesemua API yang ada iaitu dari API 570 Piping Inspector hingga lah ke API 630 Above Ground Storage Tank Inpector. Total cost untuk kursus ini adalah berpuluh ribu. Jadi, kepada graduan yang baru graduate atau tiada pekerjaan, mohon lah kursus ini, kalau admin tahu tentang kursus ini sebelum ini, sudah pasti admin telah memohon.. Kerana peluang kerja sebagai inspector API sangat lah tinggi dan gaji, boleh mencecah 8k sebagai freelance, sekiranya certified dan lulus exam API yang diambil.
Contoh harga kursus jika diambil secara persendirian. Ini hanya untuk satu kursus iaitu API 570. ( daripada website http://idc-training.com/ )


Maklumat lanjut tentang kursus boleh diperolehi di web site Puspatri .
Borang Permohonan
Maklumat untuk kursus INSEP di Puspatri Johor boleh ditemui disini

Harap anda terpiliih untuk menyertai kursus di atas.. 

Update dari Facebook Puspatri ( 23 June 2015 )


Update dari FB Puspatri 26 June 2015


Update 1 July 2015

Pengambilan INSEP Puspatri Johor 2015 telah pun ditutup pada July 2015.

Check update pengambilan terbaru untuk tahun 2016 pada bulan January atau February 2016. 

Untuk kursus lain selain INSEP, pilih label Kursus percuma, atau kursus untuk siswazah.

Semoga berjumpa lagi...





Kali ni, sempat singgah di satu restoran yang agak popular di Kuala Kemaman. Apa lagi, kalau bukan Warung Aziz Satar. Kedai ni agak popular dengan menu sata dan otak-otak. Dekat Kuala Kemaman ni, sepanjang jalan kita boleh nampak gerai dan kedai yang menjual sata dan otak-otak tapi ramai yang kata Warung Aziz Satar ni yang the best dari yang lain. Aku pun sebenarnya, tak sedar pun kewujudan warung ni, tapi disebabkan banyak review yang aku baca dari apps Foursquare, jadi singgah la tempat ni tuk merasa otak-otak dan sata disini. Ni screen shot dari foursquare, nampak kan, kebanyakkan puji tempat ni antara yang terbaik..
Warung Aziz Satar
Foursquare Apps
Dari review ni lah, yang menyebabkan aku terus ke sini pada hari sabtu lepas.. Nak kenal kedai ni senang je, lokasi kedai ni sebelum sekolah jenis kebangsaan dan sebelah bagunan kedai. Kedai ni warna kuning, dan sebelum sampai tu, mostly akan nampak banyak orang parking kereta dekat seberang jalan. Nanti anda boleh nampak banner warung aziz satar,. Itu lah kedainya..


Masa sampai tu, dah dekat 1 tgh hari. jadi memang ramai sangat orang masa tu.. Maklumlah, pergi waktu hari sabtu, cuti sekolah lagi jadi memang susah la nak cari tempat duduk.. Jadi memang tak makan sini, just beli bungkus je apa yang minat.


Dari gambar boleh tengok, betapa ramai nya orang yang sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan meja kosong. Kebanyakkan nya, bawa family, dan kalu dilihat dari plat kereta yang parking kat sini, boleh dikatakan banyak dari luar terengganu. Kat sini, ada juga dijual nasi campur, mee kari, bihun sup, chicken chop, dan keropok lekor. Apa pun, misi aku hanya untuk mencari makanan yang dikatakan special tu, iaitu sata dan otak-otak.


Satar ini kira makanan istimewa la dekat negeri pantai timur. Ramuannya adalah campuran ikan tumbuk seperti isi ikan selar kuning, kerisi, gelama atau tenggiri bersama lada , kelapa parut dan bahan rempah lain. Kemudian sata ni dibungkus dengan menggunakan daun pisang kemudiannya dicucuk pada bilah besi stainless steel dan akhirnya dibakar.Harga sata dan otak-otak ni agak murah di sini.. Kalau kat kedah, 3 sata dah jual dekat RM2.50, kat sini 10 sata RM5.. Saiz pun sama je. Kira memang sangat berbaloi la dengan harga tu. Otak-otak pun harga sama, cuma kat sini, otak-otak didalamnya berbeza dari yang aku biasa makan kat Kedah..
Otak-otak Kuala Kemaman dan Otak-otak di Kedah
Perbezaan tu dari segi struktur dan warna otak-otak tu sendiri.. Rasa pun agak berbeza. Cuma masa aku nak beli otak-otak ni, dah habis lak, tingal sata, pais pelbagai ikan je. Jadi aku borong sata je lah waktu tu.


Sambil tu drive pergi ke pantai Mok Nik, yang dekat je kat kawasan ni sambil menikmati pemandangan laut.. Apa pun, sata ni memang berbeza sedikit dari gerai yang jual kat sekitar tempat ni. Sata ni agak lembut dan manis.. Apa pun cubalah menikmati sata disini, pasti anda mengemarinya..



Warung Aziz Satar


Pada 8 June 2015, merupakan pertama kali aku melihat bot penambang Seberang Takir, teringat aku dengan zaman aku kecil menaiki bot penambang di tempat lahirku dimana tujuannya untuk membawa penumpang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai merentasi lautan laut biru. Cuma disini, bot penambang membawa penumpang dari Jeti Seberang Takir ke pinggir bandar Kuala Terengganu. meredah Sungai Kemaman yang agak kehijauan. Bezanya adalah dari segi keunikan bot disini.  Walaupun ianya bot lama yang sebahagiannya adalah papan, tapi inilah yang dicari-cari oleh pelancong, dengan bunyi enjin yang memekikan telinga sesiapa yang menaikinya. Kalau di tempat lahirku, bot penambang tanjung Dawai sudah berubah wajah menggunakan bot fiber glass, yang lebih tahan lasak, dan setiap penumpang dikhendaki memakai jaket keselamatan tapi disini masih mengekalkan tradisi dan keunikannya sendiri.


Sebelum menaiki bot ini, tambang sebanyak RM1.00 dikenakan bagi perjalanan sehala, dan bayaran dijelaskan dikaunter jeti. Sebelum tiba disini, kawanku mengajak aku melihat kampung halamannya berdekatan Kuala Nerus, seterusnya meneruskan perjalanan hingga tiba di sini (Seberang Takir). Dari situ aku dapat melihat kehidupan penduduk kampung disini sepanjang perjalanan, dimana kebanyakkan rumah diperbuat dari papan dan dipelihara agar nampak cantik oleh pemiliknya. Sepanjang perjalanan yang terdapat banyak gerai yang menjual hasil laut dan perusahaan kecil-kecilan keropok lekor.

Dari apa yang kawanku khabarkan, (seperti tourist guard lak) bot penambang sudah sinonim dengan penduduk yang berada berdekatan Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan yang paling cepat untuk ke Kuala Terengganu terutama Pasar Payang.





Perjalanan kira-kira 6 minit untuk ke pinggir Kuala Terengganu memang agak menarik bagi aku, dimana dapat melihat pemandangan Pulau Duyung lokasi monsoon cup diadakan sebelum ini, dan beberapa bagunan kerajaan di pinggir sungai ini. Bunyi motor yang agak kuat semasa bot bergerak menjadikan perjalanan lain dari bot yang aku naiki sebelum ini... Cuma nasihat aku, jangan duduk dekat engine nanti rasa gegar je kerusi tu..

Tibanya di Jeti sementara Kuala Terengganu, bermulalah perjalanan ke Pasar Payang. Jarak nya hanya kira-kira 300meter. Pengunjung waktu tu memang agak ramai, bersesak jadinya. Barang jualan pula memang banyak dari ikan segar sampai la makan kering mcm keropok-keropok. Tingkat atas pulak banyak yang menjual pakaian, tudung, batik, dan songket. Kedai emas pun ada kat sini.


Cuma aku membeli beberapa makanan yang unik bagi aku. Antaranya. ialah Lempok Durian.. Hehe.. Harga dalam RM3 je untuk satu.. Rasanya memang macam makan durian asli je. Sedap. 

Dan yang menariknya, kat sini ada dijual telur penyu.. Susah nak dapat kalau kat tempat lain. Tapi hasrat aku nak membeli terkubur begitu sahaja apabila bertanyakan harga.  Satu bungkus yang mengandungi kira-kira 8-12biji sudah berharga RM40-60. Mahaiiiiinya..... Harga macam makan lobster kat restoran lak..huhu..
Telur penyu yang fresh - Cara makan, kopek kulit dan terus telan.
Lama la jugak pusing Pasar Payang ni, dekat-dekat setengah jam jugak la,sebelum pulang semula ke jeti untuk ke Seberang Takir. Tiba-tiba member aku ni bermurah hati menolong seorang mak cik yang kepenatan, sebab banyak sangat beli barang kat sini. Tak sangka lak, mak cik tu kira window-shoppers la dekat pasar payang.

Setelah menunggu dekat 10 minit, tiba la bot penambang tu.. Macam biasa, bayaran RM1 jugak, cuma kali ni bayar kat pemandu bot tu. Kemudian, kami pergi pusing bandar sekitar Kuala Terengganu ni sampai la petang, sebelum pulang ke TATiUC.


Cuma diharapkan, perkhidmatan bot penambang ni akan diteruskan pada masa hadapan. Banyak orang tak tahu tentang kewujudan nya, terutama orang luar Terengganu, jadi kalu boleh diharapkan kerajaan negeri akan melabur untuk menjadikan kampung yang berdekatan Jeti Seberang Takir sebagai produk pelancongan yang mana pelancong luar diperlihatkan pekerjaan tradisi penduduk disini dan turut bersama-sama tinggal bersama untuk merasai keseronokan dan keunikan hidup sederhana ini.
Member aku dengan barang barang orang lain
Berjumpa lagi pada post akan datang.



Alhamdulilah, dah masuk bulan june pun. Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuknya bulan ramadhan yang penuh barakah.. Tak sangka, cepat pulak masa berlalu. Aku still ada di TATi, dan masih mengikuti kelas yang diadakan. Gambar atas tu, adalah jamuan ringkas selepas kelas di TATi. Aku update sikit tentang INSEP ni

Disini, pembelajaran adalah berdasarkan kelas teori dan lab. Jadi kalau nak faham kelas lab, memang kena masuk dan faham kelas teori dulu. Yang penting, self study selepas kelas adalah perlu.

Aku harap satu benda je masa pilih kursus ni, iaitu dapat banyak amali untuk maintenance. Sebab background aku sebelum Mechanical Engineering, - major Manufacturing, Jadi memang dah belajar serba sedikit tentang maintenance, terutamanya predictive maintenance. Masa aku praktikal, aku ada la buat schedule preventive maintenance untuk machine dari manual machine yang ada. Jadi aku sangat berharap selepas aku habis belajar disini, kemahiran untuk "basic maintenance secara hands on"  dapat la diperolehi.. 
Core in Maintenance

Antara telatah dalam kelas/lab yang sempat aku rakamkan... 

Machine maintenance


Pneumatic and Hydraulic



Programmable Logic Controller ( PLC )


Metrology Technology



Apapun terima kasih kerana membaca.. sekiranya berminat hendak sertai INSEP, boleh check post ni.. ( INSEP 2015 ). Berjumpa lagi pada post akan datang..



Update 11/06/2015 - Kursus INSEP di TATiUC

Kursus INSEP Waste Water Management bermula bulan May 15 
Kursus INSEP CISCO bermula June 15
Kurus INSEP ROV baru je bermula pada 9 June 15
Kursus CAD/CAD Application akan bermula pada 21 June 15



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home