Bot Penambang Seberang Takir, Kuala Terengganu


Pada 8 June 2015, merupakan pertama kali aku melihat bot penambang Seberang Takir, teringat aku dengan zaman aku kecil menaiki bot penambang di tempat lahirku dimana tujuannya untuk membawa penumpang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai merentasi lautan laut biru. Cuma disini, bot penambang membawa penumpang dari Jeti Seberang Takir ke pinggir bandar Kuala Terengganu. meredah Sungai Kemaman yang agak kehijauan. Bezanya adalah dari segi keunikan bot disini.  Walaupun ianya bot lama yang sebahagiannya adalah papan, tapi inilah yang dicari-cari oleh pelancong, dengan bunyi enjin yang memekikan telinga sesiapa yang menaikinya. Kalau di tempat lahirku, bot penambang tanjung Dawai sudah berubah wajah menggunakan bot fiber glass, yang lebih tahan lasak, dan setiap penumpang dikhendaki memakai jaket keselamatan tapi disini masih mengekalkan tradisi dan keunikannya sendiri.


Sebelum menaiki bot ini, tambang sebanyak RM1.00 dikenakan bagi perjalanan sehala, dan bayaran dijelaskan dikaunter jeti. Sebelum tiba disini, kawanku mengajak aku melihat kampung halamannya berdekatan Kuala Nerus, seterusnya meneruskan perjalanan hingga tiba di sini (Seberang Takir). Dari situ aku dapat melihat kehidupan penduduk kampung disini sepanjang perjalanan, dimana kebanyakkan rumah diperbuat dari papan dan dipelihara agar nampak cantik oleh pemiliknya. Sepanjang perjalanan yang terdapat banyak gerai yang menjual hasil laut dan perusahaan kecil-kecilan keropok lekor.

Dari apa yang kawanku khabarkan, (seperti tourist guard lak) bot penambang sudah sinonim dengan penduduk yang berada berdekatan Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan yang paling cepat untuk ke Kuala Terengganu terutama Pasar Payang.





Perjalanan kira-kira 6 minit untuk ke pinggir Kuala Terengganu memang agak menarik bagi aku, dimana dapat melihat pemandangan Pulau Duyung lokasi monsoon cup diadakan sebelum ini, dan beberapa bagunan kerajaan di pinggir sungai ini. Bunyi motor yang agak kuat semasa bot bergerak menjadikan perjalanan lain dari bot yang aku naiki sebelum ini... Cuma nasihat aku, jangan duduk dekat engine nanti rasa gegar je kerusi tu..

Tibanya di Jeti sementara Kuala Terengganu, bermulalah perjalanan ke Pasar Payang. Jarak nya hanya kira-kira 300meter. Pengunjung waktu tu memang agak ramai, bersesak jadinya. Barang jualan pula memang banyak dari ikan segar sampai la makan kering mcm keropok-keropok. Tingkat atas pulak banyak yang menjual pakaian, tudung, batik, dan songket. Kedai emas pun ada kat sini.


Cuma aku membeli beberapa makanan yang unik bagi aku. Antaranya. ialah Lempok Durian.. Hehe.. Harga dalam RM3 je untuk satu.. Rasanya memang macam makan durian asli je. Sedap. 

Dan yang menariknya, kat sini ada dijual telur penyu.. Susah nak dapat kalau kat tempat lain. Tapi hasrat aku nak membeli terkubur begitu sahaja apabila bertanyakan harga.  Satu bungkus yang mengandungi kira-kira 8-12biji sudah berharga RM40-60. Mahaiiiiinya..... Harga macam makan lobster kat restoran lak..huhu..
Telur penyu yang fresh - Cara makan, kopek kulit dan terus telan.
Lama la jugak pusing Pasar Payang ni, dekat-dekat setengah jam jugak la,sebelum pulang semula ke jeti untuk ke Seberang Takir. Tiba-tiba member aku ni bermurah hati menolong seorang mak cik yang kepenatan, sebab banyak sangat beli barang kat sini. Tak sangka lak, mak cik tu kira window-shoppers la dekat pasar payang.

Setelah menunggu dekat 10 minit, tiba la bot penambang tu.. Macam biasa, bayaran RM1 jugak, cuma kali ni bayar kat pemandu bot tu. Kemudian, kami pergi pusing bandar sekitar Kuala Terengganu ni sampai la petang, sebelum pulang ke TATiUC.


Cuma diharapkan, perkhidmatan bot penambang ni akan diteruskan pada masa hadapan. Banyak orang tak tahu tentang kewujudan nya, terutama orang luar Terengganu, jadi kalu boleh diharapkan kerajaan negeri akan melabur untuk menjadikan kampung yang berdekatan Jeti Seberang Takir sebagai produk pelancongan yang mana pelancong luar diperlihatkan pekerjaan tradisi penduduk disini dan turut bersama-sama tinggal bersama untuk merasai keseronokan dan keunikan hidup sederhana ini.
Member aku dengan barang barang orang lain
Berjumpa lagi pada post akan datang.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. Best best.nnt boleh ajak family ni g shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu gi terengganu, tempat paling popular kat sini pasar payang la.. dan still mengekalkan rekaan bagunan asal... belajar di terengganu ke ?

      Delete
  2. Xpernah pergi terengganu pun. kalau jalan-jalan dgn family selalu pergi negeri sblah utara dengan kelantan je. belajar dulu kt serdang selangor.selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Oh.. amik kursus insep ke nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik kt Tati. dah call cik lisa tu. dia kata nnt dia konfem balik dgan saya brknaan kemasukan tu.

      Delete
  4. Ok lah begitu..Sy harapkan kursus itu akan diadakan. . Belajar sikit kemahiran dalam design2 ni. mana tahu berguna.. Rezeki masa depan kita tak tahu kan.. Apa pun, good luck ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Terjump post ni, saya nak pergi duyong art festival kat pulau duyong kecil.. Tp kt mana lokasi jeti ni kalau kt pasar payang ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah pasar payang ada jeti kecil. Cuba pusing area tu, pasti nampak.

      Delete