INSEP : Kelas hampir ke penghujungnya


Alhamdulilah, dah masuk bulan june pun. Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuknya bulan ramadhan yang penuh barakah.. Tak sangka, cepat pulak masa berlalu. Aku still ada di TATi, dan masih mengikuti kelas yang diadakan. Gambar atas tu, adalah jamuan ringkas selepas kelas di TATi. Aku update sikit tentang INSEP ni

Disini, pembelajaran adalah berdasarkan kelas teori dan lab. Jadi kalau nak faham kelas lab, memang kena masuk dan faham kelas teori dulu. Yang penting, self study selepas kelas adalah perlu.

Aku harap satu benda je masa pilih kursus ni, iaitu dapat banyak amali untuk maintenance. Sebab background aku sebelum Mechanical Engineering, - major Manufacturing, Jadi memang dah belajar serba sedikit tentang maintenance, terutamanya predictive maintenance. Masa aku praktikal, aku ada la buat schedule preventive maintenance untuk machine dari manual machine yang ada. Jadi aku sangat berharap selepas aku habis belajar disini, kemahiran untuk "basic maintenance secara hands on"  dapat la diperolehi.. 
Core in Maintenance

Antara telatah dalam kelas/lab yang sempat aku rakamkan... 

Machine maintenance


Pneumatic and Hydraulic



Programmable Logic Controller ( PLC )


Metrology Technology



Apapun terima kasih kerana membaca.. sekiranya berminat hendak sertai INSEP, boleh check post ni.. ( INSEP 2015 ). Berjumpa lagi pada post akan datang..



Update 11/06/2015 - Kursus INSEP di TATiUC

Kursus INSEP Waste Water Management bermula bulan May 15 
Kursus INSEP CISCO bermula June 15
Kurus INSEP ROV baru je bermula pada 9 June 15
Kursus CAD/CAD Application akan bermula pada 21 June 15



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

  1. Macam best jek. saya rasa saya tak dapat join kursus insep tu sbb xada respon dan panggilan xdiangkat. bukan rezeki saya lagi

    ReplyDelete
  2. Tak pe. Jangan putus asa.. Esok saya tanya cik lisa yang uruskan program ni.. Apa apa, saya update esok.. ok..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak-banyak. saya sebernanya dah banyak kali cuba apply kursus insep ini tapi apakan daya samaada kolej tiada peruntukan atau kursus yang saya pohon ditangguhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu. Kursus apa yang dipohon tu ? Dlu belajar dalam bidang ape sebelum ni.

      Delete
  4. Saya pohon kursus pcb design di kismec tp dtangguhkan.waktu belajar ambil bidang sains instrumen. sbb tu tgk encik pos pasal cad/cam saya nak try ambil sbb di u xde subjek tu cuma electronic dsign guna LabVIEW je

    ReplyDelete
  5. Sedikit maklumat yang saya dapat yg ada kaitan dng sains instrument..

    Tati ; Baru je dapat sms dari Lisa ( yg menguruskan pengambilan INSEP di TATi) Kursus Insep CAD/CAM dijangka bermula pada 21/06/15. Boleh sms atau hubungi Lisa - 013-9781124 ( Lisa )

    Kismec : Kursus PCB ditangguhkan ( mungkin kekurangan peserta )

    Pahang Skill Development Centre ( PSDC ) ; Kursus Process instrumentation (PICT ) sudah bermula pada bulan 4.

    Johor ( PUSPATRI ) : 2nd intake kursus insep akan bermula. Tarikh belum diumumkan. Kursus insep yang berkaitan dengan sains instrument adalan Kursus Oil & Gas Electro-Mechanical and Instrumentation Technology

    Tesdec : Sistem Pengurusan Kualiti (TQM) - boleh hubungi 096272276 (Cik Marozini) / 096272240 (Pn Iszalina) / 096272208 (En Hafizan)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih encik. saya banyak menyusahkan encik.

    ReplyDelete
  7. Tak de masalah.. bantu sama membantu..

    ReplyDelete
  8. Tak de masalah.. bantu sama membantu..

    ReplyDelete
  9. Kursus ROV nx intake bila? Dekat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus rov hanya ada di TATIUC sahaja. Pengambilan akan dibuka pada tahun depan kalu tak silap,. boleh hubungi cik lisa ( Penyelaras insep di TATIUC : 013-9781124

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete