Ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk meningkat kan golongan bumiputera menyertai bidang profesional. Banyak program yang diadakan, dan pengambilan adalah sepanjang tahun, dan setiap program mempunyai tarikh bermula yang berbeza. Yang paling penting, tiada yuran pendaftaran dikenankan untuk setiap program.  Jadi jangan lupa untuk setiasa mengikuti perkembangan semasa di website dan FB Yayasan Peneraju.. Gunakan lah peluang yang sebaiknya untuk mengikuti kursus disini jika diberi peluang.

Website : http://www.yayasanpeneraju.com.my/?data-yayasan-peneraju=98

FB : https://www.facebook.com/yayasanpeneraju/

Antara program yang diadakan. *Maklumat lanjut di website Yayasan Peneraju.

Peneraju Tunas
Program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti

Peneraju Skil
Program latihan pembangunan kemahiran mengikut permintaan industri bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan industri dan antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran/pelajar yang lebih cenderung ke arah vokasional dan teknikal) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai industri.


Peneraju Skil Iltizam
Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Peningkatan kemahiran bagi kerjaya berpendapatan tinggi seperti sektor minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, bidang kandungan kreatif & infrastruktur dan lain-lain.


Peneraju Profesional
Program Pembangunan bagi pensijilan profesional dan program spesialis. Peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang profesional seperti perakaunan, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain.


Jangan lepaskan peluang ini. Mohon lah sekarang, untuk program-program yang telah dibuka. Berjumpa lagi pada masa akan datang....


Ini adalah sebuah program percuma untuk para siswazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan yang masih menggangur. Program ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada siswazah dalam menggunakan AutoCAD, dalam bidang oil and gas. Sebagai contoh, piping and instrumentation diagram, plant diagram, dan banyak lagi. Selain itu, sepanjang latihan, siwazah akan diberikan latihan soft skill yang sesuai untuk pasaran pekerjaan. Elaun dan tempat tinggal akan disediakan sepanjang latihan berlansung. Certification AutoCAD dari AutoDesk akan diberikan selepas tamat latihan.


Untuk menyertai program ini, digalakkan menelefon no yang tertera dalam risalah tersebut, dimana anda perlu menhantar resume anda untuk direview oleh pihak pengendali kursus. Syarat-syarat untuk kursus ini boleh dilihat dalam risalah diatas. Latihan akan dijalankan di UniMY, Putrajaya.

Anda jugak boleh memohon di laman jobstreet untuk pengambilan bulan Disember 2015.


Untuk maklumat mengenai pengalaman peserta bagaimana program ini berlansung, boleh baca dari blog ini
http://sayasukasoya.blogspot.my/2013/10/training-oil-gas-enhancement-graduate.html

Salam dan berjumpa lagi pada post akan datang.
(Klik label "kursus percuma" atau "kursus untuk siswazah" untuk maklumat kursus lain)

Ini adalah satu kursus untuk para graduan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive Insitute. Kursus adalah percuma dan elaun akan diberikan sepanjang kursus berlansung. Bertujuan untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang automotive dari segi teori dan praktikal.. Pengambilan adalah sepanjang tahun, dan batch yang terbaru akan diadakan pada bulan november 2015.

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi  talian 03-831887742 dan mohon penerangan mengenai AICE * Automotive Industry Certification.
atau layari website MAI  ( Klik )

Cara memohon program ini adalah

1. Call no  03-831887742 untuk menyertai AICE
2. Anda akan disambungkan kepada person in charge untuk program ini iaitu En Mohan.
3. Selesai perbualan telefon, anda dikhendaki menghantar resume ke alamat email yang diberikan.

Itulah caranya, sekiranya, anda layak, anda akan dihubungi oleh pihak Malaysia Automotive Institute.

Salam, dan semoga berjumpa lagi.
(Klik label "kursus percuma" atau "kursus untuk siswazah" untuk maklumat kursus lain)


Skim latihan 1 Malaysia hanya boleh disertai oleh para graduan sarjana muda sahaja, yang menggangur selepas tamat belajar. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengalaman bekerja dan soft skill mengikut jangka waktu yang sesuai. Ini kerana faktor utama majikan tidak mengambil fresh graduate adalah disebabkan anggapan, graduan tersebut tidak mempunyai pengalaman bekerja. Skim ini agak popular dikalangan graduan, dan jumlah yang memohon agak banyak, jadi permohonan yang layak untuk diinterview perlu hadir lebih awal supaya tidak menunggu terlalu lama.

Terdapat banyak syarikat besar yang menyediakan skim latihan ini kepada para graduan, antaranya, PETRONAS, Sime Darby, Celcom, etc. Syarikat yang menawarkan skim ini kepada graduan mendapat mafaat, antaranya inisiatif dari kerajaan untuk pengurangan cukai.

Tujuan skim ini adalah mengurangkan jumlah graduan yang menggangur. Seperti sedia maklum, para graduan adalah antara penggangur yang paling banyak direkodkan oleh pejabat buruh. Jadi dengan skim ini dijalankan, para peserta dapat didedahkan dengan dunia sebenar pekerjaan dan memudahkan mendapat pekerjaan berbanding graduan yang lain.. Elaun akan diberikan, antara RM1000 - RM2000 sepanjang tempoh latihan bergantung kepada syarikat. Sekiranya anda adalah individu yang diinginkan syarikat, anda akan mendapat tawaran bekerja selepas tamat latihan.

Untuk menyertai skim ini, para graduan perlulah mendaftar dahulu di website ini
http://www.epu.gov.my/sl1m

Setelah itu, pastikan, anda sentiasa up to date dengan sebarang perkembangan di facebook SL1M, https://www.facebook.com/Skim-Latihan-1Malaysia-SL1M-399895230070551/ ) untuk maklumat interview terbuka yang diadakan.

Contoh maklumat yang sentiasa diupdate di FB SL1M.
Selain itu, anda boleh melayari website yang berkaitan dengan SL1M
PETRONAShttp://www.discoverpetronas.com/gees/

Pohon lah sekarang, mungkin rezeki anda disini.

Salam dan berjumpa lagi.
(Klik label "kursus percuma" atau "kursus untuk siswazah" untuk maklumat kursus lain)






Kursus untuk para graduan atau pelajar lepasan sekolah. Hubungi no diatas untuk pertanyaan lebih details. Selalunya kursus ini akan diadakan sepanjang tahun, jadi pengambilan agak terhad.
Hubungi cepat untuk memohon/mendaftar sekiranya anda tidak bekerja, ingin mencari kemahiran, dan berminat untuk menceburi bidang automotive.

Semoga kepada sesiapa yang mengikuti kursus ini, dapat memafaat ilmu tersebut untuk mendapat pekerjaan yang diingini pada masa hadapan.

Salam dan berjumpa lagi
Pada hari pertama aku tiba di company, aku terus dibawa berbincang dengan HR mengenai jawatanku, tugasku, gaji/elaun, benefit dan undang/polisi syarikat. Semua perbincangan mengambil masa kurang dari 30 minit, kerana aku hanya bersetuju dengan apa yang dicadangkan, dan aku menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju. Tangga gaji ku adalah entry level bersamaan dengan fresh graduate, tapi bagi aku, ia mencukupi dan ku harap gajiku meningkat pada tahun depan.

Biarpun rezeki ku sedikit disini, tapi kalu berkat, InsyaAllah cukup

Aku dibawa berjalan sekitar kilang dan mengenali rakan sekerja ku. Walaupun, saiz kilang tidak besar, tapi ia memberi kegembiraan kepadaku kerana, terdapat ramai bangsa Melayu bekerja disini sebagai operator, technician dan supervisor. Setelah aku diperkenalkan kepada bos aku, aku telah diletakkan sementara di pejabat . Disitulah aku mengenali rakan-rakanku, yang kebanyakkan baru bekerja disini. Alhamdulilah, permulaan yang baik  pada hari pertamuku dan aku bersyukur dapat bekerja di industri perkilangan walaupun dimonopoli banyak oleh kaum cina.

Tiada kerja penting yang perlu dilakukan, cuma hanya menyesuaikan diri dengan culture disini. Apa yang aku lakukan adalah dengan membaca dokumen-dokumen ISO yang ada untuk memahami perjalanan syarikat ini. Selain itu, menghantar kertas finding2 yang perlu diperbetulkan untuk memastikan operasi di production berjalan lancar. Aku harap aku kekal lama disni. InsyAllah..


Diakhir kerja, menikmati aiskrim sebentar sambil berfikir rancangan seterusnya....

Jadi kepada bakal engineer, pastikan anda menerima hakikat, engineer tanpa pengalaman pada waktu ini adalah underpaid. Bukan lagi seperti dahulu . Tiada lagi istilah gaji bermula dari RM2800 .. Semuanya bermula dibawah RM2000 selain KL. Tugas sebagai engineer memang lah besar, kerana tugas-tugas perlu dibawa kerumah walaupun nampak kerja adalah kurang, tapi penggunaan fikiran memang memenatkan. Walaupun negara telah berkembang pesat dengan industri, namun tangga gaji masih lagi rendah. Cuma, anda ingin menerima atau tidak, itulah cabaran yang sebenar.
( Bila anda masuk ke industri perkilangan, anda akan faham mengapa tangga gaji rendah ini berlaku )

Apapun, semoga berjumpa lagi...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home