Kursus Skim Latihan 1 Malaysia

Skim latihan 1 Malaysia hanya boleh disertai oleh para graduan sarjana muda sahaja, yang menggangur selepas tamat belajar. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengalaman bekerja dan soft skill mengikut jangka waktu yang sesuai. Ini kerana faktor utama majikan tidak mengambil fresh graduate adalah disebabkan anggapan, graduan tersebut tidak mempunyai pengalaman bekerja. Skim ini agak popular dikalangan graduan, dan jumlah yang memohon agak banyak, jadi permohonan yang layak untuk diinterview perlu hadir lebih awal supaya tidak menunggu terlalu lama.

Terdapat banyak syarikat besar yang menyediakan skim latihan ini kepada para graduan, antaranya, PETRONAS, Sime Darby, Celcom, etc. Syarikat yang menawarkan skim ini kepada graduan mendapat mafaat, antaranya inisiatif dari kerajaan untuk pengurangan cukai.

Tujuan skim ini adalah mengurangkan jumlah graduan yang menggangur. Seperti sedia maklum, para graduan adalah antara penggangur yang paling banyak direkodkan oleh pejabat buruh. Jadi dengan skim ini dijalankan, para peserta dapat didedahkan dengan dunia sebenar pekerjaan dan memudahkan mendapat pekerjaan berbanding graduan yang lain.. Elaun akan diberikan, antara RM1000 - RM2000 sepanjang tempoh latihan bergantung kepada syarikat. Sekiranya anda adalah individu yang diinginkan syarikat, anda akan mendapat tawaran bekerja selepas tamat latihan.

Untuk menyertai skim ini, para graduan perlulah mendaftar dahulu di website ini
http://www.epu.gov.my/sl1m

Setelah itu, pastikan, anda sentiasa up to date dengan sebarang perkembangan di facebook SL1M, https://www.facebook.com/Skim-Latihan-1Malaysia-SL1M-399895230070551/ ) untuk maklumat interview terbuka yang diadakan.

Contoh maklumat yang sentiasa diupdate di FB SL1M.
Selain itu, anda boleh melayari website yang berkaitan dengan SL1M
PETRONAShttp://www.discoverpetronas.com/gees/

Pohon lah sekarang, mungkin rezeki anda disini.

Salam dan berjumpa lagi.
(Klik label "kursus percuma" atau "kursus untuk siswazah" untuk maklumat kursus lain)





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment